Total Pageviews

Wednesday 30 March 2016

epok2

Assalamualaikum
Pagi ni sarapan epok2 sardin dan kentang ,beli je kat warung waktu ikut suami hantar Iman ke sekolah tadi.Penangan tengok epok2 frozen Hainomokje semalam.:-) mungkin ada yang tak tahu apa itu epok2 kan,....biasalah orang Johor kata karipap tu epok2.
Beli RM 2 je...makan sorang sambil2 buat kerja rumah .6 ketul sukar juga nak perabis kan sorang2 ni.

Monday 28 March 2016

pengaruh Boboboy

Assalamualaikum
Ini kisah minggu lepas.
Penangan Iman asik merengek nak tengok Boboboy ,akhirnya terpaksa juga kami bawa walaupun tayangan dah berlalu beberapa minggu.Dah lama bebeno tak jejak pawagam tapi dek kerana Iman kami melanggar sumpahan....hehee sumpahan lah sangat !.
Ramai gak ibubapa muda bawa anak2 .Kami ibubapa tua ni pun menyibuk gak bawa si boboy Iman.Sebenarnya aku tak lah berminat nak tengok kartun2 ni  tapi takde siapa dah nak bawa Iman .Bila wasap dengan Iqa dan fatiha tu digelakkan mereka je.....kesian ayah kena tengok Boboboy gak .Kalau mak boring tido lah kata mereka.Pandai sungguh bagi idea yang tak logik....huhuu  mana lah dapat nak lelap dengan hiruk pikuk dalam pawagam tu.Lagipun dengan harga tiket RM 16 tu membazir pulak tak tengok .....Kami layannnnn je.


Friday 25 March 2016

mimpikah atau ????

Assalamualaikum
Lebih dulu nak ucapkan terimakasih pada kawan2 dan adek2 blogger pada komen2 dientry semalam yang beri ku semangat ketika ku down seketika.
Harini kita bukak cerita agak seram ya...
4.30 semalam aku bangun untuk bersahur ,sebelum tu sempat lah tengok kalau2 anak2'ada wasap waktu tengah mlm....biasalah budak2 U ni malam dibuat siang.Masa aku buka ada wasap yang dihantar jam 2 pagi.Dalam keadaan masih mamai, ingatkan Iqa yang hantar maklumlah U dia lagi lah baru,benda2'macam tu tentu tak mustahil.Aku baca semula baru perasan Fateha yang hantar.
Foto: inilah diantara wasap yg diberi membuatkan Iqa kecut perut.
Alahai seram pulak dibuatnya.Dah siang baru aku balas tanya mungkin mimpi kot...ntahlah kata dia mungkin juga tapi bila bangun betis dia terasa sakit dan posisinya sama dengan apa yang berlaku.Sebelum itu pun dia rasa ada orang baring sebelah dia tapi bila dilihat takde pulak.Dia perasaan orang yang kejutkan dia tu pakai telekung putih yang dah agak lusuh tapi tak nmpak muka sebab Fateha tidur peluk bantal.Dia fikir roommate yang kejutkan untuk teman ke toilet tapi bila dia sedar kawannya pakai baju warna lain.Sebenarnya kawan dia tak tidur lagi waktu itu.
Sebenarnya sejak dia mendiami bilek ni di awal sem  macam2 yang terkena.Kadang tengkuk nya terasa berat dan sakit.Mungkin juga bilek ni dah lama takde penghuni .Sebagai AJK kat kolej tu masa awal sem Fateha dengan kawan nya bebas pilih bilek sendiri....dah elok kat aras2 bawah ,dipilihnya kat tingkat 6....kononnya nak lebih tenang.
Tapi aku akui Fateha ni memang agak berani .Masa sekolah menengah duk kat asrama ,macam2 hal orang nampak tapi dia tak kisah pun .Satu malam tu katanya dia.nampak kain putih melayang menghala ke padang....dia diam je sehingga balik rumah baru bagitau kami.
Perkara2 camni biasalah kan ...aku harap Fateha akan dapat bertahan sehingga akhir sem beberapa bulan lagi.Lepas ni harap dia tak kan salah pilih bilek lagi.



