Total Pageviews

Monday, 24 September 2018

Iman dan UPSR

Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak menulis di blog suram ni,terdetik hati nak mengabdikan tarikh hari ini ...ya hari ini 24hb September....hari yang cukup bererti bagi anak bongsu ku Iman.UPSR kemuncak semua peperiksaan  di sekolah rendah.
Walaupun banyak dah pengalaman aku anak2 ambil exam , rasa cemas ,takut ,risau masih juga aku hadapi seperti ibubapa yang lain.
Iman....pelajaran dia setakat ni sederhana saja.Walaupun lebih cemerlang semasa tahap 1 tapi bila dah tahap 2 pelajaran nya agak merosot.Memang setiap tahun akan melangkah naik ke pentas untuk terima anugerah cemerlang tapi bukan lagi kedudukan dalam kelas ....sekadar matapelajaran  yang dikuasai nya je.
3 hari yang lepas dia kena demam panas dan selsema.Mungkin dijangkiti dari kawan sekelas .Memang dugaan bagi dia tak sehat disaat2 akhir ni.Malam tadi pun hampir dah nak semput,penyakit yang dah lama tak kena....mujor tak melarat hingga ke pagi.
Sewaktu nak tidur sempat dia tanya result UPSR kakak abang dia dulu.Aku kata mereka bertiga straight A' kecuali abang sulong nya 4 A 1B. Aku dapat rasakan dia agak rasa tertekan dan terasa rendah diri walaupun aku tak menaruh harapan yang tinggi .Cukup lah sekadar yang dia boleh buat.Bukan salah dia kalau kurang menyerlah  tapi aku sendiri yang rasa kurang beri perhatian pada pelajaran dia.Almaklumlah dah berusia.Jarak umor  dengan abang nya juga salah satu faktor ,silibus pelajaran dah berbeza .Kalau satu ketika dulu masa abang kakak dia sekolah rendah  aku mampu buat soalan latihtubi untuk mereka dengan berpandukan soalan2 tahun sebelum nya. Aku sendiri seperti tak percaya bila ingatkan balik sebab hanya gunakan tulisan tangan je.Kalau sekarang memang tak lah...pegang pen sekejap pun  jari dah kebas😐
Kakak2 dia dulu memang rajin buat latihtubi samada buku latihan yang dibeli atau yang aku buat .Tapi kalau abang2  ,kalau dah kata lelaki memang berbeza....sesekali bila buka ,ermm banyak yang tak dibuat nya.Tu yang rasa membazir nak belikan buku latihan.Aku pun tak tahu cara mereka belajar.
Abang2 kakak2 nya dan Iman sendiri memang kami tak pernah hantar ke kelas tuisyen berbayar.Bukan takde keinginan tapi memang tak berkemampuan memandang kan kos pengajian anak2 melebihi dari pendapatan.
Upsr bukanlah bawa ke Universiti tapi ia nya penentu untuk ke mana2 sekolah.Iman memang kami tak mohon kan kemana2 SBP atau MRSM...tak sanggup nak pisah jauh....cukup lah sekolah yang terdekat.Itupun dia dah berangan nak tinggal di Asrama Pusat..alahai anak semakin sepi lah kami nanti.😢
Waktu sekarang dah 2.30 petang ,Iman masih berada di sekolah.Katanya ada kelas tambahan matapelajaran untuk exam esok.Sekolah agama memang pihak sekolah dah beri maklum  untuk diberi cuti seminggu ni.Makan tengahari disediakan untuk budak upsr ni...lega lah ibubapa.Kalau tak kesian budak2 dari pagi di sekolah.Lebih2 Iman ,masa sarapan pagi hanya makan biskut kering 2 keping dengan secawan kecil air teh.Mujor juga makanan yang disediakan yang boleh Iman makan kalau tidak memang berlapar lah dia...tahu je lah Iman yang cerewet pasal makan.
Apa pun semoga Iman dan anak2 yang hadapi upsr minggu ni akan diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan menjawab soalan2 peperiksaan .
GOOD LUCK Iman





