Sebagai memenuhi permintaan kak Paridah Ishak(PI),aku cuba juga mencoretkan saat2 yang mengembirakan.
1)Dah tentu saat menjadi isteri pada encik Burhan,setelah melalui jalan penuh liku.
2)ketika disahkan mengandung ketika perkahwinan dah mencecah tahun.ke5.
3)saat kelahiran anak pertama yang sememangnya dah ditunggu2 sekian lama....akhirnya dapat juga jadi ibu seperti orang lain.Begitu juga anak2 seterusnya.
4)Impian nak anak sulong lelaki terlaksana juga.
5)masa belum ada anak sentiasa bermohon agar dikurniakan walau seorang zuriat tapi Allah kurniakan 5....Alhamdulillah.
6)Bila dapat balik ke kampung halaman walaupun mak/ayah dah takde....dapat lalu pun dah puas.
7)dapat jumpa sedara mara sahabat andai bila ke majlis2 kawen kat kampung.
8)dapat berkumpul adek beradek yang sememangnya sukar bila mak ayah dh.tiada.
9)bila dapat melihat anak2 membesar meraih kejayaan demi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan .
10)bila sorang demi sorang anak2 melangkah kaki ke universiti.
11)dapat bertemu semula dengan rakan karib zaman sekolah dulu setelah berpuloh tahun terpisah tanpa berita...pernah ku abadikan dalam blog ini sebagai ikhtiar mencarinya.
12)dapat jalan2 dan makan2 di luar bersama semua anak2.
13)dinobatkan sebagai keluarga ikon di program motivasi upsr 2015.
14)Bila dapat keluar wad setelah beberapa hari duk terlantar di hospital ...tang ni memang betul2 gembira.
15)melihat tanaman dan bunga2 yang kutanam hidup subor.
16)setelah pembedahan tak lagi was2 dalam mengerjakan ibadah.
17)dapat bersahabat dengan rakan2 blogger yang baikhati walaupun di maya
18)dapat menimba ilmu dunia dan akhirat dari membaca blog adek2 dan rakan2 blogger ,juga dapat menceriakan hati yang gundah.
19)Bila anak2 bercuti pada masa yang sama.
20)dapat sediakan apa yang mereka nak makan dan dapat makan masakan mereka.
21)bila dapat bersedekah dan mengembirakan oranglain.
22)bila yang di doa dan dihajat kan tercapai juga.
23)dapat menjaga mak mertua dan mak sendiri hingga akhir hayat mereka.
24)terima pemberian dari suami dan anak2 walaupun sekecil2 nilai tetap mengembirakan hati .
25)bila kali pertama cuba resepi menjadi ....anak2 dan ayah anak2 suka.
Okey ...Nak tag siapa pulak ya..
MALINDA
KAK ZAI
BUNDA
ARYAN AZRA
RAIHANA AHMAD
jangan marah ya .....sudi2kan lah.
Saya sampai hari ni tak reti reti nak buat benda ni..
ReplyDeleteInshaAllah kak nanti saya buat entri ye..banyak perkara yang menggembirakan hati ni hihihi
ReplyDeleteInshaAllah kak nanti saya buat entri ye..banyak perkara yang menggembirakan hati ni hihihi
ReplyDeleteDah dua orang tag kak Zai ni In syaa Allah.
ReplyDeleteWalaupun no 13 ramai orang takut tp itu yg paling kak Zai suka. Tahniah saniah.
kakzai saya pun tag kakzai jugak benda ni heeee
Deletesaniah tahniah dari kaknoor di nobatkan jadi keluarga icon ya mesti gumbira lah kalau gitu kan alhamdulillah
kebanyakan yg akak tulis tu sume ape yg bole buat saya gembira jugak...nak2 part suami dan anak2 tu...jap lagi saya jawab tag akak ni ye...nak pikir dulu ape yg selalu buat saya happy...cam banyak je tapi tak tau camna nak tulis je ni....kikiki :)
ReplyDeleteJawab Linda jgn tak jawab hihi...
DeleteKakak nak juga tahu apa yg buat Linda gembira:)
Memang gembira sangat2 kan kak yang no 2. Iye lah dah 5 tahun menunggu.. akhirnya dgn berkat kesabaran akak.. Allah makbulkan doa akak.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteBegitulah betapa banyaknya kegembiraan yg dpt kita nikmati sebenarnya kalau mahu disenaraikan. Syukur, syukur alhamduillah moga kegembiraan terus hingga ke syurga kelak. Amin.
ReplyDeleteTumpang gembira juga..moga kebahagiaan kekal hingga ke syurga...
ReplyDeletekadang tu banyak juga kegembiraan yang sama dengan orang lain. gembira utk kak
ReplyDeleteAlhamdulillah k SI, kegembiraan bermakna dapat mendidik anak berjaya,mengurus keluarga hingga menjadi ikon Tahniah, syukur doa dimakbulkan, happy sangat kan :)
ReplyDeleteBetul tu bila melihat tanaman yang kita tanam mengeluarkan hasil dan subur...buat hati kembang dan tersenyum2 sendiri...
ReplyDeleteeh eh... bunda pun kena tag jugak...dah 2 orang dah tag benda yang sama ni...
DeleteInsyaAllah kalu ada kelapangan bunda buat yer...
Saya pun kena tag jugak SI....tp lum buat lagi hihi...
ReplyDeleteAlhamdulilah, nikmat Allah bagi. Saya dapat merasakan kegembiraannya tu tau.
Tahniah juga sebab jadi keluarga Ikon.