Menyepi seketika dari berceloteh di blog ni bukan kerana takde idea tapi hari2 agak sibuk dengan urusan anak2 apatah lagi kerap berulang ke rumah kakak yang masih terasa kehilangan si bongsu walaupun zahirnya mereka nampak tabah.Apapun aku kagum dengan kakak dan suaminya yang begitu tenang dan redha dengan apa yang telah berlaku.Bila kesibukan dah reda ,demam pula datang bertandang....sesekali jengah juga blog2 kawan dan adek2 blogger , walaupun ada kalanya tak sempat menyapa.
Hari yang sama Jumaat 2 September juga hari akhir Fateha LI di Bandar Tenggara .Seperti biasa pagi tu kami menghantar dia sebelum tergesa2 nak pergi melawat sepupu suami yang dikhabarkan meninggal dunia di Pontian malam tu....dan akan dikebumikan awal pagi .Kami agak lewat tiba ,walaubagaimana jenazah baru je di sembahyang kan.Memang tak bawa ke masjid atau ke surau untuk solat jenazah kerana tanah perkuboran hanya di sebelah rumah je .Apatah lagi rumah agar besar boleh menampung agak ramai jemaah yang solat.
Sebenarnya nak cerita tentang keistimewaan kaum keluarga sepupu suami ni .Bila ada kematian dikalangan mereka ,tak perlu dikebumikan di tanah perkuboran umum kerana mereka dikebumikan di kebun sendiri je ,tak jauh dari rumah.Ada beberapa orang juga yang aku pernah ketahui di kawasan Pontian ni ,mereka dikebumikan di tanah sendiri.....biasanya kat belakang rumah ....senangkan bila2'pun boleh ziarah.

Foto: ada beberapa kubor lain yang juga kaum keluarga mereka.Sebenarnya kawasan tu dusun buah2an ,rambutan,manggis ,durian ,duku langsat semua ada.Sedang sibuk2 urusan pengebumian pun ada durian yang gugur.Sempat juga aku lihat ada yang mengutip durian yang baru gugur tu.
Aku dan Iman lihat dari kejauhan je di bawah pokok langsat yang sedang hampir masak.
2 September tu anak2 sepupu suami(semua dah dewasa) telah kehilangan ibu (meninggal nya malam ) .Tarikh yang sama sorang ibu (kakak aku) kehilangan anak yang dikasihi....Alfateha untuk mereka.
Al-fatihah, salam takziah kak, senang begitu dekat kuburnya kan, klu kecik2 dulu lalu kawasan kubur mesti lari saya ni sebab takut
ReplyDeleteAlfatihah buat mereka semua ..
ReplyDeleteSemoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhadah dan solehah..
Senangkan jika ada perkuburan sendiri utk kaum keluarga..
Senang untuk menziarah kaum keluarga...
Al-fatihah, salam takziah
ReplyDeleteMereka nak jadikan tanah sendiri sebagai tempat persemadian.
ReplyDeleteCuma masa petik buah tu kenalah berhati-hatilah sebab ada kubur.
Bagus ada kawasan persemadian keluarga...senang urusannya...salam takziah...alfatihah.
ReplyDeleteAlfatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah....
ReplyDeleteSama sama sibuk rupanya kita ye SI hihi....
Gitu pulak ye gayanya.... jarang jumpalah situasi gitu SI. Tanam kat tanah sendiri.
Ada bagusnya jugak....Orang nak curi buah pun tak jadi SI sebab ngeri hihi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam takziah & Al-Fatihah
DeleteOh baru tahu ada kubur persendirian..
Kena jaga tu elok-elok Kak Saniah, kena letak tanda sebab dalam tanah dusun kann..
macam zaman dulu2 pulak, kebumi di tanah sendiri. dulu rumah moyang saya, nenek-moyang mereka kebumi di kawasan/halaman rumah saja, kak. masa saya kecik2 duk main2 jer atas binaan kubur tu.
ReplyDeletesekarang dah dikorek dan dipindahkan tulang belulangnya ke kwsn tanah perkuburan sebab org takut.
salam takziah utk keluarga akak.
Oh, ada tanah perkuburan sendiri ya keluarga suami Kak Saniah tu. Senanglah macam tu, semuanya boleh dikebumikan di satu tempat yang sama.
ReplyDeleteSaya ingat kisah akak kehilangan anak saudara aje pada 2 Sept tu, rupa-rupanya ada dua kehilangan pada hari yang sama. Tabahlah hendaknya akak dan keluarga ya.
Salam takziah pada keluarga kakak dan suaminya, kak SI.
ReplyDeleteal-fatihah . saya pernah nampak kubur depan rumah . masa tu rasa pelik je ...
ReplyDelete