Total Pageviews

Tuesday, 20 September 2016

Menu yang sama.

Assalamualaikum
17hb Sabtu hari2 terakhir cuti sekolah tapi jemputan kawen masih banyak diterima.Sepatutnya hari tu hari bekerja untuk encik suami tapi terpaksa lah cuti memandangkan salah satu majlis dari kakak dia yang buat untuk anak bongsu.
Kami pergi seperti jemputan yang lain je memandangkan jiran belakang rumah pun buat majlis yang sama.Sebelum pergi rumah kakak kena pergi rumah jiran dulu....olehkerana mengejar masa,majlis mula pukul 11 ....pukul 11 tu juga kami dah terpacak kat situ....hihii .
Balik sekejap ambil Azim terus ke Kota Tinggi tempat kakak suami. Tiba pun dah tengahhari......Seperti biasalah makan dulu, walaupun sedara2 ada yang dah memanggil2 ajak berceloteh.Sebenarnya walaupun makan 2  tempat ,aku hanya menjamah sesuap dua je kerana tak berselera makan menu2 yang sama.  Biasalah kat  majlis2 pengantin orang2 kat Johor ni ...Nasi beryani ayam masak merah, dalca daging,pajeri nenas, daging kambing (masak pe?...ntahlah).Apatah lagi aku bukan peminat nasi beryani .3 jejaka ni suka lah sebab pengemar daging kambing ....lebih2 lagi Iman ,bukan main berselera .Lauk lain memang dia tak pandang pun. Aku sekadar makan kuihmuih dan kudap2an yang disediakan je.
Tak sempat nak tengok pengantin tiba ,kami  minta diri kerana nak  ziarah abang aku yang  kurang sehat di felda area Kota Tinggi juga.Sekejap je ,perlu balik segera sebab kakak suami ada kirim sedikit makanan untuk jiran ..bimbang basi pulak .
Perjalanan balik perut aku terasa lapar lah pulak....ajak suami singgah kedai makan.Suami kata kita singgah kedai makan sebelah masjid di kg.Sg Telur ,perlu solat asar juga.....Waktu singgah di situ teringat KAKZAKIE yang juga pernah makan di sini. Tapi aku tak makan sup pun ,sebab perut ku perlukan nasi.Jejaka 3 orang tu aku oderkan roti canai je....kan mereka dah kenyang.Nasi goreng ayam yang aku makan pun tak boleh nak perabis .....banyak weh...mujurlah Azim ada ,pasti licin.
Foto: nasi beryani dari rumah kakak yang telah dipanaskan dan daging kambing yang telah dibuang kuahnya dan digoreng semula ,bila Iman dan Azim nak makan lagi petang tu.Biasalah si ayah cukup berjaga2 ,bimbang sangat  sakit perut.Padahal  makanan semua masih okay je.


Kepada kak PI yang selalu singgah diruang komen di sini ...maaflah tak dapat balas balik walaupun sentiasa mengikuti karya2 kak.Guna h/p agak terbatas untuk berblog.

13 comments:

  1. SEDAPNYA NASI BERIANI KUAH KAMBING...XPA SANIAH ZDPT DROP KOMEN ASAL SINGGAH BLOG KAK TKSH BNYAK.

    ReplyDelete
  2. rata-rata kalau kenduri kahwin mesti sama saja menu nya sampai kita pun naik bosan. tapi kalau tiba-tiba menu berbeza, macam masakan kampung ke bolehlah membuka selera, kan kak SI..

    Iman tu, pelik pulak selera dia ya kak. Yg biasa2 org makan dia tak makan, kambing makan pulak dia, hihi

    ReplyDelete
  3. Itulah yg jem memanjang hari Sabtu dan Ahad lepas kan. Dgn accident lagi, dgn VIP on the road lagi. Memang lewatlah perjalanan kita kat sana-sini.

    Kakak kalau nasi beryani ke, nasi putih ke makan juga SI. Tapi kakak suka makan dgn pajeri atau acar. Ada acar buah lagi sedap:) Cuma dah tua ni makan biasalah janji makan aje.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat tu...kalau kenduri kawen itulah aje lauknya .....nasi briyani, nasi briyan....kalau yg suka, mmg sedaplah makannya ....bagi yg biasa biasa mcm kita, layankan ajelah hihi.....

    Sok kita kawenkan anak buat mee goreng aje Si hihi......

    ReplyDelete
  5. saya lebih suka nasi putih dari nasi berkaler2 nih, tapi makan jugaklah

    ReplyDelete
  6. Mmg betul gak, menu kawen lebih kurang sama saja lauknya.. yang penting kena jugak hadir tunjuk muka

    ReplyDelete
  7. Memang jenuh makan kenduri kalau cuti sekolah. Hujung minggu ni nak pi JB, sepupu buat kerja kawin anak. Asalnya x nak pi.. ingat jadi la ikut rombongan pengantin lelaki nikah dan kenduri di Shah Alam..
    tapi bila sepupu & suami dok memujuk.. pakchaq pun cayaq.... makchaq ni ikut ja.. orang bawak makchaq pi....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kesihatan yang baik..
    Tu lah, boleh dikatakan di mana-mana kenduri kahwin menunya hampir sama. Tapi tak apalah, apa yang dihidang itulah yang dijamah, yang penting memenuhi undangan tuan rumah.

    ReplyDelete
  9. Dah itu menu kenduri kawin kan kak saniah..
    Kat selangor ada juga disediakan nasi putih biasa..
    Jadi saya ambil yg itu je..
    Mkn dgn acar mcm kakzakie tu..
    Anak2 mmg suka lah nasi beryani kambing ni..
    Skrg disetengah2 tempat kenduri kawin ada juga yg sediakan hidangan sampingan macam soto , rojak dan laksa..
    Kekadang terjah mkn yg itu ajer..

    ReplyDelete
  10. sama dengan encik hubby saya. kalau dihidangkan lauk semalam dia takkan sentuh, even lauk tu masih elok dan telah dipanaskan. takut perut tak tahan katanya.

    blogwalking dengan phone memang sangat tidak best!

    ReplyDelete
  11. Kalau dah pergi 2,3 tempat majlis kahwin, memang tak laratlah nak makan nasi beriani/nasi minyak ni. Saya suka pajeri nenas tu, Kak Saniah. Selalunya kalau teringin saya ehem,ehem suruh Kak Ngah saya buatkan. Sayakan pemalas walaupun menu mudah. Nasib baiklah ada kakak yang masih prihatin melayan anak tekak adiknya yang dah tua bangka ni.

    Saya tak reti nak blogwalking dan mengomen dengan handphone. Tersiksa jiwa raga saya sampai terbawa-bawa tidur nanti!

    ReplyDelete
  12. bila saya hadiri kenduri kawen, selalunya saya sorang je makan di meja. ibu_suri makan di kereta. saya dah tak segan ambilkan nasi dan hantar kepada ibu_suri, buat macam kenduri sendiri...

    ReplyDelete