Total Pageviews

Tuesday, 11 October 2016

Bila lah boleh balik?

Assalamualaikum
Sejak awal Sem, anak2 payah nak cuti ...Hahh...boring nya seharian takde teman berbual bila Iman ke sekolah. Kalau nak bercakap juga ,dengan kucing2 je lah yang cuba nak masuk dalam rumah.Tapi tak dapat jauh dari hp ,bimbang anak2 atau suami di luar sana tepon sesuatu yang penting.Sehingga nak mandi atau masuk toilet pun kena letak hp berhampiran pintu.
Fatiha dan abangnya dah tahun akhir ,memang sibuk sangat mereka .Sehingga kan nak suruh balik ambil roadtax yang dah siap ni pun payah sangat.
Iqa biasa lah budak junior kat kolej, kadang sampai malam masih ada xtvt. Walaupun dia automatic dapat JPA dari tajaan Busary tempohari ,dokumen perjanjian perlu diselesaikan untuk dihantar segera tapi itu pun takde masa katanya...
Foto: karipap frozen homemade  ,mudah kalau anak2 balik teringin nak makan ,boleh goreng sendiri.
Foto: masa singgah kat kampung tempohari ,banyak borong ikan. Aku perkasam kan .Antara febret anak2 .Bila balik cuti suka makan laukpauk kampung. Muak dah agaknya selalu makan fastfood.
Tapi bila lah dorang ni boleh balik agaknya....!

17 comments:

  1. Itulah dikatakan ibu sentiasa menanti anak-anak yg jauh.
    Buat apa pun ingatkan mereka kan.

    ReplyDelete
  2. sedap nampak karipap tu. mudah sekarnag ni kita boleh frozenkan, rindu benar kak SI tu. insyaAllah tak lama lagi cuti deepavali depa mesti balik. rindu seorang ibu..

    ReplyDelete
  3. Bila anak2 semua jauh mcm tulah kan kak...risau hati seorang Ibu begitulah.. mudah2an anak-anak di lindungi Allah sentiasa..
    sedap karipap tu kak..pekasam pun sy suka :)

    ReplyDelete
  4. Kesian akak. teringat mak saye. :( mesti dia rasa benda yg sama time kami keluar bekerja :/

    ReplyDelete
  5. Alahai, kak. Kasihan pulak saya bila membaca luahan akak ni. Segala yang anak-anak suka, dah siap disediakan, tinggal tunggu anak-anak ada peluang untuk menjengah ke kampung aje ya. Macam nilah agaknya perasaan makpak saya masa saya sibuk belajar di universiti dan tinggal jauh dengan mereka ya.

    Sedih pulak bila mengingatkannya!

    ReplyDelete
  6. bila anak2 dah besar dan keluar mencari ilmu, beginilah ya kak. Tinggallah emak ayah di rumah. takpe kak, nanti bila masing2 dah balik, riuhlah rumah tu!

    Kak, cer ajar sikit macam mana nak buat pekasam. guna ikan laut boleh tak?

    ReplyDelete
  7. Macamtulah yg akak rasa. Bila anak2 dh kawen lagilah susah nk bàlik.mereka ada rumah lain lagi yg nk dikunjungi.paling kerap pun balik sebulan sekali. Dari dok sunyi tertunggu2..akak buatlah aktiviti sendiri..

    ReplyDelete
  8. Macamtulah yg akak rasa. Bila anak2 dh kawen lagilah susah nk bàlik.mereka ada rumah lain lagi yg nk dikunjungi.paling kerap pun balik sebulan sekali. Dari dok sunyi tertunggu2..akak buatlah aktiviti sendiri..

    ReplyDelete
  9. Mak abe Nik pon biasanya sorang duduk rumah malam baru ayh balik,,,,
    semua anak2 belajar jauh2...bila time semua anak2 balik...mak abe nik masak macam2.....

    ReplyDelete
  10. Alahai....maknya dah kerinduan pulak hihi....Gitulah agaknya mak saya kat kampung SI. Mengharapkan anaknya balik. Tapi tulah si kakak tu nak pekse. Memanjang ada tuition.

    Saya pun ada karipa frozen kat esbok tu. Bezanya bukan buat sendirilah. Beli dengan jiran hihi....yg bestnya jiran tu bekerja. Nampak sangatlah oemalasnya haha....
    Huh....bagus sangatlah suri rumah beli frozen karipap dengan org bekerja yek....

    Ikan pekasam air tangan ibu, mestilah sedap

    ReplyDelete
  11. Alahai....maknya dah kerinduan pulak hihi....Gitulah agaknya mak saya kat kampung SI. Mengharapkan anaknya balik. Tapi tulah si kakak tu nak pekse. Memanjang ada tuition.

    Saya pun ada karipa frozen kat esbok tu. Bezanya bukan buat sendirilah. Beli dengan jiran hihi....yg bestnya jiran tu bekerja. Nampak sangatlah oemalasnya haha....
    Huh....bagus sangatlah suri rumah beli frozen karipap dengan org bekerja yek....

    Ikan pekasam air tangan ibu, mestilah sedap

    ReplyDelete
  12. alahai mak2 ni memang macam tu kan kak, nak buat apapun ingatkan anak, tengok tu sediakan makanan kesukaan anak2 lagi tu...sedapnya pekasam, kalau dekat boleh saya minta seekor dua

    ReplyDelete
  13. Akak pun terlioq pekasam tu saniah
    Teeingt pekasam kt rumah ni dom frezer
    Bolehlah goreng lepas ni hehe

    ReplyDelete
  14. Rindu ye kak dengan anak-anak..
    Bila dah berjauhan..

    Macam ni lah dulu mak kita merindui kita kan kak..
    Teringat kata arwah mak..
    Asyik ke pintu jer..
    Mana tahu anak2 mak balik :(

    ReplyDelete
  15. Pekasam ikan..feveret SB tuh. Karipap frozen, goreng terus boleh makan..

    ReplyDelete