Assalammualaikum
8 tahun lalu aku tidak pernah terfikir untuk menambah lagi seorang ahli keluarga kerana faktor usia dan masalah kesihatan.Jarak dia dengan anak keempat 6tahun.Bagaimana pun kehadirannya ke dunia ini kami tetap bersyukur dengan rezeki dari Allah.
Kini setelah 7tahun berlalu kami amat berbangga kerana mempunyai anak seperti dia.Anak ini telah memberi hidayah kepada hidup seseorang menuju kearah kebaikan.Mungkin dia tidak tahu apa yang dia lakukan itu telah memberi keinsafan pada orang itu.Mudah2an anak ini akan menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat dan dapat berbakti kepada ibubapa dan negara....itulah harapan kami
No comments:
Post a Comment