Total Pageviews

Saturday, 2 February 2013

CENDOL KAK ESAH

gambar sekadar hiasan
ASSALAMUALAIKUM.....Cuaca tengahari ni panas sungguh ,dah agak lama juga hujan tak turun setelah akhirnya musim banjir  kat negeri Johor ni.Aku mengambil kesempatan ini untuk mencuci segala langsir ,sarung kusyen,cadar dan mcm2 lagi yang tak dapat dicuci masa musim hujan hari itu.Dengan keadaan yang panas terik ni sekejap aje pakaian yang dijemur cepat kering.Dalam cuaca macam ni sedapnya kalau dapat menikmati ABC ke cendol.Bila ingat cendol pula terkenang kan cendol kak Esah kat kampong....Sejak aku kecil lagi gerai cendol  ni memang dah ada.Yang aku tahu gerainya memang turun menurun,dari zaman bapa diorang.Yang berbezanya adalah tempatnya je yang berubah2,tapi rasa cendol  sama,mungkin harga tu dah naik mengikut perkembangan semasa.Kalau dulu mungkin dapatlah semangkuk 50sen tapi sekarang aku rasa takkn dapat lagi.Lagipun aku dah lama sngat tak minum cendol kak Esah ni kerana dah lama tak  balik kg,apatah lagi mak dgn bapa takade lagi.Dulu kalau balik sekolah atau pergi pasar lambak ari Jumaat nak hilangkan dahaga singgah lah  kami ke gerai cendol kak Esah.Rasanya buat masa ni minum teh ais je................

No comments:

Post a Comment