Sejak beberapa hari cuaca sudah kembali cerah dan tak lagi hujan berpanjangan seperti minggu2 sudah.Kini diganti dengan angin yang agak kencang sepanjang hari.Aku suka duduk di beranda bila lewat petang ,seronok rasa hembusan angin ,walaupun dingin tapi terasa suasana di tepi laut.Asyik sekali sambil melihat kenderaan yang lalu lalang depan rumah.Walaupun PKP banyak je kenderaan apatah lagi depan rumah ada kedai makan dan kilang, memang tak pernah sunyi persekitaran rumah kami..
Duduk berangan sesorang kat luar rumah terasa sayu pula bila teringatkan cucu yang dah lama tak jumpa.PKP membataskan ...
Tepi jalan depan rumah kami ni ada sebatang pokok pelam pauh.Walaupun tak berbaja tetap tumbuh subur dan menghasil kan buah yang banyak.Pokoknya memang suami biarkan rendang dengan mencantas dahan2 yang menjulang tinggi.Bagus sebenarnya tanam tepi jalan ni,ramai yang tumpang berteduh disitu ketika panas.Apatah lagi depan rumah ni ada kilang,banyak lah lori yang menunggu giliran masuk dalam kilang setiap hari.Sementara tu ada diantara pemandu2 lebih suka keluar dan duduk bernaung dibawah pokok.
Kali ini buah pelam pauh berbuah lebat.Pelam ni cepat matang nya ,hanya beberapa bulan lepas berbunga ,sedar2 dah masak di pokok.Masa buah masih belum bersabut ,tempohari kami ambil dan jolok hanya sekali saja .Mungkin sebab tu buahnya banyak yang masak.
Sekarang ni setiap pagi dengan gigihnya aku kutip buah yang bertaburan gugur.Apatah lagi musim berangin ni,melambak lah gugur di tanah dan di atas jalan.Memang banyak .,disebabkan dah terlalu masak ,tak boleh nak simpan berhari2.Setiap hari aku agih2 kan pada jiran2 dan kawan2,juga hantarkan ke rumah adek2 suami yang tinggal di daerah yang sama...maklum lah pkp kan .Fateha juga beberapa kali membawa ke tempat kerja .Seronok kawan2 nya dapat menikmati pelam pauh yang masak .Kalau tengok pada kulit luar memang tak menarik tapi bila makan pasti tak cukup sebiji.
Ada juga orang yang lalu tepi jalan minta bila tengok buah banyak yang gugur.Dengan senang hati kami suruh mereka pungut saja buah2 yang gugur tu.Kalau tak memang sayang bila dilenyek kenderaan2 yang lalu .
Di rumah ni juga setiap hari aku kupas kan dan potong untuk disimpan dalam aisbox .Kalau tak gitu ,buah pelam pauh tu terbiar busuk je.Bila dah potongkan laju saja mereka makan .Biasanya masa potongkan buah2 tu sambil2 lah suap ke mulut sendiri.Sudahnya aku diserang gastrik beberapa hari .Yalah pelam pauh masak ni walaupun manis tapi ada lah masam2 sikit..
Ada juga suami jolokkan buah yang masih hijau pada mereka2 yang hendak.Lebihan nya aku kupas untuk jadikan jeruk.Tapi tulah dah kuning juga walaupun sedikit keras.
Beberapa hari lepas durian belanda yang tepi rumah sudah sedang elok untuk dipetik.Keesokkan sudah pun lembik.Bila dipotongkan dan buat kan jus untuk budak2 ni macam takde siapa yang minum.Maka terhasil lah aiskrim malaysia durian belanda.
Agaknya kalau buat aiskrim pelam pauh ni okey tak ya? Tak pernah try lagi ni.Kalau buat aiskrim boleh dimakan bila habis musim nanti .
Edit#
Adoila kak Saniah...
ReplyDeleteAwat pagi-pagi ni bagi ayaq lioq cheq belenja ni.. Suka nya pelam tu kalau dah masak.. Walauoun kecik & rupa tak menarik tapi saya sukaaaa... Kami panggil pelam teloq🤭..
dlu mak wat jual aiksrim pauh mmg sedap
ReplyDeleteNi kalau cucu akak balik mesti dia seronok. Apakan daya, terpisah kerana PKP. Terliur tengok pelam pauh tu. Jadi jugak ye buat aiskrim.
ReplyDeleteSedapnya kak, geram tengok
ReplyDeleteSaya singgah blog ini terliur juga tengok pelam banyak-banyak.
ReplyDeleteSedapnya kak saniah..
ReplyDeleteSEKARANG DH MUSIMNYA YA SEDAP PELAM PAUH TU
ReplyDeleteKak, pelam ni org teganu panggil pauh ringan sbb buahnya agak ringan kot, tapi pokok pelam ni mmg byk kt setata teganu dan rajin berbuah. Bila pokoknya dah lama nnt mesti ada penunggu kt dalam dia, tapi tengok buah akk tu elok cantik takde busuk pun kan.
ReplyDeleteSedapnya kak aiskrim durian belanda dan mangga tu, kalau ada budak2 mmg laku tu
Sedapnya pelam pauh ni. Jarang dah jumpa. Masa kecik2 dulu selalu makan.
ReplyDelete