Total Pageviews

Wednesday 29 March 2017

Ayam masak kari kering

Assalamualaikum
Tak tau apa lagi nak buat bila dah menu utama nya ayam setiap hari....Stok ikan dalam freezer pun dah abis.Sotong dan udang memang kami jarang beli memandang kan kulit Iman alahan sejak  kecil lagi.Tapi bila makan kat luar atau tempat orang ,terpaksa biarkan dia makan.
Kerana tular pasal kari kentang di WA group Aweks Blogger,timbul idea untuk buat kari ayam campur kentang ...
Aku gunakan ayam yang dibeli di Peladang yang sudah dipotong,jadi aku tak pasti lah berapa ketul yang aku masak,yang penting tak sampai sekilo pun.
Bahan2nya
Beberapa ketul ayam-di garam kunyitkan
3/4 kentang di potong wedges
Bawang besar seketul( aku tak guna kan bawang kecil dlm masakan...leceh .....hihii)
3 ulas bawang putih
1/2 btg serai
Setangkai daun kari
1peket rempah kari daging/ayam
Sedikit halia.
Minyak
Asam keping
Garam
Bahan2 lain
Carrot
Tomato
Caranya:
Ayam digoreng  agak2 garing....angkat dan toskan.Kemudian goreng pula kentang hingga lembut ....angkat dan ke tepi kan.
Dengan kuali bekas gorengan tadi  kurangkan minyaknya.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang telah ditumbuk kasar.,masukkan daun kari dan serai ....tumis sehingga naik bau,masukkan rempah kari yang  telah dijadikan pes.
Kemudian masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.Masukkan juga carrot,tomato ,asam keping dan bawang hiris,Sambil kacau rata ayam dan bumbu2,Last sekali masukkan garam secukup rasa.Gaul rata sehingga carrot agak lembut ,tutup api ...
Iman walaupun tak makan makanan pedas tapi bab kari paling febret dia sekarang.Suka beno masa balik sekolah ada berlauk ayam masak kari kering ni ,berulang2 kali dia makan nasi ....Alhamdulillah walaupun hanya kami bertiga licin juga ....Iman lah tukang perabis...:-)

Monday 27 March 2017

Datang rajin nya.

Assalamualaikum
Cuti sekolah dah pun berakhir....budak 2 ni dah kembali bersekolah.Sepanjang cuti ni mereka banyak menghabiskan masa di rumah ....
Entah apa angin Iman cuti kali ni rajin pulak tolong buat kerja rumah terutama bab membasuh dan masak .Tapi kalau suruh basuh pinggan mangkuk ada je helahnya...
Suka sangat bab2 menggoreng ,ikan atau ayam tapi kalau ada letup2 sikit pun dah lari sebatu...
Kali pertama gunakan pisau dapur untuk memotong bawang dan sayur....begitu teruja.Walaupun aku ngeri melihat cara dia memotong ,aku biarkan saja.....kalau tak belajar sampai bila pun tak kan pandai.Bukan lah  memasak sendirian ,sekadar menolong kerja2 yang dia suka je...
Bila tengok dalam aisbox dah takde stok untuk memasak esok nya ,dia pulak yang sibuk....macam mak2 pulak...
Bab membasuh tak jadi masalah cuma tekan2 je dan suruh dia keluar kan kainbaju dari mesin .Masih tak cukup  tinggi untuk suruh dia menyidai.
Apa yang aku suka bila dia suka melipat kainbaju yang telah kering.Biasanya bab2 ni lah anak2 lain tak suka buat...bertimbun2 macam kubu perang pun mereka buat dek je.Tapi biasalah cara lipat Iman .....aduhai menangis dibuatnya.
Bila tengok dia melipat kain timbul idea untuk buatkan cara melipat kain mudah guna kertas keras.Aku ambil bekas kotak laptop ....agak keras sukar untuk potong .Segala gunting dan pisau aku gunakan baru lah terhasil apa yang diinginkan walaupun tak seelok mana tapi ok lah buat melipat kain baju.Dah guna benda ni bertambah rajin dia melipat dan aku pula tiba2 terlebih rajin ......kain baju dalam gerobok pun dilipat semula....teruja melihat kainbaju tersusun elok.
Nak tahu buat cara melipat baju mudah ni tengoklah youtube ya....tak reti pulak makcik nak terang kan cara detail kat sini.:-).Selamat mencuba....Insyaallah rajin lah tu nanti melipat kainbaju.



