Total Pageviews

Friday, 23 September 2016

Sakit

Assalamualaikum
Sejak sebulan 2 ni Fateha selalu je tak sehat dan demam.Terbaru semalam ke Hospital Serdang kerana sakit tekak dan panas dalam badan .Resultnya doktor bagitahu tonsil nya menanah.
Walaupun dah besar panjang ,kalau dah kata anak sebagai ibu bapa dah tentunya risau dengan keadaan dia .Apatah lagi berjauhan gini.Mudah mudahan dia dapat atasi dengan tenang dengan pertolongan kawan2.
Azim juga kami terpaksa ke asrama dia setiap minggu untuk menghantar air masak/air mineral untuk minum dia.Jika dia minum air dispenser yang disediakan diluar dewan makan pasti demam teruk.....begitu juga dengan kawan 2 dia.Bukan tak buat aduan tapi masih tetap gitu juga.Tak nak ambil risiko,kami terpaksa lah pergi ke asrama tiap minggu untuk antar air.Bagi yang kuat antibodi mungkin ok je minum air dispenser tu kut sebab aku lihat ada juga budak2 perempuan yang masih mengambil nya. Mungkin juga di dewan makan  lelaki je bermasalah ,aku tak pasti.
Tentang Fateha tadi ,bila dah ke hospital macam2 pulak yang di bagitau.Ini antara wasap yang dia hantar semalam.
Foto: ubat2 yang diberi pihak hospital.
Pagi ni dia wasap masih lagi belum kurang sakitnya .Kami berharap dia cepat sembuh supaya selesa belajar apatah lagi dah tahun akhir ni ni belajar pun agak mencabar.

17 comments:

  1. semoga anakanda cepat2 sembuh ya SI...sbg ibu kita pasti teramat risau jika ada anak2 yg sakit..

    ReplyDelete
  2. Moga Fateha makin beransur sihat ya kak... risau plak, tambah2 bila berjauhan... mcm atie ni, memang kami tak berani nak minum air dispenser... risau tahap kebersihan ...

    ReplyDelete
  3. Moga Fateha cepat sembuh.

    Memang susahlah hati kak kalau anak-anak yang tinggal berjauhan jatuh sakit. Lagi-lagi kalau seorang di hulu, seorang di hilir lepas tu dua-dua tak berapa sihat. Lagilah hati ibu macam kita ni 'meraung' tak tentu arah dibuatnya!

    ReplyDelete
  4. Alahai....dugaan utk kita jugak tu ye SI. Anak anak tak sihat. Betul tu, kalau anak anak sakit ni mmg kita sebagai org tua tak senang duduk jadinya. Doakan ajelah dari kejauhan SI semoga mereka sihat. Nak pergi menjengah makan berjam jam jugak tu. Kalau mcm Azim tu bolehlah digagahkan lagi....



    ReplyDelete
  5. Alahai....dugaan utk kita jugak tu ye SI. Anak anak tak sihat. Betul tu, kalau anak anak sakit ni mmg kita sebagai org tua tak senang duduk jadinya. Doakan ajelah dari kejauhan SI semoga mereka sihat. Nak pergi menjengah makan berjam jam jugak tu. Kalau mcm Azim tu bolehlah digagahkan lagi....



    ReplyDelete
  6. semoga anak saniah cepat sembuh ya
    disini pun ada jugak yg tak sihat saniah
    mmg kita ni risau je kan kalau ada ahli keluarga yg sakit
    semoga ALLAH memberi kesembuhanlah pada anak saniah ya ameeen

    ReplyDelete
  7. Harap fateha cepat sembuh dan tidak ada yg serius. Sebagai ibu dekat atau jauh tetap risau dgn kesihatan anak2.

    ReplyDelete
  8. Harap fateha cepat sembuh dan tidak ada yg serius. Sebagai ibu dekat atau jauh tetap risau dgn kesihatan anak2.

    ReplyDelete
  9. Syafakillah fateha..
    Semoga cepat sembuh ye..

    Mahu tak risau kak saniah..
    Anak jauh depan mata sakit..
    Yg ada depan mata pun kita risau bila sakitkan..

    Kalau fateha rasa sakit tekak dan panas badan tu simptom tyhroid kak saniah..
    Saya mengalami macam tu..
    Lepas doktor buat pemeriksaan darah khas utk kesan thyroid ..
    Baru benar saya menghidapi thyroid..
    Minta fateha terus pergi hospital kak utk periksa darah..

    ReplyDelete
  10. Kalau dah dpt berita macam tu siapa pun risau dan bimbang. Cuma jauh tu yg tak dpt dijenguk on the spot. Yg dekat bolehlah terus diambil tindakan - dah jauh doa ajelah yg boleh dibuat.

    Moga tak berpanjanganlah hendaknya.

    ReplyDelete
  11. Alahai kesian Fateha... moga segera sembuh ya. Harap tak de apa yang serius. Banyak betul ubat nak dimakan tu... 😢

    Betul la rasanya kak SI. Water dispenser yang open tu memang mudah tercemar. Kalau dah memang tak serasi better beli je air mineral..

    ReplyDelete
  12. kak, cemana fateha skrg ni? dulu anak2 saya kerap juga kena tonsil ni. saya prevent dgn shaklee

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
    Naluri ibu bapa, anak masih kecil atau sudah besar tetap bimbang jika apa-apa terjadi. Semoga Fateha cepat sembuh...

    ReplyDelete
  14. risaulah kita emak2 ni kan kak. Anak2 duduk jauh tiba-tiba tak sihat pulak.
    Sekarang ni dah sihat ke anak-anak akak tu? Semoga beransur pulihlah ya.

    ReplyDelete
  15. susah hati dibuatnya kalau anak2 tak sihat ni kan

    ReplyDelete