Total Pageviews

Monday, 16 May 2016

aku dan Iqa ke Penang 3

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu ingin mengucap selamat hari guru pada sahabat2 blogger yang bergelar guru juga pada guru2 di luar sana.
Ok kita sambung entry pasal ke Penang ya,
9hb seawal 4.30 pagi aku dah terjaga dari tidur...terus tak dapat lelapkan mata lagi .Segera bangun dan kemaskan beg kain baju semula.Kata kawan anak ,kami akan bertolak ke USM seawal pukul 6.30 atau 6.45 pagi,bimbang jalan sesak maklumlah hari bekerja.5 pagi  aku kejutkan Iqa supaya segera bersiap tapi bukan main liat bangunnya dek kepenatan berjalan semalam.5.30 pagi aku tepon suami kat Johor ....hihii saja kacau dia :-),alasan nya bimbang Iman lewat ke sekolah.
Selepas masing2 selesai solat suboh , minum dan sarapan sikit terus lah kami keluar rumah.Seperti dijangka jalan menghala ke jambatan PP sesak tapi sempat lah tiba ke USM pada waktu yang ditetapkan.Kelihatan tak banyak kereta yang datang....senang je nak letak kereta kat mana2 pun.Masa Iqa ke tempat pendaftaran baru lah kami tau pada pagi Isnin 9/5 tu temuduga untuk warga Johor sahaja.Pelajar2 dari negeri2 yang lain pada waktu dan hari yang berbeza.
Foto: dihadapan bangunan Pusat Pengajian Sains Farmasi

.Sementara Iqa berlama2 kat dalam kami duduk menunggu kat luar ...mujur lah ada bangku dan pokok merimbun ....panas pun tak terasa.Bila dah duduk2 gitu ramai lah dapat bertegur sapa pada dorang yang juga sedang tunggu anak interview.Kebanyakan nya ibubapa pelajar cina lebihnya melayu dan  india.Tapi seronok juga jumpa orang satu negeri walaupun daerah yang berbeza.
Lama juga Iqa di dalam sana ,lebih pukul 11 juga baru keluar.
Masa nak balik ibu kawan anak  suroh pekena nasi kandar dulu sebelum balik Johor.Perut pun dah pedih minta diisi,aku ok je walaupun aku bukan penggemar masakan kari2 ni.Seperti biasa lah makan free ...makan jelah.
Foto: hanya lauk sayur bendi dan ayam goreng je yang aku ambil...Sukar nak habis kan sepinggan ni tapi memandangkan buat alas perut untuk perjalanan jauh....licin juga lah pinggan.
Foto: oleh kerana dah tengahhari kenderaan pun tak begitu banyak ,kami balik ke seberang ikut feri.

Tiba di terminal bas Butterworth terus cari tiket ke Johor Bharu....malangnya semua pejalanan malam.Nasib baik terfikir nak turun TBS dan kemudian nanti sambung beli tiket bas dari TBS ke JB pulak.Agak kelamkabut bila bas yang nak dinaiki betul2 masa tu time jalan nya sedangkan beg dan barang masih dalam kereta.Mujurlah driver bas tu sanggup nak tunggu kami.
Tiba di TBS pun dah lewat sejam ,tahu jelah masa2 gini lah  orang2 KL balik kerja memang sesak teruk....redho jelah ....huhuuu.Dalam masa tu janji dengan Fateha nak jumpa kat TBS boleh makan2 dulu sebelum naik bas balik JB.Udahnya  Fateha datang lewat ,tiket bas yang dibeli pun dah nak jalan .Fateha cuma sempat belikan Roasted chicken Subway untuk kami makan dalam bas.Apapun dah naik bas sebenarnya pukul 9++ malam baru jalan....sempat lagi kalau nak makan berpinggan2'pun.Bas yang kami naik tu melalui Kulai ,lebih kurang pukul 12.30 mlm kami dah tiba.Kesian pulak orang dua beranak tu tunggu kami ditengah malam buta....
Foto:jeruk madu Pak Ali tak lupa beli tapi kami sendiri yang makan...Iman dengan encik suami tak pandang pun jeruk2 ni.

Alhamdulillah,selesai sudah urusan untuk teman Iqa ke Penang, kini sedang menanti result nya saja....Kalau ada rezeki adalah tapi kalau sebaliknya tak apalah ,mungkin ada peluang yang lebih baik.Dua tiga hari lepas  keputusan Asasi Iqa juga dah keluar ,moga tercapai apa yang dicita2 kan...Aminnn.

Foto: result Asasi Iqa yang baru diperolehi.


14 comments:

  1. alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...semoga ada rezeki Iqa berlajar di sana kak...pasni bleh la cuti2 penang selalu gamaknye...kalau samapai sana tak beli jeruk pak ali memang tak sah...saya kalau jeruk pak ali masih belh makan lagi...tapi tak bole banyak sesikit je buat lepaskan gian katenye...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..selamat juga perjalanan yg jauh dan panjang tu.
    result dah sehabis baik tu kak, insyallah ada harapan lah iqa nak sambung ke usm.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Selesai semuanya ye kak Saniah..
    Perjalanan dari selatan ke utara..
    Perjalanan yg panjang kan..

    Semoga Iqa beroleh kejayaan jua hendaknya..

    ReplyDelete
  4. Syukur dah selamat sampai rumah. Klau tgk dr keputusan iqa in Syaa Allah berjaya untuk masuk USM.
    Kak Zai suka kuah rojak pak Ali tak manis sgt.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, moga Iqa berjaya, murah rezeki dua beranak di sambut dan dilayan kelas pertama, jeruk makan lepas makan nasi ok kan lepas gian.. bagus iman dalam entri lepas jadi Imam alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH SUSAH SELESAI URUSAN TEMUDUGA IQA DI PENANG...INSYAALLAH AKAN MNDPT RESULT YG DIHARAPKAN...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar ye kak.. Tahniah Iqa.. moga urusan pembelajaran di Penang di permudah kan Allah... :)

    ReplyDelete
  8. CGPA 4! Tahniah Iqa. Seronok mak kalau itu resultnya.
    Penat pun tak apa.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..dah selesai, inshaAllah iqa berjaya hendaknya.
    wah jeruk tu sedapnya saya suka tu.

    ReplyDelete
  10. tahniah iqa. semoga dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete
  11. Cantiknya result asasi Iqa... four flat. Tahniah!

    ReplyDelete
  12. tahniah utk Iqa Saniah
    aduh perjalanan yg jauh tu selatan utara, utara selatan lagi
    salutee lah kat saniah sanggup temankan anak jauh2
    yg pasti ada jeruk pak ali haha

    ReplyDelete
  13. Eleh.... rindulah tu kan sebenarnya, pepagi subuh dah kacau En Suami hihi.....Nak cakap I love Youlah tu hahaha.....
    Alhamdulilah semuanya dah selesai ye SI. Selebihnya kita tawakkal ajelah. Insyaallah kalau ada rezeki adalah tu....
    Wah Iqa.... Tahniah cemerlang banget tu tau. Mak tumpang bangga jadiklah.....hihi

    SI.... tengok nasi Kandaq tu saya pulak yg terliur pepagi ni tau...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Selesai sudah urusannya. InsyaAllah, ada rezeki boleh hantar anak ke PP lagi dalam masa terdekat ya, kak ^_^

    ReplyDelete