PETUA yang aku amalkan di dapur.
mengelak ikan melekat di kuali
Setelah panaskan minyak,masukkan asam keping atau bawang putih dulu .Kemudian baru masukkan ikan yang hendak di goreng tadi.
menghilangkan pijar atau pedas di tangan
Sapukan tangan dengan minyak masak ,biarkan seketika .kemudian basuh dengan air dan sabun.Boleh juga ramas2 kan beras beberapa kali kemudian baru cuci.
menghilangkan pahit peria.
Potong dan rendam air garam(boleh juga ramas kan dengan garam ).Selain dari itu air basuhan beras dan air kelapa juga boleh menghilangkan rasa pahit.
menghilangkan pahit pucuk betik
semasa mencelur pucuk betik ,rebus kan bersama daun jambu batu.
membersihkan kulit kerang
Ambil daun ubi kayu ,ramas dan basuh kerang sampai bersih.
membersihkan periuk
ambil lebihan ketulan sabun mandi,berus periuk macam biasa.Hasilnya akan berkilat dan bersinar setelah dibilas.
No comments:
Post a Comment