Foto: pesakit2 di bahagian O&G sedang tunggu giliran.
Semalam 27 September ,tarikh temujanji aku dengan doktor setelah berbulan2 selepas buat scan MRI. Biasalah hospital kerajaan kenalah tunggu giliran .Lagipun sebelum buat scan dah diberitahu jika takde sel2 kanser merebak ,tak akan dihubungi .Hanya tunggu tarikh temujanji yang diberikan untuk berjumpa doktor.Seperti biasa selepas encik suami hantar Iman ke sekolah,terus je kami bertolak dari rumah.Walaupun temujanji pukul 9 tapi kena juga bertolak awal memandangkan nak menghala ke JB bukannya mudah bila waktu2 begini, memang sesak .Dah tiba pun satu masalah nak cari parking .Memang dah takde dah kosong....akhirnya suami parking je kat tempat yang tak sukarkan kereta2 lain keluar.Terfikir aku orangramai ni tibanya pukul berapa ntah ,walaupun kita datang pagi tempat letak kereta pasti penuh....
Kali ni aku pergi ke hospital dengan perasaan tenang kerana badan aku dah rasa sehat dan terasa dah semakin sado dah rasanya...:-).Olehkerana masa keluar rumah aku belum sarapan encik suami ke cafe dulu untuk beli air dan roti juga sandwich.Sebelum tu aku ada beli kuih di warung tempat kami tinggal.Keluar dari cafe suami kata "ni pergi hospital ,sakit ke nak makan2"....hihiii aku rasa pun macam tu juga sebab banyak sangat bekal nya.....Bukan apa kadangkala kata je temujanji sekian2 ,tapi dapatnya lambat.....masa tu perut biasanya dah lapar.
Seperti biasa lah tiba kenalah ambil nombor giliran dulu....lepas tu tunggu,tunggu,tunggu .Sambil2 lah sarapan dengan bekal yang dibawa dan dibeli tadi ,dah pukul 10 baru lah dipanggil masuk ke bilek rawatan.Doktor kata hasil scan tempohari semuanya ok ,tiada sel2 kanser yang merebak .Ketika dibagitahu tu bahagia rasa hati ....bersyukur aku dah bebas kanser.Tapi kemudian doktor kata perlu buat pap smear lagi .Bingung aku seketika sambil bertanya "kan rahim dah buang ,kenapa perlu pap smear lagi?". Doktor kata perlu ,masih kena pantau pangkal rahim juga.Aduhai....terpaksa dalam rela aku ikut arahan doktor....huhuu.
Olehkerana tak perlu buat rawatan2 lain ,cepat lah siap ,cepat lah keluar ...huh lega sangat walaupun masih berdebar2 tunggu result pap smear pangkal rahim.Semoga result nya baik2 je....aku perlu sehat sebab tak mahu menyusahkan keluarga .Lebih2 lagi suami yang setia menghantar ku ketika buat rawatan .
Semoga dipermudahkan olehNya dan sihat selalu .. 😊
ReplyDeleteYA ALLAH...SI..semoga tabah2 selalu...berat maya memandang berat lg bahu memikul..
ReplyDeleteAlhamdulilah...... berkat doa suami dan anak anak yang memohon kepadaNya kan SI.....
ReplyDeleteMoga keputusannya nanti juga baik SI....
Yelahkan, bila kita dalam keadaan yang tak ada pilihan lain, nak tak nak terpaksalah kita ikut cakap doktor, redho ajelah menyerah ye SI hihi.....
Alhamdulillah, takda apa-apa masalah. Sebut pasal kanser, memang berdiri bulu roma, kak. Maklumlah sekarang ni sikit-sikit kanser. Takut alahai...
ReplyDeleteBab hospital tu biasalah. Macam kawan saya, appointment awal pagi pun pukul 6 dia dah keluar rumah. Katanya nama aje appointment pukul sekian, sekian, tapi tetap juga kena menunggu lama!
P.S. Restoran kawan akak tu saya dah google siap-siap. La, nampak akak tak cakap awal-awal. Dekat juga dengan rumah. Memang saya terjahlah nanti kak. Senyap-senyap yerk saya pergi nanti ^_^
Syukur Alhamdulillah ..semoga Allah merpemudahkan semua rawatan utk kesembuhan seterusnya...tabah ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak..syukur bebas kanser.. moga akan baik2 semuanya.. risau juga.. apa pun pemantaun berterusan tu memang perlu...
ReplyDeletealhamdulillah, akak sihat. Risau juga ya kalau bab kenser ni.
ReplyDeleteIkutkan saja apa yg doktor minta tu kak, mudah-mudahan selamat semuanya.
Saya doakan yang baik-baik saja untk akak.
Mudahan result pap smear Saniah oklah nnt
ReplyDeleteAkak pun baru je dpt result pap smear semalam
Alhamdulillah tiada apa2 3 tahun lagi appointment lagi
Alhamdulillah! hendaknya begitulah, saya turut doakan moga Saniah kekal sihat dan bebas dari serangan sel kenser... InsyaAllah, dalam pada tu cuba2lah amalkan minum jus dan makan buah durian belanda.
ReplyDeleteAlhamdulillah... semoga baik juga result utk pep-smear kelak.
ReplyDeleteKalau boleh biarlah kita sihat dpt melihat anak-anak kita boleh berdikari kan SI.
Syukur n alhamdulillah...khbaran yg positif n membahagiakan..moga diberi kesihatan yg baik buat kak SI
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah kan saniah..
ReplyDeleteSemoga selamanya bebas dari kanser ni..
Harap keputusan yg baik2 juga utk pap smear tu..
Saya pun dah dua tahun tak buat..
Kena pergi juga buat ni..
Alhamdulillah kak SI, bebas kanser. Kak kanser rahim ke? Tahniah kak. InsyaAllah semoga terus sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah...lega mendengarnya kak, moga terus diberi kesihatan yang baik
ReplyDeleteAssalamulaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSalam ma`al hijrah buat akak dan keluarga, moga kedatangan tahun baru ini meningkatkan lagi rasa kehambaan dan ketaqwaan kepada-Nya.
Saya tumpang gembira mendengar berita ini, walaupun masih ada beberapa step rawatan diperlukan. Apa pun harap akak banyakkan bersabar dan berdoa.