Thursday 23 March 2017

Bertambah usiaku

Assalamualaikum
Agak sunyi pagi ni ....hari ni Johor cuti maka kilang yang berdekatan ni tak lah beroperasi.Budak 2 tu usai solat subuh kembali menyambung mimpi.almaklum cuti sekolah ni.
Semalam 22hb Mac bertambah usia ku setahun lagi.....bermakna semakin singkat waktu hayat.
Setahun yang lalu 22 Mac aku seharian berada di hospital menanti rawatan susulan berjumpa doktor.Alhamdulillah 22Mac kali ini aku dah pun sehat.
Dah berusia ni takdelah teruja nak celebrate besday bagai.Sekadar melayan ucapan dari kawan2 dan anak2 pun dah cukup menceriakan.Nak masak2 pun bukan semua anak2 ada.
Suami balik bawa beberapa potong kek.....Iman punya kerja lah ni dalam bilik sesorang pinta beli kek katanya untuk besday mak....sebenarnya dia yang nak sangat makan.Aku dah tua2 ni taklah minat sangat manis2 ni tapi bila dah dibeli ....makan juga sikit le.Rasanya sedap juga....ada kelainan..enak gitu!.
Petang terasa2 nak makan sesuatu yang di idam tapi bila nak membeli dah abis lah pulak....takpelah beli makanan lain je .
Dah usia ni tak de apa yang diimpikan ,harapan agar sehat sentiasa agar mudah dapat menunaikan ibadah kepada Nya dengan mudah.Berharap agar keluarga sentiasa dirahmati dan yang penting tahun ini agak lega 2 orang anak bakal menamatkan pengajian ...Insyaallah,setelah 5 dan 6tahun mereka memerah otak.Insyaallah..



Wednesday 15 March 2017

Kembali normal

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur sangat2 setelah berbulan2  akhir nya masalah platelet encik suami telah pulih semula.Agak mendadak naiknya dibandingkan bulan2 sebelum ini.Dari 65  terus kepada 165 ....sudah ditahap normal. Alhamdulillah....mungkin apa yang berlaku sebelum ini ada hikmah yang tersembunyi.
Seperti biasa bila nak dapat kan rawatan di HSA ,keluar rumah seawal 6.45 am ,sambil tu terus hantar Iman dulu ke sekolah .Bersaing dengan orang ramai yang nak ke tempat kerja amat mencabar dengan jalan yang sesak .Perjalanan yang hanya 40 -45 minit dah jadi ke 1 jam lebih.Tiba di perkarangan hospital satu lagi masalah mencari tempat pakir kereta .Ruang semua dah penuh,nasib baik encik suami dapat menyelit di bahagian tepi .Mana yang dapat je asal kan tak menyusahkan empunya kereta lain nak keluar kelak.
Seperti biasa lah bila dah ke hospital ni banyak prosedur yang dilalui.Lama lah juga giliran suami ambil darah untuk diuji.Keluar dari bilik rawatan kelihatan agak lesu ,apatak nya katanya doktor ambil 6 tiub darah untuk diuji....rungut suami tanda tak kepuasan hati.Tapi yang disuruh bawa ke makmal hanya 2 tiub.....redha je lah.
Menunggu2 giliran ni sebenarnya membosankan ,dah tu perut asyik lapar je.....aku lah tu hihii.Aku lah yang berulang ke kafe sebab suami takut nama dipanggil.Pagi sarapan teh o ,macaroni goreng dan sandwich telor.Tengahhari aku beli kan suami nasi ayam dan untuk aku nasi berlauk ayam kicap ,kacang panjang tumis dan telor dadar.Makan di ruang menunggu je...kenyang baru lah semangat nak menunggu.Sambil2 tu sempat jugalah aku mengait .
Bila selesai jumpa doktor pakar darah katanya dah boleh tutup buku ...Alhamdulillah.Tinggal hanya buat rawatan susulan ke pakar jantung saja.
Oleh kerana tiada sesiapa di rumah aku suruh Iman bawa kunci  .Kesian anak aku sorang ni ..makan meggi je balik sekolah tu.Itu pun si ayah tak benarkan buka api dapur .Jadi aku sediakan airpanas yang di simpan dalam termos.Tapi  akal dia pulak katanya dia masak dalam rice cooker....oklah tu walaupun katanya dia masak tawar .Takpelah janji perut kenyang bila nak ke sekolah agama.Kan ada hikmah nya bila keadaan ini Iman pun dah boleh berdikari.
Kami sampai rumah Iman dah lama ke sekolah agama .

