Semasa musim hujan tempohari ,pokok pisang di belakang rumah patah kerana angin begitu kencang.Pisang nya masih kehijauan ,tapi suami ambil juga dan dipotong dua .Kini setelah beberapa hari sudah kekuningan dan masak .Terdetik hati hendak buat kuih ,jadi aku buat lah kuih yang simple2 je untuk minum petang.Bersama ini aku serta kan resepi KEK PISANG KUKUS untuk dikongsi.
2cawan tepung gandum
4 biji telur
1cawan pisang lecek
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen
Caranya;
Tepung gandum,baking powder dan soda bikabonat diayak bersama,ketepikan .Telur dan gula dipukul sehingga hancur ,masukkan minyak masak ,pukul lagi.Kemudian masukkan pisang,tepung gandum yang sudah diayak tadi,ovelette dan esen.Gaulkan sehingga sebati. Sementara itu panaskan air kukusan .Lumurkan loyang dengan minyak atau majerin supaya kek tidak melekat nanti.Masukkan adunan tadi dalam loyang dan kukus selama 20minit atau 30 minit.
kek yang baru keluar dari kukusan
masih dalam loyang lagi
inilah hasilnya.....
No comments:
Post a Comment