ASSALAMMUALAIKUM
Sejak arwah emak meninggal lebih setahun yang lalu belum pernah lagi aku memetik pucuk bebuas (buas buas /pucuk sengkil) .Tapi pokok nya tak pernah dapat hidup merimbun bila sang suami ni suka sangat cantas bila agak besar sikit..Walau bagaimana pun semakin dicantas semakin cantik pucuk2 muda tumbuh ,sesuai untuk dipetik.Pucuk bebuas ni bukan semua orang boleh makan kerana rasanya agak pelik bagi yang tak gemar ulam2an ni.Apa pun ia amat berkhasiat untuk menambah selera makan ,menambah pengaliran susu bagi ibu2 yang menyusukan anak.Juga boleh membuang angin dalam badan.
Bagi aku sudah terbiasa dengan pucuk2 kayu ni sejak dari kecil lagi.Yalah dulu kami hidup susah apa yang ada di hidangkan itulah yang kami makan untuk lauk.Dulu arwah emak selalu buat kerabu pucuk bebuas ni.Pucuk bebuas ni tak perlu di celur,cuma dihiris nipis2 dan diramas2 kemudian ditapis air nya.Kemudian di gaulkan dengan kelapa parut yang sudah disangai dengan bumbu2 yang biasa buat kerabu.
Pucuk bebuas sedap juga dicampurkan pada asam pedas ikan atau masak lemak ,juga boleh dicelur dan dicicah dengan sambal asam cili padi .Tapi aku lebih suka pucuk bebuas celur cicah dengan sambal tumis ikan bilis.Walaupun sekarang ni musim panas dan kering pokok bebuas ni tak terjejas.Aku ambil setangkai 2 buat celur dan makan sendiri bila sang suami tak berminat dengan bau nya yang agak pelik.
Mcm daun sirih yeh SI....tak pernah pulak tengok....makan apa tah lagi...
ReplyDeletememang rupa mcm daun sireh hainom tapi daunnya lbh nipis dan ia tumbuh tak melilit mcm daun sireh.Di kampung banyak tumbuh di kebun2.
ReplyDeleteKakak siap tanam lagi SI. Kakak tanam bahagian belakang pokok bunga orkid kakak. Kalau masuk dlm asam pedas memang sedap. Nasib baik semua ahli rumah kakak suka. Cuma kalau ulam anak-anak tak pandai. Kalau masuk dlm asam pedas semua suka..
ReplyDeletePokok bebuas boleh tanam pakai batang atau guna buah dia?
Deleteboleh dengan batang saja!
Deleteakak blum pernah lagi makan kalau masuk dalam asam pedas...takut yg lain tak jamah pula asam pedas yg dimasak nnti.
ReplyDeleteMsk lemak pun sedap ni
ReplyDeleteOh ye juga
ReplyDelete