Thursday, 12 July 2018

Burasak dan lepat lui

Assalamualaikum
Sudah beberapa bulan tak update blog.Dalam usia yang semakin menginjak ni rasanya hari demi hari akan ku tinggalkan juga minat ku untuk berblog ni.Selain dari kekangan masa ,sekarang ni aku jarang bersendirian seperti sebelum2 ni.Ada je anak yang bergilir cuti sem peneman berbual.Banyak cerita kehidupan yang ingin diabadikan dalam blog untuk kenangan masa depan tapi sukarnya nak memulakan cerita.
Takpelah apa yang ingat saja yang ingin ku kongsi.Ini pun cerita raya Aidilfitri tempohari....raya dah nak abis pun kan baru makcik duk sibuk2 nk buat entry.
Raya ketiga beraya rumah sepupu.Seperti yang dijanjikan tuan rumah dah sediakan burasak dan lepat lui untuk kami.Raya kedua tu pun ke rumah sepupu yang lain seperti tahun2 sudah pasti makan burasak dan lepat lui.Pada yang tak tahu ia makanan orang bugis untuk hari raya.Tapi zaman la ni ada je jual walaupun bukan musim raya.Yang sepupu2 ni dah bersuami kan orang bugis ,dah mahir pulak mereka nembuatnya.Setiap tahun bila ke rumah sepupu raya kedua tu makan lepat lui dengan burasak bersama rendang dan kari juga lauk2 seperti makan ketupat biasa.Yang kami pergi sepupu raya ketiga tu betul2 pasangan nya lepat lui dan burasak makan dengan ikan parang masak asam pedas ....yang sebenarnya kata sepupu bukan asam pedas biasa tapi asam rebus yang pekat kuahnya.Digandingkan pulak serunding daging dan kambing masak kari special ....ermm dh lupa pulak namanya.
Kita orang yang dua keluarga ni tak pandang pun lauk lain dah.Teruja dah makan burasak dengan lepat lui  dengan ikan parang.
Yang adek aku dan isteri sambil makan sambil duk tanya cara dan resepi buat burasak dan lepat lui juga resepi lauk2nya....beria macam lah nak membuat.
Ini lah rupa lepat lui setelah dibuka dari bungkusan nya yang besar

 lepat lui yang masih berbalut dan terikat kemas ,dlm nya ada sepuluh ketul 

Ni pula burasak dalam balutan besar.Dalam nya juga ada sepuluh keping .Gambar burasak tak pula ada yang snap .Gitulah kalau dah berbual beria2  ....
Adek yang banyak sangat interview pasal burasak dan lepat lui ,akhirnya sepupu bekalkan untuk bawa balik ke Sg.Buloh....
Sebenarnya sepupu ni ibu tunggal ,walaupun suaminya dah beberapa tahun meninggal ,hasil dari selalu melihat mertua nya membuat burasak dan lepat ni dapat lh dia menerima tempahan orang sekarang ni untuk menampung 2 anak yang masih sekolah.
Sebenarnya bukan senang nak buat ,kalau takde minat atau kerajinan.Kata dia pucuk pisang yang diperlukan pun bukan boleh sebarangan .Nak merebus pun berjam2 baru mendapat hasil yang cantek.
Apapun memang terbaik burasak dan lepat lui yang dia buat....sedap.

Tuesday, 15 May 2018

Telor pindang

Assalamualaikum
Beberapa hari lagi kita akan bertemu Ramadhan .Entah kenapa tekak aku teringin  sangat nak makan telor pindang.Bukan tak de orang jual tapi keinginan untuk makan telor pindang yang buat sendiri terlalu kuat.Berusaha aku bertanya orangtua yang mahir membuat nya satu ketika dulu .Selain tu dah tentu meng'google' lah jawapnya.
Memang aku excited sangat sebab walaupun dah berusia ,ini lah pertama kali buat telor pindang sendiri.
Semua daun2 mudah dapat kat belakang rumah kecuali daun senduduk ,memang tak letak lah walaupun selalu nya daun itulah yang harus ada.

Daun yang aku gunakan
Daun pandan
Daun kunyit
Daun serai
Daun lengkuas
Daun jambu batu
Daun bebuas.
Bahan2 lain
Kulit bawang
Serai
Lengkuas
Halia
Jintan
Ketumbar
Kicap
Asam jawa(  aku ganti asam keping)
Garam
Caranya....
Semua  daun dan bahan lain kecuali kicap dan garam di masukkan dalam periuk.Kemudian atur kan telor atas dedaun tadi.
Setelah selesai masukkan lagi dedaun yang berbaki untuk menutupi telor yang disusun tadi.Masukkan air,kicap dan garam dan tutup dengan tudung periuk.Jerangkan atas dapur dengan api yang kecil.Memang memerlukan kesabaran ,,kalau nak makan sendiri boleh lah masak dalam sehari.Tapi kalau untuk majlis orang akan jerang hingga 3 hari untuk tahan lama.Tapi taklah berterusan,boleh je tutup sekejap api dapur tu.
Walaupun aku sedang jerang  telor pindang ikut resepi yang ada namun aku sempat juga berwasap dengan kawan group yang memang buat telor pindang untuk tempahan.Katanya nak lagi rasa herba masukkan juga 4 sekawan (rempah tumis) ,juga daun kedondong...ermm yang ni aku baru tahu.
Alhamdulillah akhirnya terhasil juga telor pindang yang aku buat dengan air tangan aku sendiri.Walaupun hanya buat 30 biji tapi dapat kongsi dengan jiran2 untuk  merasa.
Tips dari kawan juga,kalau telor dah masak dan dah sejuk ,oleskan dengan minyak masak agar kulitnya nampak cantek dan berkilat.Tapi kalau nak makan sendiri tak perlu lah nak cantik2 ,yang penting rasa kan....




