Total Pageviews

Tuesday, 20 December 2016

Iman dan pengat pisang

Assalamualaikum
Rumah baru ni Iqa punya kerja lah segalanya berubah....orang tua macam aku ni manalah tau sangat bab2 nak mendeko .Tapi ok juga bersemangat lah sikit nak berceloteh .
Sebenarnya seminggu ni Iqa ada balik ,katanya cuti study week untuk final exam akhir bulan ni.Tapi bila dah kat rumah study lah sangat.....apatah lagi budak 2 ni ada cuti sekolah.Kecohlah rumah yang sebulan dua ni agak suram dengan pelbagai ragam mereka.
Ni cerita semalam....tengahhari Iman dari dalam bilek bersuara " mak  buatkan pengat pisang ....Iman teringin nak makan." Aku yang dari luar  menjawap " Iman ni kenapa tiba2 nak makan pengat pisang....mana mak nak cari pisang buat pengat "."Kat belakang rumah kan ada pokok pisang ,mak ambil lah buat pengat" kata dia lagi." Pisang kat belakang rumah tu mana boleh buat pengat ....pisang kapas tu .....untuk buat jemput2 atau kuih bolehlah.Dan yang lebih sadis lagi pisang tu masih muda....
Bersungguh2 dia minta masak kan pengat.
Petang selepas suami berehat balik dari kerja (hari pertama bekerja selepas MC )  aku ,Iqa dan ayahnya keluar untuk urusan di bank .Masa dalam perjalanan balik Iman yang tinggal dengan Azim telefon aku.Katanya "mak nanti beli barang2 persiapan untuk buat pengat tau". "Tadi ucu ita ada hantar pisang ....banyak" kata dia lagi. Aku bagitau suami ,tak boleh dibiarkan ni ,kena buatkan juga pengat yang dia hendak sangat tu....bimbang kempunan pulak.Aku pinta Azim hantar kan wasap gambar pisang yang jiran tu hantar.Alahai ....pisang tu manalah boleh buat pengat....huhuuu.
Suami singgah kedai buah ,katanya beli saja lah pisang yang nak buat pengat tu. Mujur ada beberapa biji pisang tanduk ,itu pun dah hampir hitam2.....dapat lah beli 2 biji yang elok.
Tiba di rumah dah hampir senja tapi aku terus capai periuk ,potong2 pisang  ,masukkan air ,gula merah,sedikit gula pasir .Pergi ke belakang sekejap ambil daun pandan 2-3 helai.last sekali masukkan biji sagu dan santan . .Mujur juga santan kotak memang dah lama ada tersimpan  dalam aisbox. Sekejap je siap....Iman yang nak sangat tu tak sabar nak merasa ,bagi sesudu dalam piring,,..kalau boleh piring pun nak dimakan...haha
Lepas maghrib ayahnya  ambilkan semangkuk pengat pisang untuk Iman makan. Memang betul2 dia makan ,licin mangkuk .....Heran betul kami ....padahal Iman ni pemilih bab2 makan ni apatah lagi pengat2 atau bubur biasanya tak pandang pun.Tanya pada dia kenapa beria sangat nak makan pengat pisang.Kata dia tengok kartun animasi kat dalam TV ada tentang pengat pisang .Alahai Iman ....bikin orang risau je.

8 comments:

  1. Dah dapat melepaskan hajat Iman lega kan SI:)
    Iman pun dah dapat merasa nikmatnya pun lega taklah merengek nak pengat pisang lagi.

    ReplyDelete
  2. Tengok dalam TV rupanya.
    Patutlah terliur ye iman..
    Kalau bahan semua ada senang nak membuat nya kan SI..
    Pastu tengok Iman laju menyudu..
    Sedap sangat mak dia masak tu :)

    Cantik rumah baru blog ni :)

    ReplyDelete
  3. Membaca cerita Saniah ni.. saya pun terliur juga di buatnya. Fevret saya pingat pisang ni, tapi saya suka pisang nangka. Alahai mana pulak nak cari pisang nangka niiiii!

    ReplyDelete
  4. eh eh baru semalam sy makan pengat pisang...so sedaapp

    ReplyDelete
  5. Haha....tp mmg betullah SI, kadang kadang saya pun kalau tengok tv ternampak makan yg sedap sedap terus teringin. Malangnya teringin teringin pun kena buat sendiri...

    Iman jugak yg best, teringin jer, ada mak yg tolong buat huhu...

    ReplyDelete
  6. Anak2 acik memang suka mkn pengat pisang..selalu jugak buat

    ReplyDelete
  7. Aduihhhh....pengat pisang, sedapnya, kesukaan saya, tkleh jadi ni, nak buat jugalah.
    Alahai Iman, puas hati dpt makan pisang kan;)
    Anak saya pun ada sorang panggilannya Iman.

    ReplyDelete
  8. 😂😂😂 comel la keletah Iman ni... alhamdulillah dah dapat tunaikan hajat tu oklah kan.. hehehe

    ReplyDelete