Thursday 24 March 2016

besday dan kanser

Asalamualaikum
22hb Mac pergi agak awal dari rumah walaupun temujanji dengan doktor di HSA pada pukul 11 pagi.Sengaja datang awal memandang kan payah nak cari tempat parking ....itupun naik pening nak jumpa tempat kosong,menyelit je asal ada tempat ....janji dapat parking.
Seperti biasalah daftar dulu,kononnya boleh dapat pada waktu yang dijanjikan.Sabar jelah menunggu giliran.....tunggu punya tunggu dah hampirpukul 1tengahhari takde juga nama dipanggil.Encik suami yang jadi peneman jadi tak sabar dah.Pergi kuanter bertanya.....rupanya doktor pakar yang dijanjikan takde hari itu.Akhirnya hampir pukul 2 petang baru lah nama dipanggil,itupun jumpa doktor pelatih yang dipantau doktor pakar yang lain.Haritu memang ramai sangat pesakit.
22hb tarikh lahir aku......hari itu aku habiskan masa hampir satu hari di hospital.Dapat result operation tempohari pulak agak menyentap perasaan aku.Walaupun sebelum itu aku tau juga ianya pra kanser.Tapi bila disebut kanser tahap 1 ianya lebih terkesan pada aku ,walaupun pada zahirnya aku nampak tenang.Kalau dah katanya kanser memang menakutkan pada aku dan mungkin pada semua.Apatah lagi bila doktor cerita bab2 kemoterapi...
Oleh kerana result darah yang diambil tak dapat nak cepat.Doktor benarkan balik dan tunggu pihak hospital tepon untuk buat scan satu badan untuk memastikan sel2 kanser tak merebak.Dah lebih pukul 3 juga keluar dari poliklinik.
Seharian itu juga dapat wish dari anak2 dan kawan2 dan sedara mara dari wasap dan tepon ,menjadi penenam ketika aku menunggu giliran juga.Haritu perasaan aku bercampur aduk,antara gembira dengan sedih....
Oklah taknak cerita part sedih2 ....kita cerita makan pulak
Foto:bubur jagung buat buka puasa hari Isnin tempohari.Beli 3 tongkol.jagung rebus pun tak terhabis....Budak Iman tak sedikit pun dijamahnya.Udahnya aku jadikan bubur....sedap sangat.Gantikan santan dengan susu cair .....tak muak makan berkali2.

Foto: masa balik dari hospital ,singgah restoran,makan tengahhari pada pukul 4 petang ....Makan nasi putih berlauk ikan merah masak gulai lemak dan sedikit sayur campur.Makan sorang je,encik suami hanya pemerhati....katanya dah kenyang makan kat cafe poliklinik.





Monday 21 March 2016

Lindungi mereka

Asalamualaikum
Alhamdulillah,petang semalam hujan turun agak lebat ,meyejukkan persekitaran yang kering.
Sebenarnya bukan nak cerita bab cuaca tapi apa yang berlaku beberapa hari lalu.
Semakin berusia dan anak2 jauh2 ni ,sikap cepat panik aku menjadi2 pulak.Kadang bunyi tepon pun dah buat aku berdebar.
Dua tiga hari lepas ,sorang kawan anak sulong aku sms bagitau ada orang jumpa tepon dia.Serta merta terasa sakit perut dan nak terkucil menahan debar....terfikir dimanakah dia sehingga telefon pun boleh dijumpai oranglain...Aku tarik nafas panjang ,aku tepon balik kawan dia  ,fuhhh....barulah lega debaran aku.Huh ,malu lah pulak dengan kawan anak dengan sikap ku yang cepat gelabah.
Foto: sms yang  diberi  dari kawan anak sulong.
Aku memang mudah risau ,bila orang2 yang aku sayang ada di luar sana ,baik suami mahupun anak2.Dua tiga hari lepas Iqa yang yang dah.bertahun2 tak kena asma/ semput  boleh lah pulak tepon kata sesak nafas.Siapa juga yang jadi mak pasti tak senang hati .Berkali2 aku tepon untuk mengetahui keadaan dia.Bekalan ubat semput tak pernah ada lagi sebab kesemua mereka bila dah besar tak pernah lagi kena.Suami  cool je,pelan2 nasihat kan Iqa buat apa yang patut dan berehat.
Mereka memang dah remaja ..Sejak tingkatan 1 bila masing2 duk asrama dah biasa sakit pening susah senang tanggung sendiri...tapi sebagai ibu risau tetap sama....Sentiasa aku mohon Allah melindungi mereka.