Monday, 30 April 2018

Kerabu kedondong

Assalammualaikum
Ketika aku menaip entry ini hanya aku dengan Azim saja yang ada di rumah.Tapi sepi seperti tiada penghuni .Biasa lah ank dah besar ,buat hal sendiri .Tu yang terdetik hati nak mencoret sesuatu kat blog yang dah mula bersawang ni.Memang mood semakin merudum walaupun banyak masa dan cerita nak diabadikan dalam blog ni.
Gambar kerabu kedondong ni pun dah berminggu tersimpan dalam dalam draf.
.Kedondong pemberian jiran,hanya Iman dengan aku saja yang makan .Dari terbiar kecut terlintas di fikiran aku nak buat kerabu  walaupun tak pernah makan dan cuba lagi.Tak kisah lah apa pun rasanya ,sendiri yang mahu makan .Aku suka apa juga jenis kerabu dan ulamulaman dibandingkan sayur yang dimasak.Memang selera orang kampung ,apatah lagi dah berusia ni.
Kedondong yang nak dibuat kerabu tu dikupas dulu ,kemudian di cincang halus .
Tak kisah lah nak buat cara camna pun asalkan elok kejadian nya.
Kemudian hiriskan bawang besar dan cili merah /cili padi. Stok ikan bilis aku dah kehabisan ,mujurlah ikan goreng semalam ada sebagai penyelamat.
Campurkan kesemua dan gaul kan .Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Perahkan limau kasturi ....siap.
Sedap penambah  selera makan tengahhari aku .Iman kedondong dah jadi kerabu memang tak lah disentuhnya.
Petang ni cadangnya nak buat kerabu lagi untuk ifftar....kerabu kacang botor.

Thursday, 29 March 2018

nasi lemak ,karipap homemade

Assalammualaikum
Minggu ni Iqa ada... cuti sem seminggu ,ada lah teman aku di rumah.Pagi ni kata dia nak makan nasi lemak daun pisang .Ermm ...aku pun nak juga sebab dah lama tak makan .Kedai nasi lemak banyak je kat sini tapi biasa nya yang ceduk je.Nasi lemak bungkus pun ada jual tapi aku rasa nasi lemak yang aku beli pagi tadi memang terbaik ....rasa nya lebih sedap dari nasi lemak bungkus di kedai lain.Bungkusan nasi lemak nya pun kemas ,pandang je pun memang teruja nak beli.Oleh sebab kami berdua je yang nak bersarapan, aku beli 3 bungkus je...2 untuk Iqa 1 untuk aku.Harga  cuma 1 RM je sebungkus.
Sebungkus nasi lemak ni agak banyak  dan sambalnya sedap....ada timun
                 dan sehiris telor rebus
      Goreng pula karipap inti keledek yang telah aku frozen kan minggu2 sebelum ni .Sarapan berteman rasa nya lebih menyelerakan ,kalau tak sorang2lah duk hadap apa yang ada je buat alas perut sendiri.



