Assalamualaikum
Esok 8 Mac Shila akan jalani pembedahan.sorang kenalan yang aku temui semasa duk kat wad tempohari.Walaupun tempoh mengenali begitu singkat tapi kemesraan kami begitu akrab bila selalu berhubung tanpa bersua.
Nasib Shila juga akan seperti aku...Esok dia akan buang rahim .Jika tanpa sebab takde sorang wanita pun yang sanggup kehilangan rahim .Tapi kena redha dengan takdir yang tersurat.Apatah lagi dia masih muda ....sorang ibu tunggal yang punya sorang anak perempuan yang berumor 8tahun.Mungkin satu hari nanti dia akan berkahwin semula tapi terpaksa terima hakikat tak kan mampu lagi punya zuriat.
Aku kenali dia masa duk katil bersebelahan masa kat HSA.Walaupun dia nampak sehat ketika itu tapi HB dia cuma 4.5.Masa tu baru dia ketahui ada fibroid yang menyebabkan dia bleeding...kesian melihat dia kata seperti sesak nafas.Doktor gitau tak perlu opret sebab tak lah besar....Cuma kena masuk darah lebih 3/4 pain.Dua hari kemudian dia dah boleh balik.
Tapi beberapa hari lepas aku dapat wasap dari dia.Katanya perlu jalani pembedahan juga sebab fibroid nya dah sebesar hamil 6 bulan juga selalu sesak nafas akibat kurang darah.
Walaupun agak terkejut namun aku berdoa Shila akan dipermudahkan jalani pembedahan ini.
Bertabahlah adek ,mungkin ujian ini akan beri kehidupan yang lebih baik dihari seterusnya.Setiap musibah ada hikmah nya.
Benarkan kak Saniah..
ReplyDeleteTiada siapa yg ingin diuji sakit kan..
Redha setiap akan ujian..
Itulah penyembuh sakit kita kan..
Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Shila tu ye kak..
Semoga kegembiraan yg akan menyusul setelah melalui kesusahan..
Sedih kakak membaca kisah ini SI
ReplyDeleteBesar ujian buatnya sebab anak baru satu dan ibu tunggal pulak tu. Sedihnya...:(
Moga shela tabah dan kuat.
Alahai kesianya kak Zai. Ibu muda sudah menerima ujian terpaksa membuang rahim.Semoga segalanya dipermudahkan.
ReplyDeletemoga sheila tabah menghadapi ujian ini, sedih sangat membacanya
ReplyDeleteMoga kawan Kak selamat menjalani pembedahan itu nanti. Sama2 kita doakan. Muda lagi tu.
ReplyDeleteAllahuakbar kesiannya...semoga dipermudahkan bagi adek ini...
ReplyDeleteYa Allah sian nye...gitu la kalau dah tersurat kan kak...takpe la mungkin ada hikmah di sebalik semua ujian ni...saya dulu time operete beranak izara ada sorang makcik yg duduk dalam icu sebelah katil saya...sepanjang malam dia asyik merintih kesakitan je...sampai saya tak bole nak tido langsung...anak dia cakap mak nye operete buang rahim...sakit sangat kot sian dia...tapi tak bole nak tolong ape pon...saya cuma suruh dia berzikir je untuk kurangkan perasaan sakit tu...
ReplyDeletekesiannya, besar ujiannya. bagi sapa yang kena fibroid dan cysts cubalah tingkatkan pengambilan antioksidan seperti buah2an dan sayur2an. semoga dipermudahkan urusan shila
ReplyDeleteAda hikmahnya...Itu kita kena yakin...mmg kena buang fibroidnya & rahimnya sekali sebab dah ada serious complication ( anemia yg teruk)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan Shila. Betul kata awak tu SI.....Andainya ada pilihan lain..... Tp apa kan daya, terimalah takdirNya dgn hati yg redho.
ReplyDeleteMemang bukan mudah....
Bila dah duk kat sepital ni macam macamlah pulak cite yg kita dengar. Tu yg malas tu...