Foto:sumber google


Friday 18 March 2016

Putu Bambu

Assamualaikum
Pihak TNB dah beri notis Ahad 13hb tu takde karen dari pukul 10pagi hingga 7 mlm.Kalau diikutkan mana tahan dalam cuaca panas nak duk dalam rumah Budak 2 ni boleh meroyan dibuatnya kelak tanpa kipas dan tv  ,terfikir nak ziarah abang yang tak sehat di bandar Kluang.Sebelum karen xde kami dah keluar dulu dari rumah.Nak singgah tempat kakak di Simpang Renggam untuk pergi sama dengan dia ...sebenarnya aku tak tahu rumah abang kat mana sejak dia jadi bapa tunggal ni tinggal bersama anak tirinya.
Aku kira kakak nak pergi cepat tapi disuruh nya makan tengahhari dulu.Kakak tak susah2 pun masak ,semua lauk beli.Kakak  dah biasa dengan satu kedai tu memang murah sangat beli tak sampai 10 rm boleh dpt beli macam2 lauk.Kakak ni masih bekerja ,apatah lagi tinggal 3 beranak ...biasa membeli je lah.Hari tu kami makan lauk petola masak lemak putih campur tempe,asam pedas ikan sembilang ,ikan goreng dan kerabu pegaga campur taugeh.
Lepas Zuhor baru kami bertolak ke Kluang ,singgah rumah anak sedara untuk mengetahui alamat abahnya ....
Atas sebab tertentu tak dapat jumpa abang .Kami pun balik.Hujan lebat lah pulak ,hasrat hati nak singgah pekan Air Hitam untuk beli belah sikit.
Lagipun teringin nak beli PUTU BAMBU JURIAH yang memang terkenal kat Air Hitam .Nasib baik ada cawangan nya di bangunan baru di jalan Kluang_Air Hitam.Dalam hujan lebat suami redah je untuk beli Putu Bambu ....melihatkan aku yang mengalahkan orang mengidam.Di belinya 2 bekas ,sedap sangat makan panas2...sekejap je kami perabis....kesal pulak tak beli lebih...huhuu tamak lah pulak!
Foto: ini lah putu bambu Juriah yang aku nak sangat tu.
Foto: walaupun hujan lebat pengunjung tetap ramai di pekan Air Hitam.
Masa kat pekan Air Hitam masih lagi hujan.Kebetulan ada pasar minggu  ,aku turun dengan Azim saja sebab Iman dah lena tidur.Cadangannya nak cari sayur2 kg tapi bila pergi satu dua gerai hujan lebat lah pulak.Dapat lah beli sedikit sayuran dan sedikit kudapan untuk makan dalam kereta.Walaupun berpayung berdua tetap kebasahan .
Foto:antara sayur yang sempat beli
Kami tak lalu highway pun...sepanjang perjalanan memang hujan lebat ,tapi bila dah  melepasi Simpang Renggam cuaca semakin cerah..Iman kata tak mahu balik sebelum pukul 7 .Suami cadangkan ke Bandar Tenggara untuk menjenguk sepupu .Kami ikut jalan Sengkang ,sekejap je dah tiba ke Felda Inas ,yang dah tak jauh dari Bandar Tenggara.Masa dlm perjalanan ni baru ingat nk tepon.sepupu...sepupu kata dia di JB sebab malam nak bertolak ke Kelantan.Dah tak tau ke mana tempat  nak dituju ,akhirnya singgah kat Taman Sayong Pinang aje  ....singgah restoran untuk minum2 makan2...saja nak mengampu Iman.!
Lepas 6.30 juga lah kami balik ,....Alhamdulillah tiba dah ada karen.


