Total Pageviews

Friday 31 October 2014

November yang bermakna

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat yang barakah
Esok 1 Nov.menginjak setahun lagi usia Atiqa ,kini sudah menjadi remaja 17 tahun.Bukanlah hari yang menyeronokkan disaat SPM akan bermula beberapa hari lagi. sedaya mungkin akan melawat dia di asrama ,bukan sebab hari lahir dia saja tapi untuk beri semangat dan restu untuk dia hadapi saat getir yang akan menentukan arah tujunya kelak.
Menjadi pelajar harapan sekolah bukan sesuatu yang membanggakan tapi juga satu tekanan .Bukan saja dia yang stress tapi aku juga turut tertekan melihat dia bertungkuslumus belajar.Biarlah masa berlalu dan SPM cepat berakhir agar lapang fikiran dia dan kami juga .
Moga Iqa dan kawan2 diberi ketenangan untuk hadapi kertas2 soalan periksa.Moga perjuanganmu tak sia2.
Jadi lah insan yang cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat juga.

 rindu saat kecilnya

Monday 27 October 2014

selepas cuti

ASSALAMMUALAIKUM
salam Isnin
sunyi suasana dalam rumah ketika ini...cuti seminggu riuh dengan suara2 omelan ,sakat menyakat ,gurau senda  budak2 5 orang ni.Masing2 dah balik ke destinasi.

Cuti sem  dah pun berakhir ,awal pagi Fateha dengan si abang dah bertolak balik ke kampus . .
walau sudah terbiasa anak2 melangkah pergi....hati masih terasa sayu
 untuk  sarapan  buatkan roti goreng berintikan kentang .Mereka jarang singgah untuk makan di R n R.Bekalkan  sekeping dua untuk alas perut sepanjang perjalanan.
 seorang sebekas kacang kuda rebus yang digoreng bersama ikan bilis ,bawang hiris ,cili kering yg dihiris halus dan daun kari juga sedikit garam....febret Fateha....buat kudapan mereka .

Saturday 25 October 2014

Al Fatehah untukmu

ASSALAMMUALAIKUM
salam 1Muharram salam maal hijrah
Semalam 24hb Oktober dihari Jumaat yang mulia ,di akhir tahun 1435,cukup bermakna bagi kami .....genaplah lah 10 tahun pemergian opah kepada anak2ku .Walau telah sedekad berlalu pemergiannya ,wajah2 nya masih segar dalam ingatan kami. hidup sebumbung dengan mertua  sejak awal perkahwinan menjadikan aku kaya dengan pengalaman pahit dan manis kehidupan.Kalau diberi pilihan memang mahu kehidupan sendiri tapi aku kena redha dengan tanggungjawap suami yang menjaga ibu nya yang telah uzor...walaupun ketika itu masih punya ayah tapi kehidupan ibunya bermadu bukan sesuatu yang mudah .
Iman tak sempat jumpa opahnya  tapi dapat juga mengenali dari gambar2 lama...seorang opah yang sangat menyayangi cucu sehingga di hujung2 usia berwasiat pada suamiku untuk jaga anak2 dengan baik.
Buat mertua ku allahyarhamah Hajjah Sarah bt Syukor damailah kau disana ...moga roh mu sentiasa dicucuri rahmat...Aminnn

Friday 24 October 2014

khasiat taugeh

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat dan salam maal hijrah
bila baca khasiat taugeh yang di postkan seorang kawan diFB terkenang kembali kenangan silam saat belum dikurniakan cahayamata setelah bertahun2 berkahwin. Suami tak pernah ambil kisah sangat soal zuriat,kalau ada rezeki ,adalah...tapi sebagai seorang perempuan aku agak tertekan ketika itu....tapi tak pernah buat rawatan moden...usaha rawatan kampung pun  lebih kurang je .Tapi apa yang aku ingat kena berulam kan tunas halia setiap bulan ikut bilangan ganjil....katanya untuk membersihkan dalaman....lama juga aku amalkan.Seorang pakcik pula suroh berulamkan taugeh dan udang kering mentah setiap hari.Katanya boleh beranak ramai .....ialah tu tapi kalau taugeh tu bolehlah telan tapi pat udang kering mentah tu aku benar2 surrender...

bila baca info pasal taugeh ni baru tahu begitu banyak khasiatnya...disini ingin ku kongsi

Khasiat Taugeh

Taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Walaupun bentuknya tidak menarik, tetapi taugeh kaya dengan khasiat untuk tubuh badan manusia. Tak percaya ?? Jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mencegah kerapuhan tulang.

- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

3. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).

- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

4. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.

- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap
ke dalam tubuh badan kita.

Thursday 23 October 2014

disebalik pantanglarang

ASSALAMMUALAIKUM
Masa  budak2 selalu sangat di sogok kan dengan banyak pantanglarang .Dari bab makanan sehingga lah kehidupan seharian.Tak boleh buat itu ini nanti adalah  akibatnya contohnya jangan duduk di tangga nanti tak jadi orang meminang...jangan meniarap waktu senja nanti mak atau ayah mati ,jangan makan dengan mengangkat pinggan nanti dibenci mertua.... dah dewasa baru  aku tau muslihat disebalik pantanglarang orangtua dulu2 .
Zaman anak2 aku ni mana nak percaya benda2 ni ,bila kita cakap ada je jawapnya Anak dara aku dua orang ni  kalau masak di dapur ...suka sangat menyanyi nyanyi ,bila dicakap kan nanti kawen dengan orangtua ...ok apa orangtua katanya .Kalau dah sebaya atau lebih tua dari si ayah ,bagaimana nak panggil aku ,mak ....huhuuuu.

Monday 20 October 2014

cita2 yang berubah2

ASSALAMMUALAIKUM
Bila tanya cita2 pada budak2 ,biasanya bila besar masing2 ada yang diinginkan dan apa yang terfikir mereka... pada Iman ,bila bomba datang sekolah katanya bila besar nanti nak jadi ahli bomba...tak berapa hari kemudian bila nampak lori besar2 katanya nak bawa lori je...(bukan ke elok tauke lori...huhuu),bila musim perlawanan bola sepak...Iman nak jadi permain bola katanya.Baru2 ni suka sangat dia melihat Dai di tv3...pendakwah mellinium..Waktu sama2 menonton dia cakap,.bila  besar  nanti Iman nak jadi Dai lah ...(sejuk hati aku mendengar nya ...) .tapi tak lama pun ......,waktu aku sedang memasak di dapur boleh dia cakap "Iman dah buat keputusan Iman tak nak tukar cita2 lagi...Iman nak jadi pemburu hantu"....glup....apa2 lah Iman ni itulah suka sangat tengok seeker ....

Friday 17 October 2014

nak kena cili....

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat
Masa budak2 dulu biasanya mulut tak ada insuran ,cakap apa yang nak cakap ,kadangkala bermulut celupar....mak selalu cakap nak kena cili ke mulut tu?....masa tu bila dah kena warning gitu memanglah takut sangat sebab takut dengan kepedasan cili....
sekarang ni kalau boleh nak kena cili setiap hari....hihiii...barulah berselera makan.
               Ini cili hasil tanaman sendiri....tak sempat nak petik ...dah merah2 kat pokok dan banyak juga yang gugur...

Thursday 16 October 2014

itulah Iman

ASSALAMMUALAIKUM


Anak bujang bongsu aku agak berlainan sikapnya dari kakak2 dan abang2nya.Agak ramah sejak dari awal pandai bercakap sudah berani memanggil jiran2 yang duk sebelah rumah walaupun sekadar di tingkap sahaja.Jiran2 sudah lali dengan perangai dia yang agak riuh dan agak mesra dengan jiran2 dibandingkan anak2 lain jejak rumah jiran setahun sekali di hari2 raya itupun bersama keluarga...
Apa yang di dengar melalui tv biasanya akan ditanya ....apa yang di ceritakan guru2 di sekolah akan disampaikan pada aku...Soalan2 yang kadangkala tak mampu aku nak jawap dalam usia dia yang masih mentah tu....tempohari bila sama2 menonton berita di tv dia bertanya "mak apa tu liwat"....glup....tak tau aku nak jawap camna...mujor soalannya bagai angin lalu aje ...bila aku berdiam diri...
Masa sedang belajar 2 tiga hari lalu dia kata cikgu tak bagi makan kepak ayam....kenapa ?kataku ...takut kena kanser ke ?kan biasanya ayam  enjek kat kepak....Tak lah cikgu kata nanti kawen dapat orang jauh....huhuuu baru 8tahun tu......jauh sangat pergi nya dah
Itulah Iman....
anak bongsu peneman sepi kami berdua tatkala anak2 lain tiada disisi.
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu
Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu
Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Wednesday 15 October 2014

roti bakar punya hal...

