Total Pageviews

Thursday, 19 May 2016

Impian kami

Assalamualaikum
Sewaktu membaca entry Sweetie di blog Sweet Memory mengenai konvo anak bongsu nya ,hati kecil ku juga tak sabar  melalui saat2 manis ini....bahagianya bila melihat anak dah berjaya kan...
Aku berdoa agar dipanjangkan usia ,moga dapat melihat detik2 itu .Anak sulong dan Fateha akan habis belajar setahun lagi ....Insyaallah.Kalau dipanjangkan umor dapat lah kami lihat mereka berdua konvo di tahun yang sama dan di universiti yang sama pada akhir 2017 kelak.
Bukan senang kami lalui saat kali pertama anak sulong melangkah kaki ke universiti 5 tahun yang lalu.Dengan pendapatan yang kais pagi makan pagi dapat juga kami sempurna kan impian dia dan impian kami juga.Setahun kemudian Fateha mengikut langkah dia,maka tanggungjawab suami semakin berat.Ketika itu Iman si bongsu kami dah pun masuk tahun 1,Azim.pula ke tingkatan 1,sementara Iqa ke tingkatan 4.Azim dan Iqa waktu itu walaupun berpeluang untuk ke asrama penuh atau MRSM  terpaksa melupakan kerana kekangan ekonomi keluarga.Iqa memilih untuk ke sekolah teknik kerana budget pun tak membebankan .Tahun lepas Iqa dapat tawaran Asasi....walaupun tanggungjawab suami semakin berat namun rezeki anak2 semakin murah.Setiap anak2 ada rezeki masing2 ,itulah yang kami tanamkan dalam diri disaat sukar .Alhamdulillah Fateha dapat JPA dan Iqa dari Busary akan bakal dapat JPA juga,mereka saling membantu adik beradik yang lain ....Alhamdulillah.
Semoga kami akan lalui saat2 bahagia seperti temanku Sweetie....
Foto:sumber google.

18 comments:

  1. Salam SI..
    Mmg zaman anak blaja amat2 memerlukan wang..mcm saya habis bergolok bergadai ketika anak2 mula masuk u dulu..bergenang airmata bila anak citer makan tgharinya hanya amik kuah saja sbb tak mampu..
    Alhamdulillah Allah membalasnya dgn kejayaan mendapat kerje sebaik habis praktikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Betullah kamsiah,memang selalu juga bergenang airmata tatakala anak dah kehabisan duit untuk makan sedangkan kita masa tu juga melalui saat sukar.

      Delete
  2. InshaAllah kak...moga impian akak tu tercapai untuk lihat kejayaan anak2 aka nanti, semoga akak dan suami dipanjangkan umur ye..seronokkan kak lihat anak2 berjaya semuanya.

    saya ni jauh lagi perjalanannya, pun begitu sentiasa juga berdoa moga umur ini dipanjangkan untuk lihat anak2 membesar dan berjaya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Kak..melihat kejayaan anak2 adalah impian kita semua.. tetap yakin yg mrk ada rezeki masing2.. Allah permudahkan semua... :)

    ReplyDelete
  4. Alahmdulillah anak-anak SI semuanya cemerlang.

    Susahnya kita sekarang tak sama susahnya bapak kita dulu. Kakak dulu sampai terkandas nak sambung belajar sebab bapak betul-betul tak mampu. Kerja sambil belajar satu yg tak boleh kakak lupa sampai bila-bila. Sebab itu tiba pada anak-anak kakak tak mahu mereka rasa seperti apa yg kakak rasa dulu.

    ReplyDelete
  5. seronok akak, anak2 semua berjaya. setahun lebih jer lagi nak menunggu. pejam celik pejam celik insyaallah sampai hajat akak nanti. doakan panjang umur saja.

    saya pun begitu, bukannya org senang..nak besarkan anak2. tp pelajaran tetap yg utama.