Thursday 17 March 2016

25 things that make me happy

Assalamualaikum


Sebagai memenuhi permintaan kak Paridah Ishak(PI),aku cuba juga mencoretkan saat2 yang mengembirakan.
1)Dah tentu saat menjadi isteri pada encik Burhan,setelah melalui jalan penuh liku.
2)ketika disahkan mengandung ketika perkahwinan dah mencecah tahun.ke5.
3)saat kelahiran anak  pertama yang sememangnya dah ditunggu2 sekian lama....akhirnya dapat juga jadi ibu seperti orang lain.Begitu juga anak2 seterusnya.
4)Impian nak anak sulong lelaki terlaksana juga.
5)masa belum ada anak sentiasa bermohon agar dikurniakan walau seorang zuriat tapi Allah kurniakan 5....Alhamdulillah.
6)Bila dapat balik ke kampung halaman walaupun mak/ayah dah takde....dapat lalu pun dah puas.
7)dapat jumpa sedara mara  sahabat andai bila ke majlis2 kawen kat kampung.
8)dapat berkumpul adek beradek yang sememangnya sukar bila mak ayah dh.tiada.
9)bila  dapat melihat anak2 membesar meraih  kejayaan demi kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan .
10)bila sorang demi sorang anak2 melangkah kaki ke universiti.
11)dapat bertemu semula dengan rakan karib zaman sekolah dulu setelah berpuloh tahun terpisah tanpa berita...pernah ku abadikan dalam blog ini sebagai ikhtiar mencarinya.
12)dapat jalan2 dan makan2  di luar  bersama semua anak2.
13)dinobatkan sebagai keluarga ikon di program motivasi upsr 2015.
14)Bila dapat keluar wad setelah beberapa hari duk terlantar di hospital ...tang ni memang betul2 gembira.
15)melihat tanaman dan bunga2 yang kutanam  hidup subor.
16)setelah pembedahan tak lagi was2 dalam mengerjakan ibadah.
17)dapat bersahabat dengan rakan2 blogger yang baikhati walaupun di maya
18)dapat menimba ilmu dunia dan akhirat dari membaca blog adek2 dan rakan2 blogger ,juga dapat menceriakan  hati yang gundah.
19)Bila anak2 bercuti pada masa yang sama.
20)dapat sediakan apa yang mereka nak makan dan dapat makan masakan mereka.
21)bila dapat bersedekah dan mengembirakan oranglain.
22)bila yang di doa dan dihajat kan tercapai juga.
23)dapat menjaga mak mertua dan mak sendiri hingga akhir hayat mereka.
24)terima pemberian dari suami dan anak2 walaupun sekecil2 nilai tetap mengembirakan hati .
25)bila kali pertama cuba resepi menjadi ....anak2 dan ayah anak2 suka.
Okey ...Nak tag siapa pulak ya..
MALINDA
KAK ZAI
BUNDA
ARYAN AZRA
RAIHANA AHMAD
jangan marah ya .....sudi2kan lah.






Wednesday 16 March 2016

sampai juga

Assalamualikum
Alhamdulillah....sampai jugak 400 entry ....dibandingkan dengan adek2 dan kawan2 blogger yang rajin berkarya boleh capai 300 setahun kan...Sebenarnya aku tak pernah fikirkan target ,sekadar meluang masa senggang apatah lagi bila kesorangan .400 entry bukan setahun dua tapi 4 tahun tu...Banyak juga lah entry2 awal yang merapu aku delete.
Mula mencoret sejak 2012 tapi terbiar bersawang hampir setahun.Masa tu arwah mak masih ada tinggal bersama kami sejak arwah bapak meninggal.Aku lupa hal  blog ,mak rajin berbual ,lagipun tak mahu mak kecil hati tengok aku yang asik hadap.laptop .
Akhir December mak meninggal  ,2013 aku kembali sendiri bila Iman dah sekolah  ,yang lain di asrama.Banyak masa terluang , aku sambungkan semula coretan perjalanan suka duka kehidupan dalam blog ini.Blog ini umpama diary hidupku walaupun takdapat semua dapat dikongsi .
Terimakasih pada adek2 dan kawan2 blogger yang sudi singgah juga menjadi teman maya.Entry kalian yang aku kunjungi juga banyak menceriakan hati,menambah ilmu dunia dan akhirat dan yang bestnya banyak masakan yang diketahui.



