22hb Mac pergi agak awal dari rumah walaupun temujanji dengan doktor di HSA pada pukul 11 pagi.Sengaja datang awal memandang kan payah nak cari tempat parking ....itupun naik pening nak jumpa tempat kosong,menyelit je asal ada tempat ....janji dapat parking.
Seperti biasalah daftar dulu,kononnya boleh dapat pada waktu yang dijanjikan.Sabar jelah menunggu giliran.....tunggu punya tunggu dah hampirpukul 1tengahhari takde juga nama dipanggil.Encik suami yang jadi peneman jadi tak sabar dah.Pergi kuanter bertanya.....rupanya doktor pakar yang dijanjikan takde hari itu.Akhirnya hampir pukul 2 petang baru lah nama dipanggil,itupun jumpa doktor pelatih yang dipantau doktor pakar yang lain.Haritu memang ramai sangat pesakit.
22hb tarikh lahir aku......hari itu aku habiskan masa hampir satu hari di hospital.Dapat result operation tempohari pulak agak menyentap perasaan aku.Walaupun sebelum itu aku tau juga ianya pra kanser.Tapi bila disebut kanser tahap 1 ianya lebih terkesan pada aku ,walaupun pada zahirnya aku nampak tenang.Kalau dah katanya kanser memang menakutkan pada aku dan mungkin pada semua.Apatah lagi bila doktor cerita bab2 kemoterapi...
Oleh kerana result darah yang diambil tak dapat nak cepat.Doktor benarkan balik dan tunggu pihak hospital tepon untuk buat scan satu badan untuk memastikan sel2 kanser tak merebak.Dah lebih pukul 3 juga keluar dari poliklinik.
Seharian itu juga dapat wish dari anak2 dan kawan2 dan sedara mara dari wasap dan tepon ,menjadi penenam ketika aku menunggu giliran juga.Haritu perasaan aku bercampur aduk,antara gembira dengan sedih....
Oklah taknak cerita part sedih2 ....kita cerita makan pulak
Foto:bubur jagung buat buka puasa hari Isnin tempohari.Beli 3 tongkol.jagung rebus pun tak terhabis....Budak Iman tak sedikit pun dijamahnya.Udahnya aku jadikan bubur....sedap sangat.Gantikan santan dengan susu cair .....tak muak makan berkali2.
Foto: masa balik dari hospital ,singgah restoran,makan tengahhari pada pukul 4 petang ....Makan nasi putih berlauk ikan merah masak gulai lemak dan sedikit sayur campur.Makan sorang je,encik suami hanya pemerhati....katanya dah kenyang makan kat cafe poliklinik.
Happy birthday dear K SI, moga dapat kesembuhan sepenuhnya, sihat, diberkati selalu inshaAllah. Bubur jagung letak susu cair, menyelera tu :)
ReplyDeletesedapnya bubur jagung, lama tak makan tu.
ReplyDeleteSelamat hari lahir kak, hari yang sama terima berita agak menyedihkan, moga akak diberi kesembuhan.
macam sama saja seperti saya kak, moga Allah beri kesembuhan buat kita
Happy birthday buat saniah adik ku. Kak Zai sungguh kagum dengan sifat mu yg sabar dan menerima takdir dengan tenang. Semoga diberikan kesembuhan dengan segara. Jangan lupa makan ubat dan ikut arahan doktor.
ReplyDeleteSedapnya bubur jagung tu.
YA ALLAH..Kau ringankan beban yg ditanggung temanku ini..kurangkan keresahan yg dialaminya..
ReplyDeleteAllahumma..
ReplyDeleteSemoga kak saniah tabah dgn ujian ini..
Harap kanser ini belum merebak ye kak..
Risau saya..
Mahu tak sentap dapat berita macam tu..
Sanah helwah kak saniah..
Semoga usia akak diberkati Ilahi..
Diberikan kesihatan yg baik berterusan..
Alhamdulillah, syukur dapat detect cepat. CM pun hari tu check up juga. alhamdulillah negatif kanser. Ikut je apa nasihat doktor dan jangan fikir yang bukan-bukan ya. Terus pandang ke depan dengan senyuman.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak....Selamat Hari Lahir Kak Saniah... InsyaAllah didoakan agar akak sembuh...Allah Maha Besar...
ReplyDeleteSebagai ikhtiar..cubalah makan al manna (gam arabic)
Selamat hari lahir kak...tabah kan hati kuat kan mental...tiada la Allah mencipta penyakit kalau bukan dengan ubatnye kecuali mati...jangan putus asa sekarang sudah terlalu ramai doktor2 pakar dan ubat2 yg dapat menyembuhkan kenser...akak mesti bole sembuh sepenuhnye...ramai kawan2 saya yg dah sembuh dan bebas dari kenser walau pon diorang dah di peringkat lebih tinggi dari akak...moga Allah memberi kesembuhan sepenuhnye utk akak...
ReplyDeleteHepy Bezday SI..... moga sentiasa dlm lindungan rahmat Allah.
ReplyDeleteBetul kata Mel tu...Allah yg datangkan penyakit, Allah jugakkan yg menyembuhkannya.
Tak mau risau risau yer SI....