Monday, 19 March 2018

Azim dan keputusan SPM

Assalamualaikum
Dia daftar ke tingkatan 4 pada 2016 di sekolah SMTIJB sehari sebelum aku jalani pembedahan.Segala2nya diuruskan sendiri ditemani Fateha dan ayahnya.
Walaupun dapat tawaran ke MRSM ,dia lebih selesa di sini .Kawan2 juga baik2 walaupun baru dikenali. Pelajaran dia sederhana saja sejak di tingkatan 4.Tingkatan 5 juga  sama tapi rangking sekolah naik sikit bila ujian.Bila ada masalah bab Addmath dan Biologi pada Iqa lah jadi rujukan nya .Kadang kala dia terasa down juga.....pernah dia suarakan "otak Azim ni pandai takat sekolah rendah je" ,bunyi nya seperti putus asa dah.Selalu aku pesan ,jangan cakap begitu ,kalau berusaha pasti boleh.Sebenarnya aku pun risau dalam diam,cuma mampu berdoa untuk anak2 berjaya di dunia akhirat.
Pagi 15 /3 hari yang dinanti telah tiba.Walaupun hati masing2 cemas,namun hanya fikir redha je apa yang diperolehi .Dalam diam aku suruh Iqa tengokkan result online ...Sebenarnya aku yang terlebih nervous,aku tak suka situasi seperti itu.
Dalam perjalanan ambil result ke sekolah kami bertiga ,aku Azim dan ayahnya lebih banyak mendiamkan diri melayan perasaan masing2 yang gundah....ermm aku lah tu.
Tiba2 Azim yang duduk di belakang kata "Azim macam tak percaya ,betul ke ni?"...berkali2 dia menatap henpon .Keputusan SPM online telah diterima nya tertera 8A ....membuat rasa lega untuk meneruskan perjalanan ke sekolah nya.Ya memang dia rasa tak percaya sebab selama dia form 4 /5 result exam nya sederhana je....ranking sekolah pun separuh dari pelajar  semua kelas.Dibandingkan Iqa yang selalu ranking tempat pertama atau kedua di sekolah yang sama dulu,memang terasa dia rendah diri.
Sekarang pun ambil result di kelas masing2 dan tak mengumumkan di pentas seperti selalu sebagaimana yang di arahkan kementerian.Walaupun bukan pelajar terbaik kelas namun cikgu2  bangga dengan Azim kerana buat lonjakan saujana.
2016 tahun yang getir untuk Azim dan anak yang lain bila aku dan suami sakit tahun yang sama.Awal tahun 2017 keperluan pembayaran asrama dan persekolahan bayar yang perlu je.Bila ambil result tempohari cikgu kelas kata ada lagi duit kecemerlangan yang belum bayar.Tapi memandang kan result Azim agak cemerlang ,cikgunya kata tak perlu bayar,cikgu belanja....
Alhamdulillah.....semoga Azim terus berjaya menuju masa depan sana ...jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.




Monday, 12 March 2018

Sambal lada hijau,tempe tumbuk,belimbing buloh.

Assalamualaikum
Sejak ada anak2 yang bekerja dari rumah ni,mak nya merajin kan diri masak pelbagai lauk...kesian setiap hari neredah jem hingga ada kalanya hampir Isyak baru menjejak kaki ke rumah.Masak takde istimewa mana pun sekadar lauk2 kampung biasa saja.Fateha biasanya nak ada makanan pedas setiap hari.Kalau tak de ,dia sanggup berulam kan cili padi.Azim okje ,apa yang mak nya masak itulah yang dimakan.
Antara lauk pedas/ sambal yang aku masak untuk mereka...ermm bukan lauk sehari je ni tapi salah satu menu dalam seminggu.
            Asam pedas ayam
      Sambal lada hijau hiris
Resepinya ---hiris lada hijau ,bawang besar,bawang putih .Panas kan sikit minyak masukkan ikan bilis dan bahan2 hiris,masukkan air asam yang dicampurkan dengan sedikit belacan.Kebetulan ada timun ,aku campak kan juga dlm tumisan.Masukkan garam ....siap....kalau Iqa ada,ini lah lauk febret dia.
       Sambal tempe tumbuk
Resepi ni gara2 tengok blog NAMAKUCELLA blogger kecil yang berkongsi resepi masakan mak  kesayangan nya.Teringin juga nk merasa....hasilnya,sedapppp...apatah lagi bila makan dengan nasi panas.Bahan2 nya semua digoreng dulu,tempe,bawang, ikan bilis 
dan lada cili .Kalau nak pedas taruk lah lebih.Kemudian tumbuk ....biar kasar2.Kalau kurang masin tambah lah garam atau apa2 perasa ikut selera memasing.
Ni pulak sambal tumbuk belimbing buluh.Sekarang ni kan tengah musim ,mungkin dah banyak sangat buahnya,masa suami beli ikan ,isteri penjual ikan tu beri pada suami satu plastik belimbing buluh.Banyak tu ,ada lah dlm sekilo.Nak buat sambal hitam tak larat lah mak ...buat masak udah leh....lebihnya ingat nak buat jeruk je.
Sambal tumbuk belimbing ni salah satu dari hasilnya.Seperti biasa lah  cili,bawang  dan ikan bilis goreng dulu.....kalau tambah belacan mungkin lagi sedap kot.Tapi aku kurang minat .Kemudian ditumbuk semua dan masukkan belimbing dan tumbuk lagi .Masukkan garam secukup rasa.

