Anak pokok cermai ni kami beli di MAHA 2018.Beli 2 anak pokok.Satu pokok tumbuh subur ,bercabang2.Satu pokok lagi agak kurus tapi kedua2 nya tinggi menjulang.Berbuah tidak juga.Suruh suami cantas bahagian atas kedua2 pokok sebagai ikhtiar agar cermai berbuah dan menjadikan pokok lebih rendang.Selain dari tu taburkan juga baja MILAGRO.Alhamdulilah berhasil juga dapat lihat pokok yang ku tanam berbuah walaupun setangkai kecil ni...ermm... jadi lah,mungkin baru nak belajar berbuah.Meneliti hari ke hari melihat buah cermai hijau mula bertukar warna kuning.Tak sabar nak memetik dan merasa terutama si bongsu Iman ni asyik bertanya bila boleh dipetik.Kalau nak tahu Iman punya citarasa suka sangat masam2 ni ,kalah ibu2 mengandung😂😂.
Kalau banyak boleh buat jeruk atau halwa tapi hanya beberapa biji je yang ada.
Teringat zaman budak2 dulu kalau dapat cermai ni ,ditumbuk dengan garam kasar makan gitu je...perghh...tapi itu dulu lah,la ni dah tua tak daya dah.Sekarang ni Iman yang ikut tabiat ku.Setakat cermai ni selamba je dia makan ...masam tu.
Semoga akan datang pohon cermai ni akan berbuah lebat...
Alhamdulillah syukur..
ReplyDeleteBelajar berbuah Tu kak..
Besar juga buahnya ye kak..
Saya dulu masa kecik2 selalu beli jeruk cermai ni..
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteZaman kanak-kanak dulu tak terasa masamnya cermai... hehehhee.
Akak...!
ReplyDeleteSaya baca pipi jadi kembang & air liur penoh mulut ni... Mmmmmm terpejam-pejam mata macam saya pula gigit cermai tu. Padahal saya tak suka asam.. Hihihi
Nanti dah berbuah lebat, tak termakan.
ReplyDeleteSedapnya akak
ReplyDeletenampak besar yang akak pegang tu... dana biasa nampak org tnm belimbing buluh sebab pokoknya seakan-akan, bila tengok pokok cermai aduh geramnya... teringat masa kecik2 mkn jeruk cermai... sedap sgt... skrg mcm susah nk jumpa
ReplyDelete