Assalamualaikum
Tragedi kebakaran HSA semalam amat mengejutkan dan sedih sangat apatah lagi melibatkan nyawa.HSA ni banyak kenangan pahit manis pada kehidupan ku ...4 dari 5 anak2 ku di lahirkan di sini.Setiap anak bukan sehari aku berada di hospital malah berhari2 .Hospital ni lah jadi saksi saat bahagia kami menatang zuriat pertama yang kami nanti sekian lama.Begitu juga 3 anak yang lain.Hanya Iman di lahirkan di hospital Kulai sebab dah tak sempat walaupun sepatutnya ke HSA juga.
Di sini juga aku merasa pengalaman dimasukkan ke CCU setelah alami komplikasi sewaktu melahirkan Azim.
2005 kenangan menjaga anak sulung yang buat pembedahan kecemasan appendix yang telah pecah dalam perut.Beberapa hari di hospital mengajar aku erti kesabaran menangani anak yang sakit.Apatah lagi duka belum hilang ....sebulan sebelum tu anak sedara menghembuskan nafas akhir di ICU di hospital ni.
Seterusnya selalu juga berulangalik di hospital ni melihat sahabat atau sedara mara yang sakit .Seperti biasa bila sakit agak teruk ke HSA ni tempat nya.
2014 aku pula jadi penghuni beberapa hari di sini bila anemia semakin teruk.January lepas sewaktu jalani pembedahan kanser rahim sekali lagi aku di berada di hospital ini beberapa hari....belum pun sampai setahun kini.
Sungguh beri nostalgia HSA ni pada aku.
Bila mengetahui tentang kebakaran HSA semalam turut rasa terkejut dan sedih .Semoga pada yang terlibat bertabah tangani saat sukar ini.Peristiwa yang memilukan....tapi ketentuanNya tersimpan hikmah yang tak terjangkau difikiran kita.
Byk kenangan Kak Sania di HSA ya.. pasti terkenang2...Memang terkejut & amat menyedihkan tragedi HSA smlm kak, sbb melibatkan kehilangan nyawa... moga dipermudahkan urusan semua pesakit & staff HSA...
ReplyDeleteSalam Kak Sania... moga suami akak di beri kesembuhan.. moga Allah mendengar doa2 kita semua... amin..amin
DeleteTerlalu banyak jasa HSA pada rakyat Johor umumnya
ReplyDeleteSekarang cuti untuk kakitangan dibekukan sementara SI. Anak buah kakak yg bertugas di Kota Tinggi hospital pun kena bantu HSA juga. Sedih sangat
Semalam juga Sek Taman Daya terbakar, petronas kisok kat mt Austin juga. Jalan sesak teruk semalam petang balik kerja. Paling dahsyat selepas kes Kota Tinggi banjir dulu.
Moga Johor dlm perlindungan Allah. Amin..
semoga lebih ramai yang selamat. sedih dengar cerita ni
ReplyDeleteBanyak kenangan Kak Saniah bersama HSA ni ye..
ReplyDeleteTentu berdekatan dengan tempat tinggal akak kan..
Semoga mereka tabah dengan musibah ini..
Ye kan kak.. Ada hikmah yg tidak kita ketahui..
Sesungguh nya Allah jua yang Maha Mengetahui dan Mengaturnya..
As salam kak Saniah,
DeleteSemoga diberikan kesembuhan yang segera buat suami akak..
Serta dipermudahkan segala urusan akak..
Banyakkan berdoa ye kak..
Allah sayang pada akak sekeluarga..
banyak jugak ya kenangan akak disini. hmm pelik jugak kan mcm mana kebakaran boleh terjadi..
ReplyDeleteMacam-macam dugaan untuk Johor semalam. Semoga semua rakyat Johor tabah.
ReplyDeleteTulah SI....terkejut dengar berita tu. Katanya tadi pun ada kebakaran ke dua jugak ye? Moga Allah melindungi negeri Johor, negeriku tercinta.
ReplyDeleteBagai terbayang bayang ye SI wad bersalin yg terbakar tu . Maklumlah 4 orang anak dilahirkan disitu. Mmg nostalgia sungguh tu
Tentu Kak Saniah dah arif sangat tentang wad bersalin dan wad ICU di HSA ni. Maklumlah banyak kenangan tersimpan di sini.
ReplyDeleteKasihan sungguh pada semua mangsa yang maut. Dari 7 cuma 1 aje yang survive. Dahlah mereka di wad kritikal, tiba-tiba berlaku perkara macam ni. Manalah daya nak menyelamatkan diri.
Even membaca kisah ibu-ibu yang baru bersalin terpaksa menyelamatkan diri pun dah sebak rasa di hati. Dapat bayangkan betapa kalutnya si ibu dan keluarga masing-masing apatahlagi bila mengenangkan anak yang baru lahir pun berada di hospital. Separuh nyawa jugalah nak ajar diri supaya bertenang rasanya!
Mesti Saniah lebih terasa kesedihan dsripada kami ni yg hanya tengok gambar di whatsapp je pada mula nya mmg agak terkejut, hanya Allah yg tau apa sebenarnya dan semoga rakyat Johor lebih pasrah dan bersabar
ReplyDeleteByk kenangan akak di HSA ni. Bila berlaku kes macam ni mestilah rasa sayu ajer. Ye lah kan mesti terkenangkan saat akak berada di situ dulu.
ReplyDeleteSangat menakutkan bila dgr tragedi kebakaran ni.tmbh2 melibatkan kemalangan maut!
Byk kenangan akak di HSA ni. Bila berlaku kes macam ni mestilah rasa sayu ajer. Ye lah kan mesti terkenangkan saat akak berada di situ dulu.
ReplyDeleteSangat menakutkan bila dgr tragedi kebakaran ni.tmbh2 melibatkan kemalangan maut!
salam kak SI. apa khabar
ReplyDeleteAkk moga Allah berikan kesembuhan buat suami akk ye, baru je saya dpt berita dari blog hainom td.
ReplyDeleteSalam Saniah
ReplyDeleteDengaq khabar suami saniah di CCU. Makchaq doakan semoga x ada yang serius dan cepat sembuh.
Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBerita yang sangat mengejutkan serta menyedihkan. Saya mendapat berita di internet turut rasa seperti tidak percaya. Semoga keluarga yang terlibat diberikan kesabaran dab ketabahan..