Alhamdulillah,petang semalam hujan turun agak lebat ,meyejukkan persekitaran yang kering.
Sebenarnya bukan nak cerita bab cuaca tapi apa yang berlaku beberapa hari lalu.
Semakin berusia dan anak2 jauh2 ni ,sikap cepat panik aku menjadi2 pulak.Kadang bunyi tepon pun dah buat aku berdebar.
Dua tiga hari lepas ,sorang kawan anak sulong aku sms bagitau ada orang jumpa tepon dia.Serta merta terasa sakit perut dan nak terkucil menahan debar....terfikir dimanakah dia sehingga telefon pun boleh dijumpai oranglain...Aku tarik nafas panjang ,aku tepon balik kawan dia ,fuhhh....barulah lega debaran aku.Huh ,malu lah pulak dengan kawan anak dengan sikap ku yang cepat gelabah.
Foto: sms yang diberi dari kawan anak sulong.
Aku memang mudah risau ,bila orang2 yang aku sayang ada di luar sana ,baik suami mahupun anak2.Dua tiga hari lepas Iqa yang yang dah.bertahun2 tak kena asma/ semput boleh lah pulak tepon kata sesak nafas.Siapa juga yang jadi mak pasti tak senang hati .Berkali2 aku tepon untuk mengetahui keadaan dia.Bekalan ubat semput tak pernah ada lagi sebab kesemua mereka bila dah besar tak pernah lagi kena.Suami cool je,pelan2 nasihat kan Iqa buat apa yang patut dan berehat.
Mereka memang dah remaja ..Sejak tingkatan 1 bila masing2 duk asrama dah biasa sakit pening susah senang tanggung sendiri...tapi sebagai ibu risau tetap sama....Sentiasa aku mohon Allah melindungi mereka.
Mereka memang dah remaja ..Sejak tingkatan 1 bila masing2 duk asrama dah biasa sakit pening susah senang tanggung sendiri...tapi sebagai ibu risau tetap sama....Sentiasa aku mohon Allah melindungi mereka.
Foto:sumber google
Betul tu kak sebagai mak ni kita mudah risau kalau berkaitan hal anak2 kan..
ReplyDeleteMoga anak2 kita baik2 saja dibawah lindungan Allah taala
Amin, Pasti risau jika tidak dapat keterangan, tarik nafas K Si, saya pun tarik nafas membaca sebab anak semput tak da ubat tu memang membimbangkan, inshaAllah diberi alternatif dan biar kawan tahu keadaan, bole menolong semasa kecemasan.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteBiasalah hati ibu dan bapa, walaupun anak sudah besar tapi sentiasa memikirkan keadaan mereka. Sihat ke, sakit ke, makan ke...demikianlah dua pemilik kasih sayang yang tidak berkira-kira..ibu dan bapa.
kak bukan akak je saya ni pon cepat beno panik tak bertempat...kadang anak2 cakap lain saya dah mengelabah cam hape je...moga Allah lindungi anak2 kite selalu...mak2 sume memang camtu rasenye kak...yg ayah pulak bukan tak riso tapi diorang pandai kontrol tak tunjuk depan2 cam kite ni...moga Iqa cepat sembuh...saya paham sangat sebab saya pon ada semput gak...memang tak selesa bila penapasan jadi sempit...suh dia banyak berehat dan bernapas dgn tenang...
ReplyDeleteBiasalah tu SI.....saya pun lebih kurang cenggitu jugak hihi...... Gabrah tak tentu hala ek. Kalau boleh dan dan tu jugak nak gi tengok. Namanya pun emakkkkk....
ReplyDeleteBetullah walau sejak tingkatan satu dah berdikari tetap hati kita tak senang kalau dpt berita anak-anak yg kurang selesa di dengar.
ReplyDeleteBiasalah tu SI.....saya pun lebih kurang cenggitu jugak hihi...... Gabrah tak tentu hala ek. Kalau boleh dan dan tu jugak nak gi tengok. Namanya pun emakkkkk....
ReplyDeleteSaya pun cepat gelabah kak Saniah..
ReplyDeleteHari tu bila pihak madrasah kata Nabilah demam panas dan muntah2..
Malam2 tu jugak saya ke madrasahnya..
Kerisauan seorang ibu mesti ada kan kak..
Semoga Allah melindungi keluarga kita..
biasalah kak, semua ibu macam ini agaknya. saya pun anak baru darjah 2 memang sentiasa ingat pada dia bila dia ke sekolah.
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak Saniah :)
ReplyDeleteHati mak mana yang tak tenang mendengar anak sakit dan bukan di depan mata. Kalau boleh, nak terbang terus jumpa anak kan. Semoga ahli keluarga akak diberi kesihatan yang baik selalu.
semuga urusan anak2 SI di permudahkan.biaalah perasaan mak yg sentiasa risaukan anak2.nak2 yg tinggal berjauhan dari kitakan...
ReplyDeleteMacam tulah sifat mak mak bila anak ada masaalah cepat aje gabranya. Semoga anak2 saniah dipermudahkan segala urusannya.
ReplyDeleteMemangkan kak... rasa nak hilang nyawa bila dengar cetita mcm tu
ReplyDeletesama la mcm saya..risau yg berlebihan kalau sesuatu yg tak kena pd anak2..suami tetap tenang dan cool ja..
ReplyDeleteselamat petang saniah
ReplyDeleteperempuan mmg gitu sikap nya
sama lah jugak dngn kaknoor
orang lelaki lebih tenang rasa nya
Salam kak.. bila berjauhan dengan anak2 ni mmg mudah risau.. selalu titipkan doa moga org2 yg kita sayang selalu dlm lindungannya..amin..amin
ReplyDelete