Assalamualaikum,
Salam Merdeka....
"Iqa gosokkan baju sekolah Iman""Iqa masak nasi ""Iqa urutkan belakang mak".....terhendap2 dia dari belakang senyap2 sambil menerpa mencium pipi aku yang kusam ni...begitu lah kebiasaannya beberapa bulan .Harini dia dah takde kat rumah...biasanya dia dengan Iman lah meriuhkan rumah ni.
Urusan pendaftaran Di UM hari Ahad 28/8.Kami bertolak Sabtu ke Sg .Buloh ,rumah adek lelaki aku ,sebab barang2 dan kainbaju Iqa masa Asasi ditinggalkan di situ
.Minggu ni minggu balik pada budak asrama .Apa lagi Azim pun kata nak ikut hantar Iqa.....ponteng sekolah 2 hari juga.Bersendatlah mereka 4 beradik duduk dalam kereta. Nak guna dua kereta dah tentu tol dan minyak juga berganda....redha je lah anak2.Lagipun masa pergi je berhimpit sikit ,balik dah selesa .
Tiba kat rumah adek pun dah petang.....setelah mengendurkan urat2 yang tegang, rehat2 dan makan malam , malam tu kami tidur awal, selain penat perjalanan jauh ,perlu juga bangun awal kerana Iqa perlu daftar pukul 8_11.30 pagi.
Pagi tu pukul 7 kami dah bersiap ,katanya nak bertolak pukul 8. Tapi tunggu SIL bersiap akhirnya pukul 8.30 juga baru jalan.Seperti biasa lah anak2 bila dapat U area KL / Selangor ,adek aku ni pasti ikut sekali menghantar ....tau aje lah kami ni orang kampung , Dengan jalan yang berselirat kat KL ni .....ntah sesat ke mana lah kami walaupun katanya guna waze.Hari Ahad jalan ok je ,takde jem tapi kereta 'tourist guide' yang jalan dulu di depan ,dah salah arah ,depan pintu istana pulak ditujunya....
Bila tiba tempat dituju perlu ke padang kawad untuk letak kereta.Tiba pun tempat parking dah penuh....mujorlah boleh letak kat barisan jalan yang kami masuk.Keluar kereta semua kena bawa barang Iqa yang banyak tu.Termasuk Iqa semua kami 8 orang ,masing2 ada barang yang dibawa untuk menaiki bas ke kolej tempat pendaftaran Iqa.Adek lelaki aku hari tu kena gout lah pulak terdencut2'lah berjalan.Bila aku tengok dia berlenggang ,aku hulurkan buku biology Iqa yang beratnya 3 kilo tu pada dia....satu je pun....yang kami ni kiri kanan dengan barang.
Olehkerana datang pun dah agak lewat dah ramai orang kat tempat pendaftaran.Yang ramainya bukan pelajar tapi yang menghantar nya ....:-).Iqa bersendirian ke tempat mendaftar sementara aku dengan suami ke atas untuk dengar taklimat.Tak lama kami di atas walaupun belum selesai lagi sesi pertanyaan2 ibubapa tu sebab Iqa dah selesai mendaftar dan perlu naik ke bilek untuk berkemas.Tingkat 4.....kena panjat tangga....aduhai rasa nak mintak nyawa bila sampai ke atas.Kalau dah kata bangunan lama manalah ada lift bagai .
Bilek comel kat sudut bangunan tempat dia....perlu tinggal bertiga dalam satu bilek,jadinya sorang kenalah tidur di atas.Olehkerana Iqa yang lewat dia lah yang kena .
Foto:Iman yang excited naik katil double decker ni.
Kolej yang Iqa dapat agak lama ,jadinya segalanya pun dah agak uzor samada katil mahu pun meja belajar nya.Tak pelah Iqa ,yang penting dapat belajar.....
Masa yang diberi pada kaum keluarga yang menghantar hingga 11.30 je....kalau tidak bas yang disediakan untuk kembali ke padang kawad takde lagi.Pelajar2 juga dah mula orentasi pada pukul 12 tengahhari.Agak tergesa2 dengan waktu terhad ....sampaikan ada barang yang tertinggal kat bilek Iqa ,terpaksa lah Azim yang kaki panjang disuroh naik semula ke atas ,malangnya tak jumpa barang yang dicari ....encik suami lah kena naik semula .
Tengahhari tu setelah makan tengahhari di hentian Serdang kami terus balik Johor.Walaupun ayahnya cuti panjang tak boleh nak berlama2 .Esoknya Iman dan Azim perlu sekolah dan Fateha juga masih ada LI beberapa hari lagi.
