Dua 3 hari lepas suami ada tebang pokok kelapa yang hampir dengan jalan besar.Pokoknya tak lah besar mana,tebang pun guna parang je.Yalah takut pula pokok tu dah tinggi jadi masalah pula jika tumbang ke jalan.Jalan terbaik nya tebang je lagi pokok tu masih kecil.
Masa suami sibuk dengan kerja dia ,aku pun sibuk menanya ada ke umbut kelapa .Sebab pokok tu masih kecil .Teringin nak makan sebab bukan senang nak dapat umbut kelapa sekarang ni kalau takde orang tebang pokok kelapa.Nak cari orang jual pun payah nak jumpa.Alhamdulilah setelah suami potong2 dan belah2 dapat lah sedikit umbut kelapa.
Makan gitu je pun sedap ,manis.Bila pelawa budak2 ni untuk makan sedikit takde yang mahu.Budak2 sekarang mana tahu nak makan umbut kelapa ni. apatah lagi yang belum dimasak..
Disebabkan hari dah petang kala, dengan gigihnya aku potong dan hiris kecil dan kemudian rebus sekejap ,sebelum disimpan dalam aisbox.Simpan dalam freezer sikit untuk dimasak lain hari .Selebihnya masak esoknya.
Masak lemak putih je umbut kelapanya.Masa masak ni teringat lah arwah emak dulu masukkan lada putih supaya makan nanti tak berangin.Umbut kelapa ni katanya sejuk dan siapa tak tahan boleh sakit perut berangin.Disebabkan tak de lada putih jadi ku gantikan lada hitam .Bahan2 lain biasa lah bawang merah,bawang putih dan ikan bilis tumbuk.Oleh sebab umbut nya pun sudah direbus terlebih dahulu, masak pun tak lama...siap .
Sebenarnya masa dulu2 kalau nak masak umbut ni tak pernah pun merebus dulu tapi disebabkan banyak baca blog2 orang lain kata merebus boleh mengelakkan berangin,jadinya kita ikut lah mana yang baik.Lagipun dah tua2 ni kena jaga permakanan juga ,kalau dah sakit menyusahkan anak dan suami pulak nanti.
Kita yg Berumur yg suka mkn umbut kelapa ni kak saniah..
ReplyDeleteMmg sedap masak lemak putih..
Dulu2 kat kenduri kahwin popular lah masak umbut dgn kulit lembu.. mcm buat sambal tahun Tu Kan kak..
Saya kalau jumpa umbut ni mmg belilah.. skrg susah nak jumpa..
Mertua saya pun masak umbut kelapa harini, pertama kali saya makan, sedapnyaa
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa..
ReplyDeleteDapat lemak putih vs ikan masin pun dah cukup nikmat. Buat kerabu pun sedap ni. Rasa macam rebung kan tapi lagi manis
mmg sedap kelembutan umbut kelapa muda camni., huhuhu
ReplyDeletesedap nya kak, kadang umbut kelapa payah jumpa kalau kt kampung dana biasa jumpa umbut kelapa sawit rasanya pun sedap kak... manis jugak, mak suka buat masak lemak kuning kadang boh bilis kadang boh ayam... layan kak oi
ReplyDeleteUmbut kelapa tak pernah makan teringin pula.
ReplyDeleteTapi umbut kelapa sawit pernah masa rezeki orang jemput datang majlis rasmi kampung mereka.Sedap.
Pernah makan masa kecik2 dulu kenduri kat kampung, skrg ni mana nak jumpa lagi kak, rasanya pun tak ingat dah, cuma ingat ada rasa manis.
ReplyDeleteSedapnya nampak lauk tu kak, terliur tengok.
UMBUT KELAP MASAK LEMAK NI MNIS JA RASANYA SELALU DI MASAK KAT RUMAH KENDURI
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteHmm, lama sungguh tak makan umbut kelapa. kalau dulu arwah bonda selalu arwah bonda masak lemak putih, umbut diracik halus-hakus.. mudah sangat nak jumpa time kenduri dulu-dulu.
Favourite Eza ni. Sedap sangat umbut kelapa! Makan mentah sedap manis rasanya. Dimasak dengan santan dengan cili padi, sedap berlemak! Campur lagi dengan lokan atau udang galah.
ReplyDeleteTempat Eza menu umbut kelapa ni selalu jumpa kat majlis kenduri kahwin. Lamanya tak makan umbut. Nyummy!