Monday 13 March 2017

Sibuknya anak2.

Assalamualaikum
Seperti biasalah bila Iman dah ke sekolah ,sepilah rumah ni.Dah tinggal sesorang ,nak berbual dengan siapa kan...Kat luar sana sentiasa tak sunyi ,bagai2 bunyi dari kilang yang sedang memproses dan deruman lori2 yang menunggu giliran masuk.Dah jadi halwa telinga ...dah lali hadapi situasi seperti ni.
Anak2 bersilih ganti balik walaupun sehari dua je berada di rumah.Buat masa ni mereka 5 beradek belum dapat berkumpul semua.....tunggu raya lah nanti ....Insyaallah.
Yang anak yang sorang ni lagi lah sekejap wasap gitau kat KK ,sekejap kat Tawau ,sekejap kat Semporna....tup tup dah balik U.Sebenarnya hati kecil aku risau juga ,terlalu aktif dengan aktiviti bimbang menjejas kan pelajaran dia. Aku mengharap sangat program Iqa ni cepat habis ,barulah lega rasa hati. Mana taknya setiap hujung minggu pasti ada negeri yang di jelajahi.Masa ke Sabah ni pun terpaksa cuti kelas beberapa hari.
Katanya hujung bulan ni ke sekolah2 terpilih di Sarawak pulak.Lepas tu baru projek mereka berakhir.Barulah ada peluang balik rumah katanya.
 Foto: hari ke 3 Iqa dan rakan Edumas nya jalan2 di Kundasang.
 Foto: butang baju melayu untuk ayah,brooch untuk mak katanya untuk cenderahati ....Dah namanya pelajar manalah termampu nak beli belah berbagai2 walaupun rambang mata melihat nya bila di pasar pilipina.
Hari terakhir Iqa di Tawau ...hanya memerhati dalam bas je katanya.

Wednesday 8 March 2017

Pisang boyan goreng

Assalamualaikum
Pernah tak makan pisang boyan / lemak manis goreng .Sebenarnya sebelum ni aku sendiri tak pernah makan lagi.Yang tahu nya makan gitu saja  atau buat cekodok atau kuih.Yang muda pulak sedap buat sayur lemak kuning.
Satu hari tu makcik jiran sebelah kata pisang boyan kalau digoreng sedap katanya.Makcik tu kata dah biasa buat goreng pisang boyan ni masa duk kampung dulu.Cuma aku je pelik sebab tak pernah pulak tahu pisang ni sesuai untuk digoreng.Tanya makcik tu goreng macamana?.Seperti biasa goreng pisang ,katanya.
Kebetulan ada pisang tu kat rumah ni.Jadinya aku try lah goreng ....Rasanya???...sedap juga ,rasa kemanisan pisang tu.Kena pastikan pisang tu benar2 disalut tepung masa menggoreng  sebab agak lembik .Olehkerana pisangnya comel sangat aku goreng sebiji2 walaupun kalau ikutkan makcik tu kata belah dua tapi tak putus.
Bertuah sebenarnya kenal dengan makcik ni sebab banyak belajar ilmu2 memasak pada aku yang tak berapa mahir ni.