Sebenarnya ketika ini masih ada risau di hati kecil ....apa kabar agaknya Iqa yang ditinggalkan di sana ?Sejak hari daftar tu hanya dua baris ayat ringkas je yang dapat dari wasap dia ....mungkin agaknya tak dapat guna tepon masa minggu orentasi ni.....terpaksa lah kami bertabah tunggu berita dari dia.
Ahad ni abang dan Fateha akan kembali ke universiti ....kedua2nya dah ke tahun akhir...Alhamdulilah mudah2an dipermudahkan pembelajaran mereka .Aku?....dah tentunya kembali sendirian bila Iman ke sekolah,
Foto sumber : FB.
TAHNIAH IQA DH PUN MULAKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI PILIHANNYA...INSYAALLAH AKAN SERASI MENYESUAIKAN DIRI ANAK2 LA NI CPT BERDIKARI
ReplyDeleteTahniah buat Iqa..
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang dalam pelajarannya..
Penat ye kak jalan jauh..
Tapi tak apa anak2 gembira bila semua adik beradik mengikut menghantar..
Akak di Sg Buloh tu dimana adik akak tinggal tu..
Dah dekat dengan rumah arwah mak saya tu :)
Terasa sedih pulak saya SI....jatuh air mata mak! Agaknya lagu blog SI ni kot ditambah dengan suasana entri ni hihi....
ReplyDeleteSelamat berjuang Iqa, moga menjadi muslimah cemerlang dimasa akan datang.
Haiiii SI tambah kuruslah Iqa lepas ni turun naik tangga. Budak budak kalau suruh mrncari barang memang, memang susahlah nak berjumpa, nak kena jugak kita yang pergi mencari. Nasiblah bukan maknya yang kena mendaki hihi
tahniah buat akak suami-isteri serta anakanda Iqa juga. semua anak2 berjaya ke menara gading.
ReplyDeletePenat-penat makayah pun tak apa lah ye kak, demi anak nak belajar. semoga terus berjaya!
lepas ni bertambah sunyi lagilah akak ye. Iman pula dah takde geng.
Demi masa depan mereka juga kita terpaksa berpisah dgn anak-anak. Moga semunya menjanjikan kejayaan.
ReplyDeleteTahniah Iqa dah mula menjalani pengajian.Semoga beroleh kejayaan dan segalanya dipermudahkan.
ReplyDeleteSayu kak Zai dengar Saniah kesunyian tp bersabarlah akan kembali meriah setelah anak2 tamat belajar dan menjawat pekerjaan.
Aminnn! Duduk kolej berapa Saniah!
ReplyDeleteTakpa sekejap je sunyi... pejam celik..pejam celik! sedar-sedar mereka semua dah tamat belajar.
Kolej 5 sweety...kolej lama ,semua nampak antik.
DeleteSama mcm katil n bilik yg saye dpt dulu, agak lama dan lusuh gak. hihi. Apapun moga iqa berjaya menempuh alam university. ;)
ReplyDeleteselamat belajar ditempat baru iqa, semoag berjya dengan cemerlang.
ReplyDeleteDoa seorang mak.. :) Semoga iqa berjaya.
ReplyDeletetahniah iqa. doa mamanya mengiringi
ReplyDeleteAlhamdulillah! Selesai sudah pendaftaran Iqa masuk universiti ya. Semoga segala urusan pembelajarannya dipermudahkan dan anak akak sentiasa dalam lindungan-Nya.
ReplyDeleteHati ibu mana yang tak risau (dan rindu) bila berjauhan dengan anak-anak. Kalaulah saya, aduhai... rasa macam nak book katil kosong aje supaya dapat tidur & belajar dekat dengan anak ^_^
Aaminn...moga anak2 kite di bawah lindungan Allah...kak naik tingkat 4 memang azabedah...bilik anak sy pon tingkat 4 gak...dah la time daftar haritu bulan pose...cuba akak bayangkan sy sampai 2 kali naik 2 kali turun...nagiss...kikiki...alhamdulillah
ReplyDeleteIqa dah mula sambung belajar dan anak2 akak yg lain dah pon di tahun akhir...lepas ni inshaa Allah tinggal hafap Iqa dgn Iman je pulak...syukur dan sy tumpang bangga :)
Alhamdulillah, tahniah buat Iqa... insyaAllah Iqa baik2 saja di U tu... moga Iqa mudah dalam mendalami ilmu. Amin...
ReplyDeleteTahniah Iqa, semoga dengan kekurangan yang ada dapat menaikkan semangat untuk belajar lebih kuat... semoga berjaya... aamiin..
ReplyDelete