Assalamualaikum
Seperti dirancang petang semalam kami ronda kampung , seronok budak2 ,pusing2 ,makan2 kat pekan.Walaupun tak singgah ke rumah sedara mara terserempak seorang makcik( usia lebih muda dari aku) kat restoran....hmmm, bengang juga:-)
Yang lebih teruja bila ke pasar ,....bestnya ikan , sotong,udang murah2 sangat.Rasa nak borong semua kata ku pada Azim yang meneman .Azim kata beli lah..perli aku lah tu.!
Hari ini mula kan projek ikan pekasam.Jenuh juga menyiang ikan gelama 3 kilo ni....buat lebih sikit sebab tergoda harga ikan yang murah2 sangat.
Buat bersahur menaikkan selera budak2 ni nak makan nasi .Biasalah waktu2 dinihari ni susah sangat nak makan.Bagi aku sendiri biasa puasa Isnin Khamis sekadar makan roti dengan oat je .Tapi dah puasa Ramadhan ni kenalah masak juga kerana encik Burhan dengan bujang2 aku perlukan nasi untuk bekalan seharian puasa.
Anak2 ni ikan pekasam yang mereka suka sangat bukanlah ikannya tapi beras yang disangai yang digoreng bersama ikan tu lah yang dicarinya.Sebab tu perlu buat sendiri untuk beras sangai yang banyak.
Ok lah tak boleh nak merapu2 lagi ni...sibuk Iman kata nak makan cepat katanya.Sotong cadang nya nak goreng tepung ikut resepi kak noor....sedap nya terasa kat tekak dah :-).
Foto: Iman kata bekas ikan pekasam besar tapi isinya sikit je.
ha'ah lah kak, bekas nya besar benar
ReplyDeletekenapa isinya sikit ajer?
belum habis isi agaknya ye
saya suka pekasam....hashtag hehe
Seronoknya membeli belah kalau harga murah kan. Ditempat kak Zai agak mahal harga udang besar sotong ketam dan ikan jenis besar. Nasib baik penghuni rumah kak Zai tak ramai beli jugalah.
ReplyDeletebiasa saya gi pasar borong, banyak juga boleh save
ReplyDeleteKakak tak pernah buat ikan pekasam sendiri..
ReplyDeleteuiihh besarnya bekas..
ReplyDeletePandai Saniah buat ikan pekasam. Saya pandai makan je... tapi pernah sekali beli, langsung tak boleh makan, baunya busuk dan hanyir sangat... sejak tu saya langsung tak berani dah nak beli dekat gerai2 tepi jalan atau peniaga yang tak saya kenal.
ReplyDeletePEKASAM BUAT SENNDIRI SEDAP N TAHAN LAMA BERBANDING YG DIBELI...PANDAI SANIAH BUAT PEKASAM
ReplyDeletemintak 2 eko..nak rasa
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteAkak pandai buat ikan pekasam ye. Kalau saya padan beli jelah di pasar pagi hehe...
3kilo buat pekasam kak?? hehe..banyak jgk tu...
ReplyDeletetapi klu dah murah, memang rasa semua nak beli...hihi
Rajin Kak Saniah buat ikan pekasam. Ikan pekasam saya dalam peti sejuk tu (yang dibeli) rasanya dah sambut ulangtahun yang pertamalah, kak! Baca entri ni baru teringat ikan pekasam tu!
ReplyDeleteApa yg bengangnya tu SI. Cerita mcm tak habis je.
ReplyDeleteOhh beras sangai yg depa suka sangat tu ye SI. Patutlah maknya rajin buat sendiri. Betul jugak kata Iman tu bekasnya besar sangat tu SI hihi...katanya 3 kilo?
Kak Saniah..
ReplyDeleteCer kongsi cara nak buat ikan pekasam tu..
Saya tak pernah buat sendiri..