Monday, 5 March 2018

Si bongsu Iman

Assalamualaikum
Dah beberapa minggu tak berblog...semangat pun dah semakin suram .Bukan takde cerita tapi nak mengolah cerita tu yang merudum.Nak kata sibuk ,rutin biasa rumahtangga dah lali pada kehidupan ku.
Iman sekarang waktu siang hanya sekejap je berada di rumah.Kelas tambahan hingga 2.20 ptg.Pukul 3  dah ke sekolah agama.Mujur sekolah agama tak jauh....5 minit jalan kaki dah tiba.Kesian pulak tengok dia yang keletihan seharian ,bila malam belum pukul 10 dah lena dibuai mimpi.... kepenatan.
Kadang kala saja menyakat ,kata pada dia ...".boring nya mak sesorang kat rumah".Ketika itu dia dah nak bersiap ke sekolah agama.Boleh pulak dia kata " Iman tak nak sekolah lah".Aku tanya dia " kenapa pulak?"."Nak jaga emak kat rumah".....cehhh jawapan nak ponteng lah tu.
Masa cuti CNY lepas kami ke rumah anak sulung di Melaka.Hari ke dua tu anak bawa ke PD.Excited betul Iman mandi manda sampai tak ingat nak naik dah.Ketika abang dan ayahnya dah membersihkan badan,sanggup dia sorang2 berendam lagi berjam2.Cuaca ketika itu memang panas ,mujurlah tak rentung dek  pancaran matahari terik tu...mujorlah ada si kakak  sentiasa bawa segala macam cream .....kalau tidak  bertambah rentung lah kulit dia yang sedia gelap tu....hahaa.
Sebenarnya sepanjang 12 tahun usia Iman ni ,baru lah kali pertama dia mandi laut....kelakar kan.Masa kecil dia fobia pada ombak.Bila nampak ombak je takut dan menangis2 kalau disuruh mandi.Sejak tu kalau pergi ke tepi pantai sekadar duduk2,makan2 dan ambil angin je.Dah 12 thn ni lah baru lah rasa kenikmatan nya mandi laut.
Lihat lah betapa teruja nya dia bila dpt mandi laut.

Monday, 12 February 2018

Iman 12 tahun

Assalamualaikum
9hb February -Jumaat genap bujang kecil kami,Iman Farid 12 tahun .Begitu cepat masa berlalu anak bongsu ini dah melangkah remaja....dan makayah pun semakin tua....
Jumaat tak buat apa2 pun untuk dia.Takde sesiapa pun nak makan kalau masak2 special untuk dia sebab masing2 balik petang.
Kata dia nak makan pulut kuning.Sabtu pagi buatkan untuk dia.Stok ayam/ daging takde dalam aisbox.Iman nak makan pulut kuning bercicah kari katanya.Mula nya nak buatkan kari telor saja ,bila nampak ikan terus je terfikir buat kari ikan....ermm sedap juga kari ikan walaupun hanya menggunakan ikan cencaru.Memang dah lama tak masak kari ikan .Bila makan bersama pulut kuning memang enakkk.Resepi kari ikan tu seperti biasa je cuma aku tambahkan tomato ceri dan daun kunyit....aku suka bau daun kunyit .
Petang  ke Aeon ,Fateha kata nak belanja Iman makan..... kami pun tumpang sekaki...😉.Malas nak fikir makan apa sebab Fateha dan Azim baru balik kerja ,masih penat lagi.KFC je jadi pilihan dan beli beberapa potong kek Secret Resepi .( memang tak snap gambar sebab Iqa xde)
Ahad semalam ke Pejabat Pendaftaran,Iman buat ic.Bukan main excited lagi .Suka dia dah nak ada ic sebab boleh masuk ke tempat yang tak boleh masuk budak bawah 12 th seperti di hospital contoh nya.
Walaupun Iman dah besar ,Iman sentiasa jadi anak kecil kami.Semoga dengan bertambah umor mu ,bertambah ilmu dan ibadah mu,semoga sentiasa jadi penyejuk mata dan hati makayah.SELAMAT HARI LAHIR IMAN.


Wednesday, 7 February 2018

Masak lemak cendawan kukur

Assalamualaikum
Gambar ni dah lama tersimpan dalam darf.Tak sempat nak update sebenarnya....ermm ntah apalah yang disibukkan...
Kalau tak silap aku beli cendawan kukur ni masa awal bulan Januari .Kan masa tu musim hujan .Cendawan kan mudah hidup waktu2 seperti itu.Sebenarnya dah bertahun2 tak pernah makan cendawan ni.Bila tiba2 terpandang masa pergi pasar malam,terus je membeli.Ini lah kali pertama aku nampak ada jual cendawan kukur kat pasar malam di sini.Harga nya boleh tahan,maklumlah payah nak dapat .Hati dah teringin beli lah semangkuk kecil....
Bila difikirkan kalau dimasak tentunya sikit sangat jadinya.Timbul idea untuk campurkan cendawan kukur bersama pucuk paku yang aku beli di pasar malam tu juga
.Hasilnya -cendawan kukur masak lemak putih bersama pucuk paku.
Resepi :
Ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Santan
Cendawan kukur
Pucuk paku merah
Bawang merah dan putih ditumbuk kasar bersama ikan bilis.Masukkan dalam periuk bersama santan cair.Setelah mendidih masukkan cendawan kukur .Biarkan beberapa ketika baru masukkan pucuk paku merah.Masuk kan santan pekat dan garam....selesaiii.

