Total Pageviews

Wednesday, 1 March 2017

Jemputan

Assalamualaikum
Di luar sana hujan masih tak berhenti sejak malam.Iman ke sekolah tadi pun dalam hujan lebat dihantar ayahnya yang hendak ke tempat kerja.Alhamdulillah hujan2 ni tak perlu siram pokok2 bunga  dan tanaman .
Tentang entry sulur keladi nampak gaya nya ramai yang tak kenal.Sulur keladi tu sulurnya KB bukan anak keladi yang daun belum kembang tu.Pada yang nak tahu lebih terperinci bolehlah ke blog WARISAN PETANI ada gambar nya sekali.
Pada Azi ,senang je nak menghilangkan gatal.Keladi yang telah dibersihkan di celur/direbus sekejap masukkan asam keping sekeping dua.Kemudian toskan ....boleh lah nak masak apapun..Masa  masak tu jangan lupa masukkan asam ....
Sebenarnya nak cerita pasal semalam.Sedang aku sibuk masak dalam pukul 10++am dengar henpon berbunyi. Berderau darah aku bila waktu2 ni ada yang telipon apatah lagi tengok nombor yang tak ku kenali....bimbang sebenarnya anak2 dan suami di luar sana.
Rupanya panggilan dari MAYBANK kata nya nama aku terpilih untuk majlis apatah yang akan.diadakan sabtu ni di sebuah hotel di Kulai.Suruh datang bersama keluarga.Jika dapat meluangkan masa selama 45 minit tu akan mungkin dapat peluang diberi insuran takaful percuma. Kena bagi  tahu samada boleh datang atau tidak sebab nak buat tempahan meja.Aku kata mana boleh nak kata setuju suami pun tak tau.Dia kata tak pe lah terus letak telipon.
Petang sewaktu suami rehat2 ,dia pula yang dapat jemputan dari pihak yang sama .Kali ni bukan takaful yang dijanjikan tapi percutian percuma ke Langkawi.Kena bagitahu samada setuju atau tidak kerana nak buat tempahan meja katanya.Sebenarnya percutian2 ni tak pernah ada dalam minda kami buat masa ni walaupun percuma .Suami bagilah alasan2  pada pemanggil tu untuk tak terima jemputan tu.Pemanggil tu kata pada suami ramai yang tak setuju dengan jemputan ni.Yalah macamana lah nak setuju sertamerta je ...kenalah fikir2kan .Walaupun jika semua ni palsu kami tak rugi apapun ,lagipun diadakan pun di daerah kami.Cuma yang tak bestnya jika apa2 hal bagilah surat .



12 comments:

  1. Memang selalu dpt panggilan dan kata macam2 Saniah..acik pun kerap dapat

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak dapat call mcm ni dulu dulu. Tapi saya tak pernah pergi pun. Ada jugak kawan yg pernah pergi kat tempat yg dijanjikan, dengar briefing dia dan memang betul dapat percutian free. Cuma masa kat sana tu nanti, kena kuatkan hati untuk tidak menerima apa apa tawaran untuk masuk membership diaorang. Yelah SI mana ada benda free dalam dunia ni...

    ReplyDelete
  3. kadang2 benda2 macam ni adalah strategi dan marketing diarog kak. Nak promote produk baru ataupun nak mencapai target sales.
    kalau kita ada akaun dgn diarg lagilah kena berhati-hati masa menjawab telefon tu. tersilap jwb, tiba2 duit dlm akaun kena potong. bila check katanya masa sessi perbualan tu dah setuju...naya jer!

    ReplyDelete
  4. Kena berhati2 dengan jemputan seperti ini.
    Ini semua strategi perniagaan dia orang untuk mempengaruhi kita.

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu gak dpt call offer camni, awalnya tk tau, tapi tkdelah terus nk bg persetujuan, mcm berjaga2, tapi bila bgtau suami, dia kata mana ada benda free, mesti dia nk promote something, jadi bila dpt lagi panggilan camtu saya terus kata tknak je

    ReplyDelete
  6. betul tu kak kalau takde surat hitam putih macam susah nak percaya je kan, tapi kalau betul pun kita tak rugi kalau tak terima sebab tak perlu bayar apa2

    ReplyDelete
  7. selalu saya bo layan je jemputan camni

    ReplyDelete
  8. Betul kak kena hati-hati..
    Kata jer percuma dan macam2..
    Tapi secara logiknya, mana ada yang percuma sekarang ni..
    Masuk tandas sekarng ni pun dah kena bayar 30 sen :D

    ReplyDelete
  9. Mula2 percuma kak.. Dlm percuma tu lah strategi marketing disusun. Mereka guna psikologi.. Kdg2 sukar untuk tidak terjebak. Kdg2 untuk elak terjebak iza putuskan panggilan sblm mrk hbs bercakap. Huhu.. Nmpk mcm biadab.. 😢

    ReplyDelete
  10. sian gak dorg ni semua mkcik kann., huhu2

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya pun pernah juga dapat panggilan telefon macam tu, tapi tak pernah pun beri persetujuan. Biasanya alasan saya: " maaf, tak berminat..." hehe...kalau dilayan macam-macam la... Tak tahu la betul atau tidak...kata percuma, entah2 sampai masa kena bayar itu dan ini....

    ReplyDelete
  12. saya pun selalu dapat, tapi biasanya diorang cakap direct je, nak offer peluang bisnes. Tapi saya bukanlah suka benda-benda macam ni so tolak je dengan baik.kalau tak faham bahasa, letak je telefon..hehe

    ReplyDelete