Tuesday 15 March 2016

Pengantin sana sini.

Assalamualikum
Seperti biasa lah cuti sekolah orang buat majlis perkahwinan sana sini.Jiran selang sebelah rumah juga adakan majlis hari Sabtu lepas.Baru kali pertama ,meriah sungguh .Aku sekadar jemputan biasa aje tapi belum ada selera nk jamah nasi beriani....kawan ambil kan lontong tapi aku hanya jamah 2'potong ,bukan pe ingatkan lontong biasa ,rupanya kuah kari daging...Sementara tunggu Iman dan ayah nya selesai makan  aku nikmati kerepek pisang nipah yang sememangnya tersedia.
Selesai kat sini kami terus bertolak ke Api Api Pontian pulak ...Majlis kawen cucu sedara suami.....cucu tu!.Nenek pengantin dengan suami sepupu ,walaupun jarak umor mereka jauh berbeza.Umor dalam lingkungan 70++...,ntah aku pun tak pasti berapa tapi dah uzor sangat.Mak pengantin ni pun panggil kami pak/mak sedara ni kakak abang...mungkin umor kami lebihkurang sebaya...apa sajalh kami ok je ,taklah perasaan tua sangat kan...hahaa.Cucu yang pengantin ni pun lebih tua dari anak sulong kami.
Tiba pun dah tengahhari ...perut pun memang dah lapar ... aku lah tu tapi makanan kat majlis2 menu yang sama.Walaupun ada nasi putih dengan laukpauk lain ,aku lebih teringin makan laksa Johor.
Foto: ni jelah yang sempat di snap ,malu lah pulak beria2 nak ambil gambar.
Kami tak lama di sini sebab dah rancang nak singgah rumah 2 sedara lagi.Dah kebetulan ke Pontian ingatkan nak cari ikan2 segar .Teringat pulak pada Malinda katanya ada jualan ikan,ketam kat belakang Court Mammoth....huhuuu jenuh kami mencari manalah tempat nya.Bila nampak Court Mammoth yang baru kat tambak kami redah belakang2 bangunan ....huhuu takde apa2 pun.Linda....boleh tak gitau lokasi sebenarnya....jakun betul akak ni tau walaupun sejak kecil dah biasa dengan Pontian.
Last2 budak 2 ni berselfie kat tepi laut.
Teruskan perjalanan ke Pekan Nenas untuk ziarah sepupu yg patah kaki  xcident motor.Singgah gerai kat tepi jalan yang jual hasil kampung.Suami sejak aku disahkan kurang potasium masa kat hospital tempohari ,asyikkklah beli pisang,padahal dah normal pun.....Dibelinya 2 sikat utk makan dan 3 biji pisang tanduk untuk goreng.

Balik dah lewat petang disambut dengan susana suram,apatak nya semua rumah blackout....kami bersolat Maghrib berteman lilin.

