Assalammualaikum,
Hari ini 19hb Dec 2013 tarikh yang mendebarkan bagi anak2 dan ibubapa yang akan mengambil keputusan PMR yang akan diumumkan beberapa jam lagi.Tahun ini aku agak lega kerana tiada anak yang mengambil peperiksaan2 penting ini.,cuma Azim ada mengambil peperiksaan darjah khas sekolah agama pertengahan bulan Nov hari itu.Keputusannya pun akan diumumkan bulan Febauari nanti.
Tahun ini tahun yang akhir ada PMR,oleh itu masa Azim tingkatan 3 nanti digantikan peperiksaan lain.Tidak tahu lah bagaimana nanti sebab kami mahu dia tukar sekolah yang lebih baik tingkatan 4 nanti.Melalui pengalaman anak anakku yang mengambil PMR aku amat bersyukur kerana mereka mendapat keputusan2 cemerlang .Arif,sebagai anak sulong aku agak gementar menanti keputusan dia .Alhamdullilah dia ambil 8 subjek dapat 7A 1B,seperti sudah aku jangka sebab dia agak lemah dalam bahasa Inggeris.Masa ambil UPSR pun cuma bahasa Inggeris yang dapat B.Sampai lah SPM dia pun dapat 9A 1B juga subjek yang sama yang B.Tapi dah belajar di U ni terror pula bahasa Inggeris dia.
Fatiha ,masa ambil PMR dia bersekolah di sekolah kluster ,oleh itu ramai yang yang dapat keputusan cemerlang.Dia ambil 9subjek tapi dapat 8A saja sebab masa menjawab soalan pendidikan Islam pada hari pertama peperiksaan ,boleh pula dia tertidur.Dia kata malam itu dia tidak dapat tidur sebab gementar dengan peperiksaan yang akan dihadapi.Apa2 pun kami bangga dengan pencapaian dia.
Atiqa ambil PMR tahun 2012(tahun lepas)di sekolah yang sama dengan Fatiha.Sekolah ni setiap tahun mendapat ramai pelajar perfect score,tahun itu lebih kurang 130 orang yang dapat termasuk atiqa.Atiqa dan Fatiha aku tidak risau kan bahasa Inggeris mereka sebab masa sekolah rendah dulu mereka setiap tahun menjadi pelajar cemerlang bahasa Inggeris.Kini atiqa sudah tukar sekolah dan terus mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan atau ujian2 yang diambil.Moga terus cemerlang dalam SPM tahun 2014 nanti.
No comments:
Post a Comment