Assalamualaikum
Baru balik dari terminal bas ,menghantar fateha nak balik U.Anak bertuah ni sejak2 ni tiap 2 minggu pasti muncul kat pintu rumah walaupun cuti hujung minggu je.Kadang membebel juga aku pasal banyak buang masa dan membazirkan duit untuk tambang pergi balik.Tak tau lah mungkin dia nak melegakan stress belajar yang semakin berat dihujung2 sem ni.Si ayah kata ok lah dia nak balik selalu ,kalau dia tak ingat nak balik terus ,lagi lah kita risau....Yalah ayah nya yang sebenarnya begitu setia mengambil dan menghantar nya ke hentian bas walaupun di tengah2 malam .
Masa tunggu bas yang lewat tiba,dapat lagi panggilan dari pihak MRSM .Sebenarnya dah kali ke tiga dapat telefon dari Mara....begitu beria menyatakan pasal tawaran Azim ke MRSM.Dah setengah tahun ni Azim pun dah berkali2 kata tak mahu berpindah2 sekolah lagi.
Iqa tak ikut hantar Fateha ke terminal seperti kebiasaan sebab ada sorang budak sekolah rendah datang tuisyen.Iman juga tak ikut sama kerana selalu bab2 tunggu bas ni dia tak suka berlama2....seronok menghadap tv dia duk rumah.
Cadang nya sebelah petang nak pusing ke kampung sekejap,nak lihat2 jika ada ikan segar .Bulan puasa hampir tiba dah ,anak2 berselera makan sahur jika ada pekasam....lebih2 lagi Iman.Cadangnya nak cari ikan buat pekasam lah ....tapi ikan laut je.
macam2 ragam kisah anak2 ni kak
ReplyDeletebila dah besar semua jadi kenangan..
rezeki azim dpt masuk mrsm, tp tak mahu pulak dia ye
tak pe mana2 sekolah pun sama, yg penting belajar
saya pun suka pekasam, tmbh selera makan.
Betul juga kalau kakak suka aje anak selalu balik. Lagi pun dalam 4-5 jam aje dah sampai:)
ReplyDeleteKakak kalau sahur makan simple aje SI apa lagi abang cuma makan kurma dan minum air aje.
Nak buat sendiri ke pekasam tu SI....pergh rajin tuuuuu. Saya suka juga makan ikan pekasam ni tp kalau kena buat sendiri, sanggup tak makan hihi.....
ReplyDeleteSi TLBD selalunya makan cereal jer kalau bersahur ni, bapaknya pulak nak diet katanya so mak pun senang hihi...
Fateha ni yg rajin beli belikan hadiahkan.....Anak pompuan agaknya rapat ngan family lebih sikit kot....
tak lama dah nak berpuasakan kak, itulah dapat pekasam dibuat bersahur memang sedap tu kak, boleh bertambah2 makan kalau saya ni
ReplyDeleteBetul kata hubby saniah biarlah fateha balik mungkin dia rindu masakkan mama dia.
ReplyDeleteKak Zai sekeluarga makan nasi juga time sahur tp sikit aje.
Anak-anak ni memang macam-macam ragam dan keletahnya ya, kak. Ada-ada ajelah yang mereka buat yang tak mampu kita nak ignore aje. Masa kecil lain perangai, bila dah besar lain pulak perangainya.
ReplyDeleteEh, baguslah tu kak anak suka balik rumah! Kalau dia tak suka balik rumah macam suami akak kata, lagilah haru ^_^
Betul tu saniah..untung anak rajin balik..acik sejak dan pencen ni..acik yg pegi jumpa anak..dia tak yah blk..balik bila ada cuti lama je
ReplyDeleteNak buat sendiri ke pekasam tu SI....pergh rajin tuuuuu. Saya suka juga makan ikan pekasam ni tp kalau kena buat sendiri, sanggup tak makan hihi.....
ReplyDeleteSi TLBD selalunya makan cereal jer kalau bersahur ni, bapaknya pulak nak diet katanya so mak pun senang hihi...
Fateha ni yg rajin beli belikan hadiahkan.....Anak pompuan agaknya rapat ngan family lebih sikit kot....
bertuah akak dapat anak seperti fateha..tak lupa org tua
ReplyDeleteseronok baca ragam adik2...lain org lain ragam kan..
ReplyDelete