Alhamdulillah....selesai sudah urusan temuduga Iqa di USM Penang tempohari.,hanya menanti result samada berjaya atau tidak aje.
Sabtu 7/5 lepas solat Maghrib ,suami hantar kami ke Larkin Central .Tiba pun dah hampir Isyak.Sebelum ambil nombor bas kami cadang solat Isyak dulu di surau Bergilir kami solat sebab nak tunggu beg yang dibawa....risau juga kalau dah tempat awam begini apapun boleh jadi.
9.30 malam aku dengan Iqa dah pun naik bas.Sedih tengok Iman yang kelihatan sayu ,maklumlah tak pernah tinggal kan jauh.Apa tah lagi hanya Iman dengan ayahnya saja....biasanya kalau kena tinggal abang kakak ada kat rumah.
Perjalanan yang panjang ,nak tiba ke Butterworth lebih 9jam ...naik kematu punggung dibuatnya :-).Apatah lagi bas gerak agak lewat .Suasana dalam bas yang sejuk dan gelap ,penumpang2 syiok tidur lena ,begitu juga Iqa yang duduk disebelah aku.Tapi tidak pada aku,puas juga pejamkan mata ,baca ayat2 yang sepatutnya tapi mata tak juga mahu tidur.Akhirnya hanya terkebil2 memerhatikan jarum jam dan sesekali pandang suasana diluar tingkap yang suram malam.
Sewaktu di perhentian R&R akhir ,bila aku turun bas untuk ke toilet terpandang signboard kecil bas yang kami naik tu akan ke Kuala Perlis dan Butterworth bukan setesen akhirnya.Terpaksa lah aku bagitau nak turun kat mana pada driver bas ...Kalau tidak bas tu tak kan behenti di Butterworth .Bila tiba dan turun d,rupanya hanya kami berdua je ...yang lain ke destinasi seterusnya.
Foto:suasana awal pagi di setesen bas Butterworth yang sedang dalam proses pembinaan yang lebih moden.
Tiba lebih kurang 6.30 pagi.....hari hampir cerah.Duduk seketika sebelum tepon ibu kawan anak sulong yang kami dah sampai.Katanya tunggu 10minit baru tiba .Sementara tu kami jadi pemerhati keadaan sekelilingnya....huh! dimana2 ramai nya pendatang asing.Bila kawan anak yang menjemput tiba ,kami terpaksa berjalan ke tempat letak kereta agak jauh.Sebenar nya kami tak pernah jumpa pun 'tourist guide' kami ni cuma selalu berbual dan berwasap dengan tepon je....berdebar juga bila nak jumpa dengan orang yang tak pernah kita bersua....ke mereka yang lebih berdebar?Kami dibawa mereka balik ke rumah di Sungai Dua.Lepas mandi ,sarapan ,disuruh nya berehat .Iqa apa lagi bukan main lena tidur nya .Mata aku tak tau lah payah beno nak lelap...terlena seketika je.Udahnya aku keluar bilek dan berbual2 dengan tuan rumah.
Okey lah kita sambung di n3'lain ya.....
Pasti Iman berasa sayu ditinggal dengan ayah saja.. 9 jam tu lama kan kalau nak bawa budak-budak fikir berkali, keretapi laju tu pun dengar cerita tertinggal barang, wargamas terlepas.. syukur iqa dan kak SI selamat sampai ke penang di sambut kenalan anak.
ReplyDeletelama jugak ye Saniah..9 jam dalam bas..mata kita ni memang kalau berubah tempat susah nak tidur
ReplyDeleteLamanya macam nak pergi Pantai Timur. Mudah2an iqa beroleh kejayaan. Lepas segala urusan selesai bolehlah saniah jjcm kat Penang .
ReplyDeleteLamanya kak saniah dalam bas. Sampai 9 jam.. Dulu masa belajar je siqah ulang alik dari shah alam ke kelantan, 8 jam. Sakit belakang dan tengkuk. Huhu.
ReplyDeleteMoga Iqa berjaya dalam interview tu. Insyallah :)
moha iqa berjaya dalam interview nya tu.
ReplyDeletelamanya kak dalam bas sampai 9jam tu, kalau saya pun mau tak dapat lelap tu, mengingatkan anak yang ditinggalkan, sian iman ye
Lama dalam bas tu makin terasa bila tak dapat tido ye kak..
ReplyDeleteAkak ambil homestay bersama tuan rumahnya kak..
Tak sabar pulak nak tunggu next entri..
Semoga iqa berjaya dalam interviewnya..
mmg lenguh dduk lelama ni...moga dipermudahkn buat iqa..
ReplyDeletemujur akak terpandang signboard bas tu, kalau tak...terus ke K.Perlis pulak nanti
ReplyDelete#kpd Iqa semoga berjaya.
SEMOGA IQA BERJAYA DLM TEMUDUGANYA...PENAT TU LAMA DALAM BAS KE PENANG..
ReplyDeleteMmg ler tak boleh lelah SI. Duk atas bas SI. Mungkin jugak Cinta Hati tak ada kat sebelah hihi....Tp mmg pun, saya kalau beralih tempat pun sama, susah nak tido....jenuh zikir sambil pejam pejamkan mata.
ReplyDeleteMalu dan berdebar jugakkan ..... yelah tak pernah jumpa. Baik hati depa yer SI
Mmg ler tak boleh lelah SI. Duk atas bas SI. Mungkin jugak Cinta Hati tak ada kat sebelah hihi....Tp mmg pun, saya kalau beralih tempat pun sama, susah nak tido....jenuh zikir sambil pejam pejamkan mata.
ReplyDeleteMalu dan berdebar jugakkan ..... yelah tak pernah jumpa. Baik hati depa yer SI
selatan ke utara jauh tu SI. 9 jam perjalanan mesti sangat meletihkan. kalau ky dpt bantal belayau terus ntah sampai mana...
ReplyDeleteLamanya dalam bas, memang kematulah punggung jadinya! Dah lama tak naik bas untuk berjalan jauh ni, kak. Tak tahulah macamana keadaan sekarang. Last sekali saya naik bas ekspres dari BP-KL masa tu tambang RM13 aje kot ^_^
ReplyDelete