Oklah lepas lah selera yang dah lama mengidam sangat lauk2 nostalgia ni.Nostalgia???....dah tentu ...kerana lauk2 ni lah yang selalu kami makan ketika kecil dulu....fresh dari kebun dan ladang dan dikutip sendiri dari pokok getah yang tumbang.Memang puas lah makan sebab banyak boleh dikutip ,cuma nak rajin je.Biasa nya mak buat masak tumis goreng je ....sedap sangat waktu tu.
Sekarang sedap juga tapi macam kureng sikit...ke selera aku yang dah tua ni atau airtangan mak tu yg buat menyelerakan walaupun serba kekurangan.


Tuesday, 30 January 2018

Iman dan UPKK

Assalamualaikum
Keputusan UPKK dah pun keluar semalam.Iman sendiri tak tau akan keluar semalam sebab ustazah dia kata 31/1.Masa senggang aku duk layan google.....tiba2 terpandang tarikh dan waktu keputusan keluar.Masa dia belum balik sekolah kebangsaan aku try buat semakan di internet tapi agak sukar tembusi .Sehingga lah dia balik sekolah bagitau kat dia yang keputusan dah keluar.Respond dia biasa2 je ,mungkin tak terfikir keputusan yang cemerlang kerana masa pekse akhir tahun sekolah agama agak merosot .
Sejak2 ni pun selalu merendah diri,kata tak pandai dalam pelajaran tapi berbangga sebab aktif dalam persatuan2 di sekolah dan menjawat berbagai jawatan.Aku kata jangan kata begitu,kalau usaha dan rajin ,Insyaallah boleh ...Mungkin salah satu sebab kurang nak belajar nya,melihat kan kakak dan abang nya dah tak sekolah.Tak de persaingan lagi untuk mencabar diri.
Berbalik pada keputusan UPKK, setelah dia pergi sekolah agama ,aku cuba buat semakan lagi di internet walaupun redha dengan apapun yang dia perolehi,tahu dengan keupayaan si bongsu ku .Bila melihat apa yang tertera....terkejut mak ,Alhamdulillah....Alhamdulillah.
Harap Iman lebih berusaha untuk UPSR dan SDEA tahun ini.Mak hanya mampu mendoakan je,Iman yang kena usaha.
        Foto: nak pi sekolah sempat berselfie....masam nya muka😆

Wednesday, 24 January 2018

Rezeki Ahad

Assalamualaikum
Pagi Ahad pergi rumah kakak di Simpang Renggam.Saja datang ziarah,kalau hari lain dia bekerja.Seronok pergi rumah kakak ni ,banyak hasil tanaman disuruh bawa balik.Pokok cili padi banyak ,part nak memetik sendiri  tu je yang kena rajin.
Dapatlah bawa balik banyak ni...
Kami bawa balik buah roselle juga.
Banyak lagi yang diberi ....
Masa nak balik tu ikut kakak ke Kampung Shari,kata nya nak beli ikan dan sayur untuk masak tengahari.Aku baru kali pertama pergi....wah excited nya tengok ikan dan barangan basah juga sayuran  semuanya murah2.Kami datang dah pukul 11,mungkin awal pagi lagi banyak  jualan.Sebelum tu ingat nak tengok2 je tempat yang kakak nak tuju tu tapi bila dah tengok murah2 ,memang tak boleh tidak pasti nak beli.Aku beli 2 jenis ikan,sotong , sayur2 ,ikan masin dan pisang tanduk.Semuanya murah sangat dan dikurangkan harga lagi.Bukan tu saja banyak yang diberinya.Apatah lagi bila tahu kami dari tempat lain dan pertama kali datang,lagi banyak disedekahkan...rezekiiii.Kata kakak peniaga tu memang suka memberi jika belanja kat tempat dia.Patutlah pelanggan dia ramai.Mudah2an perniagaan mereka semakin maju kerana sifat pemurah nya itu.
Lokasi ---belakang masjid Kg Shari,tak jauh dari jalan besar.
Rasanya blogger Warisan Petani lebih arif kawasan Simpang Renggam ni.
Antara ikan dan sotong yang aku beli.

