Total Pageviews

Friday, 6 December 2013

ayam masak cekur

Dalam seminggu entah berapa kali masak lauk ayam ,apatah lagi Iman suka sangat makan daging ayam berbanding dengan ikan.Sudah tak tau lagi nak masak macam mana ,semua sudah ,masak kicap ,masak merah ,rendang,goreng biasa ,goreng berempah ,tomyam ,kari dan macam2 lagi.Hari ini nak tukar selera lah pula ,sebab hari Ahad tempohari kami pergi pasar minggu,banyak pula aku aku beli cekur
Harini aku masak ayam masak cekur.Walaupun aku bukan orang jawa tapi tekak aku sudah biasa dengan masakan2 jawa ni .Senang je masak cekur ni ,campak2 je.
Ayam seekor potong kecil ,kemudian goreng atau panggang.
kunyit hidup,halia,isi cekur,bawang putih, bawang merah ,cili padi (ikut suka pada yang suka pedas ,lebihkan lah ) semuanya di kisar.kemudian ditumis sehingga naik minyak.Ada juga yang masukkan sedikit belacan tapi aku tak suka .setelah itu masukan santan pekat ,ayam yang telah digoreng atau diupanggang tadi,masukkan asam keping,garam secukup rasa.akhirnya masukkan daun cekur yg dipotong rampai.tutup api..da masak :)




No comments:

Post a Comment