    ReplyDelete
  6. SYUKUR ALHAMDULILLAH SANIAH JUGA DIANUGERAHI ANAK2 YG PINTAR N PASTI AKAN BERJAYA DLM PELAJARAN KELAK SPT ANAK2 BLOGGER SWEETIE...INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  7. Satu anugerah saniah dikurniakan anak2 yang pintar. In syaa Allah keinginan saniah untuk menikmati kejayaan anak2 tak lama lagi akan tercapai.

    ReplyDelete
  8. Saya terharulah baca entri ni SI....
    Gitulah agaknya jerih perit mak ayah demi melihat anak anak berjaya kan.
    Walau apa pun rintangannya, digagahkan jugak menghadapinya. Tahniah SI, tahniah jugak utk suami....
    Tunggu ajelah saat saat kita menitiskan air mata gembira di saat tengok mereka grad nanti...

    ReplyDelete
  9. saya berpeluang menghadiri 2 konvo anak saya yang sulong. konvo semasa teima diploma dan konvo semasa terima ijazah...

    mungkin itu yang terakhir...

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Saniah..ada rezeki InnshaaAllah kami pon akan menyertai akak tp masih lama lg...semoga kami dipjgkn usia oleh Allah utk meraiknnya bersama anak.Aamiin

    ReplyDelete
  11. impian ibu ayah Saniah..sedih rasanya kan saniah..lebih2 lagi bila anak2 memahami keadaan kita

    ReplyDelete
  12. aduhhh...mata masuk habuk :') gitu la kak pengorbanan ibu bapa pada anak2..lagi2 bila anak2 akak sumenye semakin membesar dan berjaya...bukan sebarangan bole dapat JPA tu tau...hanya anak2 yg betol2 cemerlang je...tahniah untuk akak dan seluruh keluarga...inshaa Allah hujan renyai pasti berenti...sebab Allah nak kasi pelangi...saya tumpang bangga dari jauh dengan pencapaian anak2 akak :')

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah, kak! Panjang umur dapatlah nanti merasa pergi konvo anak-anak pulak. Semoga umur akak suami isteri dipanjangkan sampai semua konvo anak-anak akak dan suami dapat pergi!

    Saya ni lagilah sedih, anak-anak kecil lagi. Entah berapa lamalah dapat tengok mereka membesar. Nak harapkan yang terlalu jauh tu takut tak kesampaian pulak!

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum Saniah
    memang begitu lah adat membesarkan anak2 Saniah
    terpaksa bergolok bergadai lumrah lah tu
    sbb kita smua bukan dari orang yg senang lenang kan
    Semua kena berjimat sana sini
    Insya allah ALLAH takkan membiarkan kita susah selama nya
    lambat laun kesenangan akan dtg jua percaya lah
    Semoga Saniah akan dapat melihat kejayaan anak2 Saniah
    INSYA ALLAH

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Mengenang kesulitan untuk memenuhi keperluan pengajian anak-anak, tiba-tiba saya terkenangkan sesuatu...beginilah kesusahan perit jerih orang tua saya bahkan lebih susah lagi untuk menyekolahkan saya..Semoga setiap kebaikan yang saya lakukan ada bahagian untuk mereka berdua yang telah berkelana ke alam abadi...
    Tidak lupa untuk akak sekeluarga, semoga dipermudahkan semua urusan...aminn.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum K SI, Alhamdulillah anak-anak murah rezeki dapat JPA dalam kerisauan tidak mecukupi Allah beri jalan penyelesaian. InshaAllah K SI akan mencapai impian KSI seperti ibubapa lain.. itu la saya pun lambat lagi kalau ada kelas lompat macam kakak saya dulu umur muda tapi dah ambik eam penilaian, nak jugak untuk Faiq..hehe

    ReplyDelete
  17. moga semua ok ye kak.
    aida sgt jauh lg. anak sulung baru 11 thn :)

    ReplyDelete