Friday 11 March 2016

Sudah jatuh ditimpa tangga

Assalamualaikum
Walaupun aku tak pernah jumpa atau kenal anak ini ,namun terasa sedih dan sebak bila Fateha  berkongsi cerita duka kawan sekuliahnya.Katanya ,pagi semalam sewaktu kawan nya hantar adeknya ke sekolah ,motor yang dibawa terlibat kemalangan.Sudah jatuh ditimpa tangga ,seminggu sebelum itu juga bapanya accident motor juga.Masa tu dia sedang bercuti untuk menjaga adek2'sementara ibu nya menjaga bapanya di hospital.
Ketika ini kawan2nya bersedih dan hanya mampu berdoa agar dia kembali sedar dan pulih semula.....dapat menghabiskan bersama2 pengajian yang tinggal setahun je lagi.Aku juga turut sedih dan simpati dengan keluarga nya terutama si ibu ....mudah2an dia tabah hadapi ujian ini.Bukan mudah nak terima keadaan ini kedua2 orang yang disayang.
Foto:wasap dari Fateha

Thursday 10 March 2016

kuali berapi

Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam dapat juga menyaksikan  fenomena gerhana matahari walaupun  hanya di beranda rumah ....teruja sendirian.
Ini cerita semalam juga yang mungkin sukar dilupakan .
Seperti biasa pukul 5 atau 5.30 a.m pasti suami bangun untuk masak bekalan dan sarapan dia sendiri.Memang sejak dulu lagi dilakukannya sendiri.Apatah lagi bila aku kurang sehat....takdelah masak apapun simple2 je .Aku setakat tolong2 jika dia tak berkesempatan.
Nak jadi kan cerita ,sebelum suboh semalam ,lepas dia selesai masak apa yang patut teruslah ke bilek air untuk mandi .Mungkin terbau sesuatu ....bila menjengah ada asap dan tengok kat atas dapur api menyala dalam kuali yang bertutup.Agak tinggi juga apinya...Masa ni lah dia memanggil  ,bingkas aku ke dapur...huhuuu terkejut tengok ...Panik seketika kami ber2.Suami kata dah siram air tapi tak boleh padam.Bergegas aku buka pintu dapur ,sementara suami nekad angkat kuali dengan kain lap dapur walaupun api masih menyala tapi jatuh atas lantai.Aku capai sodok sampah ,cuba nak tolak kuali berapi ke pintu...suami pulak ntah apa yang dicapai ...tau2 dah terhumban lah kuali ke luar rumah.Alhamdulillah...berakhirnya detik mencemaskan ...Bukan apa bimbang api sambar tong gas yg ada dlm kabinet.Suami adalah melecur sikit kat jarinya.
Kata suami lepas goreng ikan dia tutup kuali ,rupanya tak tutup api lagi terus tinggal kan mandi. ....dah terlupa agaknya.Mungkin tombol penutup kuali tu mencair menjadikan api terus menyala.Syukur sangat2 tak jadi yang lebih serius...Alhamdulillah
Foto: inilah kuali berapi nya...tak terjejas apa2 tapi penutup nya tak tau ntah kemana dibuang encik.suami


Wednesday 9 March 2016

dulu dan sekarang

Assalamualaikum
Dikongsi dari wasap group:
Indahnya kenangan silam ,bersyukur masih nikmati kehidupan harini







Monday 7 March 2016

Shila ....

Assalamualaikum
Esok 8 Mac Shila akan jalani pembedahan.sorang kenalan yang aku temui semasa duk kat wad tempohari.Walaupun tempoh mengenali begitu singkat tapi kemesraan kami begitu akrab bila selalu berhubung tanpa bersua.
Nasib Shila juga akan seperti aku...Esok dia akan buang rahim .Jika tanpa sebab takde sorang wanita pun yang sanggup kehilangan rahim .Tapi kena redha dengan takdir yang tersurat.Apatah lagi  dia masih muda ....sorang ibu tunggal yang punya sorang anak perempuan yang berumor 8tahun.Mungkin satu hari nanti dia akan berkahwin semula tapi terpaksa terima hakikat tak kan mampu lagi punya zuriat.
Aku kenali dia masa duk katil bersebelahan masa kat HSA.Walaupun dia nampak sehat ketika itu tapi HB dia cuma 4.5.Masa tu baru dia ketahui ada fibroid yang menyebabkan dia bleeding...kesian melihat dia kata seperti sesak nafas.Doktor gitau tak perlu opret sebab tak lah besar....Cuma kena masuk darah lebih 3/4 pain.Dua hari kemudian dia dah boleh balik.
Tapi beberapa hari lepas aku dapat wasap dari dia.Katanya perlu jalani pembedahan juga sebab fibroid nya dah sebesar hamil 6 bulan juga selalu sesak nafas akibat kurang darah.
Walaupun agak terkejut namun aku berdoa  Shila akan dipermudahkan jalani pembedahan ini.

