Total Pageviews

Thursday 17 December 2020

Lemak putih umbut kelapa.

Assalamualaikum
Dua 3 hari lepas suami ada tebang pokok kelapa yang hampir dengan jalan besar.Pokoknya tak lah besar mana,tebang pun guna parang je.Yalah takut pula pokok tu dah tinggi jadi masalah pula jika tumbang ke jalan.Jalan terbaik nya tebang je lagi pokok tu masih kecil.
Masa suami sibuk dengan kerja dia ,aku pun sibuk menanya ada ke umbut kelapa .Sebab pokok tu masih kecil .Teringin nak makan sebab bukan senang nak dapat umbut kelapa sekarang ni kalau takde orang  tebang pokok kelapa.Nak cari orang jual pun payah nak jumpa.Alhamdulilah setelah suami potong2  dan belah2  dapat lah sedikit umbut kelapa.
Makan gitu je pun sedap ,manis.Bila pelawa budak2 ni untuk makan sedikit takde yang mahu.Budak2 sekarang mana tahu nak makan umbut kelapa ni. apatah lagi yang belum dimasak..
Disebabkan hari dah petang kala, dengan gigihnya aku potong dan hiris kecil dan kemudian rebus sekejap ,sebelum disimpan dalam aisbox.Simpan dalam freezer sikit untuk dimasak lain hari .Selebihnya masak esoknya.
Masak lemak putih je umbut kelapanya.Masa masak ni teringat lah arwah emak dulu masukkan lada putih   supaya makan nanti tak berangin.Umbut kelapa ni katanya sejuk dan siapa tak tahan boleh sakit perut berangin.Disebabkan tak de lada putih jadi ku gantikan lada hitam .Bahan2 lain biasa lah bawang merah,bawang putih dan ikan bilis tumbuk.Oleh sebab umbut nya pun sudah direbus terlebih dahulu, masak pun tak lama...siap .
Sebenarnya masa dulu2 kalau nak masak umbut ni tak pernah pun merebus dulu tapi disebabkan banyak baca blog2 orang lain kata merebus boleh mengelakkan berangin,jadinya kita ikut lah mana yang baik.Lagipun dah tua2 ni kena jaga permakanan juga ,kalau dah sakit menyusahkan anak dan suami pulak nanti.
Tak cantek pula kuah putih je ,jadi campakkan juga cili api merah penambah seri.Berselera makan tengah hari tu tapi rasa nya aku yang beria ...suami ada lah menjamah sikit ,sementara anak2 lelaki tak pandang pun.Anak2 perempuan ok lah makan juga sikit...Ermm takpelah.

10 comments:

  1. Kita yg Berumur yg suka mkn umbut kelapa ni kak saniah..
    Mmg sedap masak lemak putih..
    Dulu2 kat kenduri kahwin popular lah masak umbut dgn kulit lembu.. mcm buat sambal tahun Tu Kan kak..
    Saya kalau jumpa umbut ni mmg belilah.. skrg susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  2. Mertua saya pun masak umbut kelapa harini, pertama kali saya makan, sedapnyaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaaa..
    Dapat lemak putih vs ikan masin pun dah cukup nikmat. Buat kerabu pun sedap ni. Rasa macam rebung kan tapi lagi manis

    ReplyDelete
  4. mmg sedap kelembutan umbut kelapa muda camni., huhuhu

    ReplyDelete
  5. sedap nya kak, kadang umbut kelapa payah jumpa kalau kt kampung dana biasa jumpa umbut kelapa sawit rasanya pun sedap kak... manis jugak, mak suka buat masak lemak kuning kadang boh bilis kadang boh ayam... layan kak oi

    ReplyDelete
  6. Umbut kelapa tak pernah makan teringin pula.
    Tapi umbut kelapa sawit pernah masa rezeki orang jemput datang majlis rasmi kampung mereka.Sedap.

    ReplyDelete
  7. Pernah makan masa kecik2 dulu kenduri kat kampung, skrg ni mana nak jumpa lagi kak, rasanya pun tak ingat dah, cuma ingat ada rasa manis.
    Sedapnya nampak lauk tu kak, terliur tengok.

    ReplyDelete
  8. UMBUT KELAP MASAK LEMAK NI MNIS JA RASANYA SELALU DI MASAK KAT RUMAH KENDURI

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Hmm, lama sungguh tak makan umbut kelapa. kalau dulu arwah bonda selalu arwah bonda masak lemak putih, umbut diracik halus-hakus.. mudah sangat nak jumpa time kenduri dulu-dulu.

    ReplyDelete
  10. Favourite Eza ni. Sedap sangat umbut kelapa! Makan mentah sedap manis rasanya. Dimasak dengan santan dengan cili padi, sedap berlemak! Campur lagi dengan lokan atau udang galah.

    Tempat Eza menu umbut kelapa ni selalu jumpa kat majlis kenduri kahwin. Lamanya tak makan umbut. Nyummy!

    ReplyDelete