ASSALAMMUALAIKUM
Ahad lepas ,mula beransur pulih dari sakit....mula berselera nak makan apatah lagi doktor pesan jangan biarkan perut kosong.Bila terasa perut mahu diisi aku ke dapur untuk membakar 2 keping roti cukuplah untuk aku dan suami minum petang.Aku  gunakan pemanggang ajaib yang bahagian licin kebetulan masa awal beli pun dah tercabut almaklumlah beli yang murah je...bukan takde bread toaster tapi sejak beli hanya pakai 2 -3kali je ,tak tau masalah pe bila hantar kedai tempat beli katanya tak de masalah...udahnya buat perhiasan je....
Cerita bab roti bakar tadi ....setelah makan sekeping dengan teh panas terasa lebih segar .Kemudian aku lihat suami ke dapur dan membakar sekeping lagi roti ...mungkin tak cukup kenyang dengan apa yang aku bahagi....lagi pun dia sudah biasa buat sendiri kerja2 yang mudah di dapur.Makan sambil menghadap tv ....sambil berbual dan asyik melihat cerita yang ditayangkan.Adalah dalam 20 minit terfikir aku nak hantar cawan ke dapur...bila sampai ke ruang dapur ...terasa bahang panas ....bila lihat kat pemanggang masih ada api menyala....segera lah aku matikan api dapur....mujorlah gunakan pemanggang ,walaupun murah tapi terbaikkkk.....tak de apa2 efek pun ....dibandingkan kalau kuali biasa mungkin sudah berasap satu rumah....biasanya kalau menghadap stuasi begini gigil2 badan nak mati kan api....kali ni aku agak tenang ,bagi tau apa yang berlaku pada suami pun dalam keadaan tenang....tak bebel2 pun kat suami ...aku tau kadang pun aku pernah lakukan pekara yang sama....apatah lagi suamiku yang dah masuk usia emas ni..

Monday 13 October 2014

nak sehat

ASSALAMMUALAIKUM
Salam pagi Isnin
Alhamdulilah ...terasa lebih sehat dari hari2 semalam...setelah demam dan gastrik yang agak teruk beberapa hari.Selera makan pun semakin beransur baik ...Tatakala tidak sehat tempohari sempat juga menjengah blog2 kawan2 yang baikhati untuk mengetahui cerita2 terkini....walaupun  akal buntu untuk mencurahkan komen2...
Aku mahu sehat semula ....kesian Iman yang terpaksa buat sendiri apa yang tak biasa dia lakukan sendiri....bila melihat maknya duk terbaring sepanjang hari....apatah lagi bila sakit sendirian di rumah...sedih ....tak siapa dapat nak tolong.
.
.

Wednesday 8 October 2014

ragam anak2ku belajar

ASSALAMMUALAIKUM
Bulan oktober dan November ni musim peperiksaan buat anak2 baik yang di sekolah mahupun di IPT.Cuti raya haji tempohari masing2 membawa buku untuk ulangkaji  dan assingment yang perlu diselesaikan walaupun cuti begitu singkat.
Sebelah malam waktu belajar masing2 berebut tempat yang selesa .Si abang di atas ,Fateha dan Atiqa dalam bilek sementara Azim dengan Iman di ruang tamu.Aku yang duk  depan tv camna pun tak senang hati dibuatnya ...yang anak dara berdua belajar ,belajar juga tapi asyik lah berbual  ,Iman dan Azim sambil buat kerja sekolah sempat sakat menyakat ,sekali Iman mengadu....si abang yang kat atas pun sekejap2 turun ...tengok tv sekejap2 naik .....bila rasa lapar sorang2 ke dapur cari makanan ....huuu macam2 ragam .
Bila masa2 peperiksaan ni aku lebih suka anak2di asrama sebab kalau di rumah aku lihat mereka tak beri tumpuan ...mak nya yang stress tengok kan gaya mereka belajar.
Selasa Azim dah pun mula periksa akhir tahun....Iman pun dah mula Linus semalam...walaupun aku sampai Iman thn 2 ni masih tak faham apa tu Linus bebanding anak2 yang 4 dulu yang hanya periksa akhir tahun macam biasa.
semalam  menteri dah bagitau 3hb Mac 2015 akan diumumkan  result spm....huhuu Atiqa masih lagi kelamkabut belajar ,dah dibagitau pasal result pulak.....
Fateha dan si abang seperti biasa lah peperiksaan akhir sem. sebelum cuti 2 minggu lagi
Apa pun harapanku anak2 buat yang terbaik....hargai lah pengorbanan ayah yang banting tulang untuk keselesaan kamu belajar....moga masa depan kamu akan bersinar.

