Total Pageviews

Wednesday, 9 December 2020

Berkebun tepi rumah

Assalamualaikum
Sekarang ni mood menulis suram kembali sebab masa2 terluang banyak ku habis kan dengan berkebun di tepi2 rumah.Mula kembali nya hobi berkebun ni sejak awal PKP ,sebab dah ada covid manalah boleh nak berjalan2 sangat pun.Duduk dalam rumah pun sampai dah tak tahu apa nak buat .Jadi baiklah kita buat yang berfaedah dan berhasil.Banyak kebaikan bila berkebun ni selain dapat mengeluarkan peluh dapat juga mengurangkan kos beli sayuran .Selain dari tu tak lah risau pasal keracunan sebab kita yang tanam sendiri kan.Hanya menggunakan baja organik dan air basuhan beras dan ikan.Memulakan bercucuk tanam ni sebenarnya agak malas  tapi kalau dah buat seronok jadinya ,apatah lagi apa yang kita tanam sudah mula boleh dituai.Anak2 pun suka tengok mak bercucuktanam walaupun mereka tak minat join sama,cuma Iman je yang rajin meneman kan ,bukan rajin menolong pun ,bermain je lebih.Anak2 belikan  benih sayuran dan baja di shopee .
foto: baja organic Milagro kali pertama nak guna.Aku suka sangat apatah lagi suami sudah tolong buat kan batas2 sayur dan pagar untuk mengelak kan anak2 bulus membuang .Seronok lihat anak benih sayuran dan cili di shopee...berbagai boleh dapat dan tak pernah tanam lagi sebelum ni.Rambang mata nak pilih ,macam lah nak berladang ...jadi nya beli lah serba sikit ,ada yang untuk tanam di batas dan dalam pasu.
Foto: biji benih serba sikit,ntah kan menjadi ntah kan tidak .Harap2 pokok maman boleh tumbuh subur sebab kat Johor ni  tak pernah nampak orang jual.Pernah sekali cari kat pasar tani daun maman tapi dipanggil nya pemuda yang bernama Maman😂😂😂 .
Pasu2 bunga pun banyak yang dah kosong sebab bunga2 banyak yang dialihkan ke tanah.Sekarang ni awal pagi lepas sarapan , solat Dhuha dan mengaji terus keluar rumah lihat dan siram tanaman.Satu dua hari ni cuaca  panas terik,jadinya kena lah siram pagi dan petang.
Berkebun ni dapat juga menjadi terapi diri.Rasa hilang segala tekanan dan masalah bila nampak biji benih yang kita semai sudah mula muncul dan anak2 pokok mula membesar.
Foto: anak benih cili pelangi sudah mula muncul.
Foto:anak pokok kacang bendi sudah dialih ke tanah,Alhamdulilah banyak yang menjadi.
Foto: anak pokok peria katak...biji benih dari buah peria katak yang dibeli  untuk masakan.
Foto: bayam brazil ni dah lama tanam dalam pasu, jadi kena lah pindahkan ke tanah untuk ia lebih membiak.
Foto: bayam brazil goreng tepung.Febret Iman ni walaupun tak suka makan sayur ,bayam brazil ni dia nak makan .Kadang buat cekodok pun masukkan bayam ni.
Foto: pokok terung ni kali pertama berbuah.Benih pemberian kawan.Kurus tinggi tapi tak lokek berbuah..Alhamdulilah.
 
Foto: pokok nenas ni dah lama tanam .Mudah2an dapat lah merasa ,bimbang juga selain dari tepi rumah tepi jalan juga.Ada beberapa pokok lagi yang baru mengeluarkan buah.Anak pokok diambil dari rumah anak sedara di kampung.
Banyak lagi pokok2 yang di tanam dari tangan tua ini.Kunyit ,serai ,lengkuas ,pandan ,daun kari sentiasa ada.Bukan untuk dijual tapi dikongsi bersama jiran dan kawan.



"Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -"
(QS. An-Naba' 78: Ayat 14)

"Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -"
(QS. An-Naba' 78: Ayat 15)







9 comments:

  1. Wah bestnya kak, dah nampak hasilnya tu, ada terung, bayam brazil cili..best ada tanah boleh tanam macam2. Fresh dan free gituh. Bagus3x..tumpang seronok😁

    ReplyDelete
  2. wah,bestnya kan kalau tanam apa2 pastu keluarkan hasil. alahai.puas hati tgk. kami ada jugak tanam sikit2..

    ReplyDelete
  3. Berbudi pada tanah, dapat tuai hasilnya. Alhamdulillah, rezeki dapat dikongsi bersama jiran tetangga.

    ReplyDelete
  4. Wah,seronoknya dapat berkebn.terapi tu.Nanti dah pencen nak berkebun jugaklah..belas tahun lagi la..hihihi

    ReplyDelete
  5. baru nak tanya ok tak baja tu kak, biasa tengok kt shopee tapi tak pernah beli...
    bestnya orang ada tanah kak... dana takde tanah... ada pun sikit sgt, macam-macam nak tanam tpi tempat lak takde

    ReplyDelete
  6. rajin bertani banyak hasilnya

    ReplyDelete
  7. teringat kat mak ayah kat kampung suka berkebun ni

    (gee follow sini #111)

    ReplyDelete
  8. Bila mengeluarkan hasil itu yg seronok Kan kak..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan bayam brazil tu, maklumlah Eza ni kurang makan sayur tambahan lagi yang pahit. Kalau bayam ni, xda rasa pelik2 nak tanam jugak la. HAHA. Setakat ni tanaman sayur Eza, kacang panjang, timun, bendi dan terung asam yang warna kuning tu.

    Eza done follow sini jugak tau. Followers ke 113 :)

    ReplyDelete