Assalamualaikum
Sejak semalam aku berada di hospital lagi menemani suami yang di masukkan ke wad.Selepas heart attack tempohari ada sikit masalah kesihatan lain yang datang.Iman aku titipkan di rumah jiran untuk menjaga dan mengolahkan nya untuk ke sekolah.Mujor Iman faham situasi yang mak nya hadapi sekarang ni.Sebak dada ku ketika dia berkata "Iman ni macam dah terbuang".Maafkan mak Iman ayah perlukan mak sekarang.....
Anak2 dikejauhan sana diberitahu juga.Arif,Fateha dan Azim agak bertenang tapi Iqa aku risau sangat.Dia seperti tak dapat menahan perasaan tekanannya.Bila ditanya katanya stress belajar tapi sebagai mak2 ni tentunya faham perasaan nya dalam keadaan kejauhan ayah sakit.Aku berharap anak2 ini tak terganggu pembelajaran.Sifat ayah mereka yang cool buat anak2 rapat dengan suami.
Semalam 13 November tarikh lahir siayah masing2 anak wish .Menjadi sejarah kali ini terlantar di katil hospital.
Aku harap anak2 ini kuat berada di saat2 sukar ni .Aku sendiri tak setitik air mata pun ku titiskan depan suami .Pesan sepupu aku ingati jangan menangis depan pesakit ,bimbang merunsingkan dia kelak.Di tikar sembahyang tempat ku luahkan perasaan.Sedaya mungkin aku ingin bertabah ....semoga ada sinar di hadapan sana.
Sedih acik tabah la saniah..semoga suami kembali sihat
ReplyDeletehappy bday suami kak SI. cemana sekarang keadaannya? harap semakin baik
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY SUAMI SI..TABAH YA INSYALLAH PASTI ALLAH SEGERAKAN KESEMBUHAN SAKIT SUAMI SI
ReplyDeletesedihnya baca kata2 iman tu kak, moga semuanya dipermudahkan kak, harap2 semuanya tabah
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun buat suami akak. Nak suruh bertabah dan bersabar, rasanya dah ramai yang mengucapkannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ya, kak. Semoga akak terus dikuatkan semangat dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga keluarga. Semoga suami akak akan cepat sembuhnya dan anak-anak akak sentiasa dalam lindungan-Nya.
ReplyDeleteInsyaallah SI, doa ajelah moga anak anak SI tenang. Tenang nikan milik Allah.
ReplyDeletebertabahlah SI dn anak2..
ReplyDeleteSelamat hari jadi buat suami Saniah. Kak Zai doakan semoga suami Saniah segera sembuh dan segalanya dipermudahkan. Tentunya Saniah seorang yg tabah sbb sebelum ini pun sudah menghadapi dugaan penyakit.Allah ada bersama in syaa Allah.
ReplyDeletesebak saya membacanya...semoga anak2 SI mengerti keaadaan sekarang..
ReplyDeleteSetiap dugaan yg diberikan Allah ada hikmahnya bertabahlah dik. Penyakit juga membasuh dosa2 lampau. In syaa Allah ada manisnya di penghujung nanti.Be strong and take care.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga akak sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteMoga akak sabar dan tabah dengan dugaan ini. Insya-Allah, pasti ada hikmah kebaikan yang mungkin tidak dapat kita tafsirkan. Sesungguhnya Allah, Tuhan kita yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Sabar ya kak. Bagus akak tak mangis dpn suami. Walau sesedih manapun kita takleh nk tunjuk sgt dpn suami dan ank. Nti mereka sedih pulak tgk emak menangis!
ReplyDeleteSaya doakan suami akak spt sediakala. Dan berharap anak2 akak tabah jua dlm apapun situasi. Byk2kan berdoa ya kak
Sabar ya kak. Bagus akak tak mangis dpn suami. Walau sesedih manapun kita takleh nk tunjuk sgt dpn suami dan ank. Nti mereka sedih pulak tgk emak menangis!
ReplyDeleteSaya doakan suami akak spt sediakala. Dan berharap anak2 akak tabah jua dlm apapun situasi. Byk2kan berdoa ya kak
Moga suami makin beransur sembuh ya kak. Dugaan dr Allah, moga akak & anak2 tabah. Iqa, kena kuatkan semangat. Selamat Hari Lahir jg buat suami akak, moga panjang umur, sihat & diperluaskan rezeki bersama keluarga tersyg
ReplyDeleteKakak ni seminggu-dua mudah sangat nak mengalirkan airmata SI.
ReplyDeleteBaca entri ini pun dah mengalir jadinya.
Moga ujian Allah ini cepat berlalu ye SI
Ada si hospital mana? Kot sama dgn anak buah kakak di HSI tingkat 5 ward ICU katil 16.
Hanya doa sahaja yg mampu saya bantu kerana segala2 atas perancangan NYA. Amin.
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan dan suami cepat sembuh. Teringat bunda tahun 2008 dulu, bunda juga menjaga arwah suami bunda sakit yang sama... keluar masuk hospital dan IJN..
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan yang berterusan buat suami kak saniah..
ReplyDeleteDugaan dtg mmg tak disangka2 kan kak..
Semoga akak sekeluarga tabah dan redha dgn ujian ini..
Ya Allah..
Hilangkanlah kesakitannya..
Tabahkan hatinya..
Kuatkan semangatnya..
Lindungi mereka sekeluarga..
Saya rasa saya dah banyak kali baca entri ni SI. Dan saya rasa saya mcm dah komen, belum rupanya...
ReplyDeleteTak apalah SI, Allah sedang menduga kita, terimalah dengan redho walaupun berat. Saya doakan moga suami SI akan bertambah pulih.
Bila diuji, kekadang kita baru terasa betapa dekatnya Dia dengan kita, begitu juga baru terasa betapa manisnya solat kita tatkala mengadu denganNya kan SI...
Semoga tabah menghadapi ujian ni. Mudah2an suami cepat sembuh & keluar hospital. Anak2 dah rindu tu. Be strong!
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Semoga puan tabah sentiasa.
ReplyDelete