Tuesday 7 October 2014

cerita raya dan selera anak

ASSALAMMUALAIKUM
salam selasa yang indah
sepi terasa bila Iman sudah ke sekolah....seperti biasa  keseorangan aku di rumah bila anak2 dah kembali ke destinasi ilmu masing2....
Seperti biasa bila hari raya aidil fitri atau aidiladha ,ketupat mesti nak kena buat atas permintaan suami dan anak2 ....tak lah banyak sekadar 30 -40 biji  tapi tak seorang pun umat kat dlm rumah ni yang pandai menganyam .....bersilat juga aku nak siap kan seorang apatah lagi nak sediakan juadah2 lain .Mujor juga Atiqa pandai mengisi beras dalam kelongsong ketupat....cukup sempurna jadinya tidak keras atau lembik.Aku tak rebus ketupat atas api tapi aku masukkan dalam rice cooker (besar anggaran 7 pot beras) ,bukan kehabisan gas tapi nak .memudah kerja ,tak payah nak pantau selalu ....2- 3 jam dah boleh angkat .



Fateha masa hari raya  dia demam panas ,juadah hari raya tak dijamah walau secubit pun ...hanya pinta gorengkan ikan bilis ,bawang dan kicap ...walaupun masih kurang sehat dan belum berselera ,aku tetap bekalkan mereka berdua untuk makan tengahhari mereka apabila tiba U .Dah kata raya korban ,bekalkan lah daging goreng ...agihan dari penduduk di sini....la ni ada lagi 3 plastik lagi .Tunggu 2 minggu lagi anak2 balik cuti boleh masak bagai ....insya Allah.

Buah pelam pauh  kat tempat aku berbuah sepanjang tahun ...Fateha suka makan buah2 masam ni kebetulan roommate dia punya selera yang sama ....dia kata nak bawa sikit tapi mak kena potong2 ....bila siabang nampak ....tak kan lah satu bekas je ...mana Arif punya....Alahai anak2 aku ni ....masammmm tu  tapi ikut kan je ...buatlah 2 bekas .

Thursday 2 October 2014

bila anak2 balik

ASSALAMMUALAIKUM
Salam Khamis
Pagi ini suasana di rumah masih sepi ....petang nanti baru ambil Atiqa dan Azim pulang dari asrama.Fateha dan si abang akan balik sebelah malam katanya ....walaupun cuti hari raya aidil adha hanya sehari dua ,sebolehnya dapat lah bersama meraikan suasana hari raya di rumah ...
Semalam Atiqa telefon bagitau mengenai keputusan percubaan spm nya .....alhamdulilah dan masalah yang dihadapi nya juga telah dipermudahkan ....terimakasih pada guru2 yang perihatin.Moga Atiqa dapat membalas budi mereka dengan keputusan SPMnya kelak.....Insya Allah.
Moga perjalanan  Fateha dan si abang dipermudahkan.....risau hati bila mereka mula kan perjalanan jauh naik kenderaan sendiri....rasa lebih tenang bila mereka naik bas express saja.
Esok mula lah aku bersilat di dapur yang agak suram seminggu dua ni...masing2 nak suroh emaknya juga masak...Ampaian sudah tentu penuh dengan kain baju ...dah rupa kedai dobi .....bila masing2 bawa berkoyan2 kain baju untuk dibasuh....begitulah selalunya.

Wednesday 1 October 2014

hargai suami

ASSALAMMUALAIKUM
dari wall fb seorang kawan....menarik minatku untuk berkongsi....