Aku hanya beli brokoli harga Rm 2.50 dan 4 biji pisang tanduk Rm 5.Tapi yang diberinya serumpun daun salad,sebatang lobak merah ,tomato ceri....banyak ,bagi pada kakak separuh....seikat serai,juga aku berikan pada kakak .Kat rumah pun dah banyak aku tanam serai.Dia nak bagi juga daun kesum tapi aku menolak sebab kat rumah ada .Last sekali dia beri satu plastik kecil yang ada 3 ketul kuih ondeh ondeh

Salah satu menu tengahari  Ahad .......sayur dan sotong beli di kedai 'Bakar Banjarish'

Sambal cili padi + tomato  ceri .....antara menu semalam
Ini kedai yang dimaksudkan .Iqa snap gambar kelamkabut ,malu pun ya...hasilnya kabur...

Monday, 22 January 2018

Mee Tarik Warisan

Assalamualaikum
Dah lama teringin nak makan Mee Tarik Warisan sejak kali pertama melihat sendiri cara membuat nya masa berjalan2 di Aeon satu ketika dulu.Tambah2 lagi bila baca blog adek2 blogger....Hainomokje dan UA cerita pasal mee tarik.Beberapa kali juga nak masuk tapi fikirkan  suami yang tak suka makan mee terpaksa lupakan lah sementara.
Sabtu Fateha kerja separuh hari..maka sampailah hajat yang terpendam.Itupun bila tengok menu ada nasi ,baru kami masuk....ermm orang lain dah lama makan kita baru nak merasa.
 Nasi dengan ayam paprik ni dah tentu untuk encik Burhan.
 Pinggan Azim ni
 Pinggan Fateha
 Pinggan tuan blog☺
 Iqa dan Iman order mee sup,yang membezakan cuma daging dan ayam je.
Air panas dan air sejuk. 
Seronok tengok mereka makan .Bukan mudah dapat makan bersama bila dah bekerja dan belajar ni..
Bagi aku menu mee tarik ni ,kalau ditanya rasanya....ermm boleh lah .Tekak orang kampung aku ni lebih suka makan mee yang biasa2 je.Anak2 ok je terutama Iman walaupun tak sehat habis juga semangkuk ditambah merasa mee dari mangkuk yg lain.
Si ayah menghirup juga kuah sup ,katanya sedap.


Monday, 15 January 2018

Bila dapat gaji

Assalamualaikum
Beberapa hari lepas Azim dah pun dapat gaji pertama dia berkerja di tempat kakaknya Fateha.Wah ,bukan main teruja dia dapat rezeki dari keringat sendiri.Tahu dah bagaimana sukar nya mencari rezeki....selama ni bila nak duit tadah tangan je pada si ayah.Hanya menggunakan sedikit je untuk perbelanjaan seharian nya.,selebihnya disimpan untuk sambung belajar kelak.
Fateha pula seperti biasa ,duit gaji nya banyak diberi pada keluarga.Sikap dia sejak dulu lagi walaupun dapat biasiswa ,ada saja barang untuk kami dibelinya.Tentu ada yang tak percaya kad Atm nya diberi pada aku....Katanya kalau nak gunakan duit gajinya ,keluar kan saja .Syukur Alhamdulillah,semoga sikap murah hatinya akan mendapat balasan yang baik kelak.
Sabtu lepas ,seperti biasa kerja separuh hari.Sebelah petang dia ajak keluar untuk membeli barang keperluan.Biasalah kalau tak ke Watson dalam sebulan memang tak sah....Kalau dah kata orang muda ,untuk keperluan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki semua dibeli di situ.
Oleh kerana dia belum mahir bab parking kereta ,si ayah terpaksa ikut sama.Ayah nya ok saja untuk anak dara dia sanggup je walaupun baru je balik kerja.
AEON tempat pilihan nya untuk membeli belah.Kalau dah masuk Watson memang berjam lah kat dalam,jenuh menunggu dia membeli.Sementara tu aku dan Iman berlegar2 dekat2 situ....Banyak nya jualan murah. Cadar,bantal dan keperluan tempat tidur  ,diskaun hingga 70 peratus.Aku belek2 juga lah tengok yang menarik hati.Bila Fateha datang," mak nak ke?".....aku kata pada dia tak lah .Kalau aku kata nak gerenti dibelinya .Hmm....tak nak lah banyak sangat yang diberi pada kami.
Untuk si ayah yang jadi body guard ,diajaknya minum .Dah tahu selera ayah nya bukan sebarang restoran yang boleh masuk sebab banyak yang dia tak makan.Masuk SR je ,lagipun dia tahu ayahnya suka kek.



Friday, 12 January 2018

Generasi dulu dan sekarang

Assalamualaikum
Sumber:Whatsapps
Buat renungan anak2 ku juga...
Seorang anak muda bertanya kepada datuknya ...
"Datuk, bagaimana awak pernah hidup dengan....

