Total Pageviews

Thursday, 14 January 2021

Apam gula merah

Assalamualaikum
Hari ini hari ke2 PKP 2.0 , bagi aku surirumah sepenuh masa ni takde apa beza .Rutinnya tetap sama ...suami dan Fateha  tetap juga bekerja walaupun luar daerah.
Minggu lepas gelombang ke2 hujan berterusan di Johor ni.Begitu juga dikawasan kediaman kami.Sekali lagi pergi jemputan majlis kahwin dalam hujan.Mujor dekat dengan rumah.Memang hujan sepanjang hari,kalau ada reda pun renyai sekejap akan kembali lebat.Apa lagi anak2 terperap aje lah dalam bilek sambil berselimut.Masa hujan2 ni lah perut masing2 asyik lapar saja...sekejap2 ke dapur sekejap buka aisbox.
Jadi mak2 ni kena kreatif nak bagi perut anak kenyang .Tengok dalam simpanan apa yang ada terfikir terus nak buat apam gula merah.Suami suka kuih2 lama ni ,kena ikut selera nya juga ,selera warga emas dah berbeza dengan orang muda.Tapi anak2 di rumah ni makan je ,asal kenyang.
  Resepi cara ku buat apam gula merah  
1 cawan gula merah
1.5 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir
Kacau rata ketiga2 bahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan 3 cawan tepung gandum dan satu paket yis mauripan dalam adunan gula tadi dan gaul rata.
Dah gaul rata boleh lah  biarkan kembang .
Setelah 2 jam boleh lah masukkan dalam loyang dan kukus selama 30 minit .
Sudah agak sejuk boleh lah dipotong dan makan dengan kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan secubit garam.
Disebabkan suami tak makan kelapa parut dan kebetulan takde stok ,makanlah gitu je...disebabkan anak ramai licin lah juga loyang ku ....Alhamdulilah.

9 comments:

  1. sedapnya apam i mkn dgn nyiur kukur

    ReplyDelete
  2. Wah kak, senangnya resepi akk ni, saya nak save lah, tq akk sayang.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Rindunya zaman kanak-kanak di kampung. Mak selalu buat apam gula merah buat sarapan pagi! Ketika kami mengaji dengan arwah Ayahanda, emak buat adunan dan kukus malam tu juga. Esok pagi dah sejuk, mak hidang buat sarapan kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Macam terbau2 pulak apam tu kak...
    Kena dengan kopi 0 hujan-hujan pulak.. Ish... Awat semua makanan nampak sedap hari ni

    ReplyDelete
  5. Geramnya saya tengok apam tu, manalah nak carik ni, nak buat tak pandai πŸ˜‚

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak, dana suka apam gini... kelapa lak rasa masin2 sikit memang ngM

    ReplyDelete
  7. sdapp apam musim ujan ni mak... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  8. Sedap apam ni Saniah. Arwah mak saya dulu suka sgt mkn apam ni... boleh kata hari2 dia suruh saya buat.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Saya pun suka apam ol skool macam ni.

    ReplyDelete