Hari ini pergi jemputan pengantin .Banyak dpt undangan tapi cuma dapt pergi 3 tempat je..Suami kena kerja..Jadi aku pergi dengan anak daraku buat teman.Rumah pertama,(rumah makcik nya Jeff Sepah )makanlah jugak juadah2 yang dihidangkan .Tempat ke-2 dibuat di dewan.Pengantin perempuan nya sebaya dengan fatiha ,kawan sekolah rendah dia dulu.Walaupun agak baik juga SPM dia tak sambung belajar lagi.
Oleh kerana dewan itu agak jauh dari rumah,kami menumpang kereta jiran yg hendak pergi jemputan ke sana jugak.Di sini dah tak larat nak makan ..ambil bubur kacang dan sedikit air oren je.
Rumah ke-3laluan kami balik ke rumah ,jadi aku cadangkan singgah untuk salam KEROK je.Lagipun saja hendak tunjuk muka pada tuan rumah yang kita ni datang ke jemputan mereka.Lagipun anak mereka kawan sekolah atiqa dan azim..Aku tidak lihat pun juadaah jamuan mereka,bukan tak sudi cuma rasa sudah kekenyangan sangat.
Bila kami ada di rumah ke3 ni pun jiran yang kami tumpang tadi masih tak nmpak muka lagi.Akhirnya kami jalan kaki je balik ke rumah.Walaupun tak jauh tpi naik bukit ,penat......huwaaaa.Tiba di rumah atiqa terus terbaring....tak tau kenyang ke penat.
No comments:
Post a Comment