Tiada teknologi
Tiada kapal terbang
Tiada internet
Tiada Komputer
Tiada Drama
Tiada TV
Tiada penyaman udara
Tiada kereta
Tiada telefon bimbit.

Datuk menjawab
Sama seperti bagaimana orang-orang yang hidup hari ini ...

Tiada Doa
Tiada belas kasihan
Tiada kehormatan
Tiada rasa hormat
Tiada watak
Tidak malu
Tiada kesopanan "

Kami, orang yang lahir antara *1950-1989* adalah orang yang diberkati ...
Hidup kita adalah bukti hidup.

👉Sementara bermain dan menunggang basikal, kami tidak pernah peduli untuk memakai helmet.

👉Setelah habis sekolah kita bermain sehingga senja tetapi tidak pernah menonton (TV) dengan mengunci diri kita di dalam bilik.

👉Kami bermain hanya dengan kawan-kawan kita yang sebenar, bukan dengan rakan-rakan internet.
       
👉 Jika kita pernah merasa dahaga, kita biasa minum air paip tetapi tidak pernah mencari air botol.
         
 👉Kami tidak pernah sakit walaupun selepas berkongsi jus yang sama dengan empat orang kawan.
         
👉Kita tidak pernah naik berat badan walaupun makan nasi sepiring penuh setiap hari.
           
👉Tidak ada yang terjadi pada kaki kita walaupun selepas berjalan kaki sepanjang hari.

👉Kami tidak pernah menggunakan sebarang suplemen kesihatan untuk menjaga kesihatan diri kita.
           
👉Kami sering membuat mainan sendiri dan bermain dengan mereka.
           
Ibu bapa kita tidak kaya. Mereka hanya mencari dan memberi cinta sahaja .. tidak ada bahan duniawi.
           
👉Kami tidak pernah mempunyai telefon bimbit, DVD, PlayStation, XBoxes, permainan video, komputer peribadi, internet, perbualan tetapi kami mempunyai banyak sahabat sejati.

 👉Kami sering melawat rumah rakan kami dan makan bersama mereka. Kami tidak pernah memanggil mereka dan meminta kebenaran mereka untuk melawat rumah mereka.
         
 👉Saudara-mara sangat dekat kepada kami sehingga hati dan jiwa kita bahagia.
         
👉Kami mungkin berada dalam foto Hitam dan Putih tetapi anda dapat mencari kenangan yang berwarna-warni yang baik dalam foto-foto itu ........

👉 Kita adalah generasi yang unik dan paling pandai, kerana kita adalah generasi terakhir yang mendengarkan orang tua mereka ....
dan juga yang pertama yang perlu mendengar kepada anak-anak mereka.

Kami adalah Edisi LIMITED!✌🏻✌🏻✌🏻


Monday, 8 January 2018

Kereta pertama Fateha.

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah pun minggu ke2 2018.Mudah2an tahun ini menjadi tahun yang memberi sinar baru pada kita.
Alhamdulillah Fateha dah memandu sendiri ke tempat kerja.Dapatlah si ayah lebih berehat berbandingkan sebelum ini terkejar kejar masa.Alhamdulillah dengan kerja selama 3 bulan dah dapat dia beli kereta sendiri untuk kegunaan pergi dan balik kerja.Untuk pengetahuan ada juga SKIM GRADUAN untuk memiliki kereta pertama bagi yang baru bekerja .Tetapi Fateha tak ambil skim tersebut kerana masalah surat confirmation yang BANK ISLAM perlu kan untuk meluluskan pinjaman.Walaubagaimanapun pinjaman di bank2 lain semuanya dipermudahkan walaupun Fateha baru saja kerja beberapa bulan.Tapi transkrip ijazah nya juga diperlukan .
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kerja 78km sehari dipermudahkan sekarang walaupun terpaksa melalui kesesakan setiap hari.Sebelum ni dia menggunakan kereta manual,memang memenatkan sungguh.Lagipun dia tak bersendirian ,Azim dan kawan nya yang kerja tempat yang sama ada .
Kalau dah kata kereta pertama ,takde lah kereta yang gah,cukuplah sekadar kemampuan diri .Proton  Saga baru pilihan dia ,mudah katanya nak bawa keluarga berjalan.
Warna pilihan pun nak tanya mak nya dulu.Pada aku yang dah tua ni memang lah suka yang gelap2  tapi ikutlah kesukaan sendiri ,kan kereta sendiri.Akhirnya merah pilihan dia ...mak ok je,orang muda kan..
Mudah2an perjalanan mencari rezeki halal dengan menggunakan kereta barunya setiap hari sentiasa dipermudahkan .