Bertabahlah adek ,mungkin ujian ini akan beri kehidupan yang lebih baik dihari seterusnya.Setiap musibah ada hikmah nya.

Friday 4 March 2016

bawal hitam kukus

Assalamualaikum
Kalau hainom okje dengan kari bawalnya ,ikan bawal cermin sambal serai dari CH ....Sedapnya kan.Tapi encik Burhan aku ni masih suroh berpantang bab2 makan....jadi nya kukus lah jawapnya.
Foto:ikan bawal hitam yang  siap untuk di kukus.
Foto: lobak putih ni cadangnya nak masak bening je campurkan halia hiris,bawang juga ikan bilis serta sedikit asam keping.Dah makan sorang ikut selera sendiri lah ....

Wednesday 2 March 2016

suspek denggi

Assalamualaikum
Hari Jumaat kami ke asrama Azim...katanya demam sejak semalamnya.Dipinta bawakn panadol.Tak dapat masakkan apa2 untuk bekalan...cuma membeli sedikit gorengan.
Masa rasa badan nya memang panas tapi dia nak try makan panadol dulu.Katanya 2/3 org kawan juga demam tapi dah cuti dan balik rumah.Hari Sabtu dia tepon lagi kata demam tak kebah lagi walaupun dah berbiji2 makan panadol.Walaupun tak de rancangan nak melawat dia hari Sabtu ,kerana risau pergi juga petang itu .Bawakan air putih berbotol2 juga sebotol 100plus...Pesan dengan dia untuk bagitau pihak sekolah untuk ke klinik.
Ahad lepas balik dari Klinik Kesihatan Larkin Azim tepon kami katanya lepas amik darah,doktor suspek denggi kerana suhu badan dah mencecah 39.8 c.Perlu datang dengan ibubapa esoknya.Tak senang hati nak tunggu esok ,malam tu juga minta kebenaran warden untuk bawa dia balik.
Tiba di Kulai bawa dia ke klinik biasa untuk pastikan betul ke denggi.Malangnya mesin kat klinik rosak sebab jarang digunakan.Masa tu suhu badan dia 39.5.Apapun diberi juga ubat dan surat untuk ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk ujian darah lagi esoknya.
Balik terus bagi dia makan ubat klinik .Alhamdulillah walau pun baru sekali makan suhu badan dia terus menurun sehingga pagi .
Apapun esoknya bawa juga dia ke Klinik Kesihatan untuk test darah.Alhamdulillah resultnya pun ok ,doktor kata takde denggi.Suhu badan dia pun dah 36.9.
Lega rasa nya bila dah tahu...Walaupun Azim masih kelihatan letih.Semalam dah hantar dia balik semula ke asrama sebab MC cuma 2 hari.Mudah2an dia akan lebih sehat hendaknya.....
Walaupun anak dah besar2 ,bila mereka tak sehat aku mudah panik ...apatah lagi takde depan mata.Suami selalu kata bertenang......huhuu hati ibu ....

Tuesday 1 March 2016

alahai pokok bungaku...

Assalamualaikum

Kesian pokok2 bunga aku ,dah lebih sebulan tak dapat nak belai.Banyak yang dah kecut dan kering.Empunya tak sehat ,pokok2 pun sama.Suami tolong juga siram kan itupun jika berkesempatan.....lebihnya mengharapkan hujan .Bila aku nak siram sendiri ,suami tak beri ....katanya jangan langgar pantang...Huhuu saja menyakat ,padahal guna getah je pun untuk menyiram...!
Angan ku bila dah betul2 sehat nanti ,nak aku ganti tanah hitam dan tanam semula pokok2 yang hampir mati.