Assalamualaikum
Hari Jumaat kami ke asrama Azim...katanya demam sejak semalamnya.Dipinta bawakn panadol.Tak dapat masakkan apa2 untuk bekalan...cuma membeli sedikit gorengan.
Masa rasa badan nya memang panas tapi dia nak try makan panadol dulu.Katanya 2/3 org kawan juga demam tapi dah cuti dan balik rumah.Hari Sabtu dia tepon lagi kata demam tak kebah lagi walaupun dah berbiji2 makan panadol.Walaupun tak de rancangan nak melawat dia hari Sabtu ,kerana risau pergi juga petang itu .Bawakan air putih berbotol2 juga sebotol 100plus...Pesan dengan dia untuk bagitau pihak sekolah untuk ke klinik.
Ahad lepas balik dari Klinik Kesihatan Larkin Azim tepon kami katanya lepas amik darah,doktor suspek denggi kerana suhu badan dah mencecah 39.8 c.Perlu datang dengan ibubapa esoknya.Tak senang hati nak tunggu esok ,malam tu juga minta kebenaran warden untuk bawa dia balik.
Tiba di Kulai bawa dia ke klinik biasa untuk pastikan betul ke denggi.Malangnya mesin kat klinik rosak sebab jarang digunakan.Masa tu suhu badan dia 39.5.Apapun diberi juga ubat dan surat untuk ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk ujian darah lagi esoknya.
Balik terus bagi dia makan ubat klinik .Alhamdulillah walau pun baru sekali makan suhu badan dia terus menurun sehingga pagi .
Apapun esoknya bawa juga dia ke Klinik Kesihatan untuk test darah.Alhamdulillah resultnya pun ok ,doktor kata takde denggi.Suhu badan dia pun dah 36.9.
Lega rasa nya bila dah tahu...Walaupun Azim masih kelihatan letih.Semalam dah hantar dia balik semula ke asrama sebab MC cuma 2 hari.Mudah2an dia akan lebih sehat hendaknya.....
Walaupun anak dah besar2 ,bila mereka tak sehat aku mudah panik ...apatah lagi takde depan mata.Suami selalu kata bertenang......huhuu hati ibu ....
SYUKUR ALHAMDULILLAH ANAK TIDAK DIJANGKITI DENGGI YG AMAT DIGERUNI ITU...DEMAM BIASA AKAN CPT SEMBUHNYA INSYA ALLAH.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh, denggi bahaya dah sekarang ni
ReplyDeletegini la kan kak kalau anak2 jauh di mata bila dengo tak sehat tak senang hati di buatnye...bape bulan je lagi kak long pon terpakse berjauhan dgn saya...huhuhu...sedih tak bole nak bayang...moga anak akak kembali sehat cam biase...
ReplyDeleteHati seorang ibu macam tu lah kan kak...
ReplyDeleteAzim sekolah di mana di JB tu?
Kawasan kita dah ramai yg kena denggi SI. Tapi itulah kalau duduk asrama macamana kita nak jaga. Bimbang juga.
ReplyDeleteHati ibu mana yg tak risau klau anak sakit tp jauh dari kita. Alhamdulillah Azim bebas dari denggi.Semoga cepat sihat seperti sediakala.
ReplyDeleteSuami memang mcm tu agaknya,anak demam rilek je, mak ni je risau bukan main.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sembuh, lega sikit kan kak
Ahamdulilah....Kekadang demam ni nak kena upah gi klinik jugak baru baik kan SI. Tak mau dia kalau setakat diberi panadol jer hihi....
ReplyDeleteBetul tu SI mak mak ni mmg cepat gelabahnya kalau bab bab anak ni. Tp saya rasa mereka pun gitu jugaklah SI, cuma diaorg tak tunjuk kat kita je
Alhamdulillah, bukan denggi! Mungkin viral fever ke, kak?
ReplyDeleteHati mak memang macam tukan, kak. Kalau saya lagilah teruk rasanya. Anak baru mengadu sakit, saya dah tak tentu arah panik entah macam apa! Selalu kena marah dengan suami sebab tak reti nak 'cool' katanya. Eh, manalah boleh kita nak cool aje kalau melibatkan anak-anakkan!
Suami memang selalu suruh isteri bertenang walaupun hati dia sendiri tak tenang.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya ok. Sebut denggi, teringat pengalaman saya diuji dengan demam denggi. Sampai dua kali kena denggi. Duduk la di hospital makan tanggung hehe...semuanya adalah ujian kesabaran
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bukan denggi kak Saniah..
ReplyDeleteTapi demam sekarang ni , virus nya cukup susah pulak nak sembuh..
Macam en suami saya.. bila check darah bukan denggi..
tapi demamnya sakit2 seluruh sendi..
Semoga Azim cepat sembuh kak..
Alhamdulillah Azim tak kene denggi. Semoga cepat sihat, Azim
ReplyDeleteAlhamdhulillah..bukan demam denggi..
ReplyDeleteSebenarnya demam rindukan belaian emaknya tu..hihi
syukur alhamdulillah bukan denggi
ReplyDelete