Monday 6 March 2017

Membeli dan memberi

Assalamualaikum
Walaupun harga tak semahal mana tapi cukup bererti bila anak yang membelikannya.Sebelum tu telah beberapa kali kata nak beli telekung .Aku kata beli lah supaya biasiswa yang dapat diberkati.
Masuk Mydin ,aku tolong memilih telekung yang kononnya dia ingin beli....rambang mata dibuatnya.
Tiba2 dia kata "pilihlah yang mak suka sebab bukan untuk Teha tapi untuk mak".Terkedu aku seketika ...sedih ....dengan duit biasiswa sanggup nak beli kan untuk aku.Bila tiba di rumah dia kata sebenarnya teringin nak belikan aku telekung Siti Khadijah .Aku kata tak pelah ,dah kerja nanti baru boleh belikan ....
Untuk si ayah kain pelikat Wadimo sebagai hadiah...
Itulah Fateha...
Terharu sangat dengan sikapnya yang suka membeli dan memberi untuk keluarga.

Wednesday 1 March 2017

Jemputan

Assalamualaikum
Di luar sana hujan masih tak berhenti sejak malam.Iman ke sekolah tadi pun dalam hujan lebat dihantar ayahnya yang hendak ke tempat kerja.Alhamdulillah hujan2 ni tak perlu siram pokok2 bunga  dan tanaman .
Tentang entry sulur keladi nampak gaya nya ramai yang tak kenal.Sulur keladi tu sulurnya KB bukan anak keladi yang daun belum kembang tu.Pada yang nak tahu lebih terperinci bolehlah ke blog WARISAN PETANI ada gambar nya sekali.
Pada Azi ,senang je nak menghilangkan gatal.Keladi yang telah dibersihkan di celur/direbus sekejap masukkan asam keping sekeping dua.Kemudian toskan ....boleh lah nak masak apapun..Masa  masak tu jangan lupa masukkan asam ....
Sebenarnya nak cerita pasal semalam.Sedang aku sibuk masak dalam pukul 10++am dengar henpon berbunyi. Berderau darah aku bila waktu2 ni ada yang telipon apatah lagi tengok nombor yang tak ku kenali....bimbang sebenarnya anak2 dan suami di luar sana.
Rupanya panggilan dari MAYBANK kata nya nama aku terpilih untuk majlis apatah yang akan.diadakan sabtu ni di sebuah hotel di Kulai.Suruh datang bersama keluarga.Jika dapat meluangkan masa selama 45 minit tu akan mungkin dapat peluang diberi insuran takaful percuma. Kena bagi  tahu samada boleh datang atau tidak sebab nak buat tempahan meja.Aku kata mana boleh nak kata setuju suami pun tak tau.Dia kata tak pe lah terus letak telipon.
Petang sewaktu suami rehat2 ,dia pula yang dapat jemputan dari pihak yang sama .Kali ni bukan takaful yang dijanjikan tapi percutian percuma ke Langkawi.Kena bagitahu samada setuju atau tidak kerana nak buat tempahan meja katanya.Sebenarnya percutian2 ni tak pernah ada dalam minda kami buat masa ni walaupun percuma .Suami bagilah alasan2  pada pemanggil tu untuk tak terima jemputan tu.Pemanggil tu kata pada suami ramai yang tak setuju dengan jemputan ni.Yalah macamana lah nak setuju sertamerta je ...kenalah fikir2kan .Walaupun jika semua ni palsu kami tak rugi apapun ,lagipun diadakan pun di daerah kami.Cuma yang tak bestnya jika apa2 hal bagilah surat .