Keadaan jerebu masih melanda ,Iman tak sekolah lagi....adalah teman aku di rumah tapi biasalah kalau dah tak de geng gaduh /main dia di rumah tetap sunyi sepi ,hanya suara dari kaca tv saja yang kedengaran.Itupun dia layan tv depan sementara aku di ruang tengah sambil2 buat kerja yang tak pernah habis walaupun dah tinggal 3 ketul je kat rumah.
Dalam sunyi hati kadang terasa risau dengan kesehatan anak2 di luar sana.Walaupun mereka2 dah remaja pada pandangan masyarakat tapi bagi kami masih anak kecil yang masih perlu perhatian.Dalam cuaca jerebu ni Iqa pun dah mula sakit tekak dan demam apabila kembali ke universiti..sehari 2 ni terpaksa pula hadapi final exam sem ni.
Fateha pula sebelum dia balik cuti raya haji tempohari dia kurang sehat.Badan2 dia sakit....aku paksa dia jumpa doktor...mujorlah kawan2 dia baikhati dan begitu ambil berat ,dibawanya Fateha ke klinik kesihatan universiti.Kata Fateha kena buat ujian ECG untuk tengok keadaan jantung memandangkan dia sakit di tulang rusuk kiri...last2 doktor cuma beri ubat gastrik saja.Fateha ni degil sikit ,payah beno nak makan ubat yang diberi...masa kat rumah sentiasa diingatkan untuk makan ubat....bila dah kembali ke U pun masih tak sehat sepenuhnya lgi.
Sebagai mak hanya doa saja agar anak2 ni sentiasa dilindungi dari sebarang kesukaran dan diberi kesihatan yang baik.
kulim alhamdulillah..jerebu tak teruk sangat,seklahh pun tak diarahkan bercuti...
ReplyDeleteLahad Datu pun jerebu kak.. dok risau anak bujang sy tu ke tadika siap tutup hidung... begitulah kita sbg Mak kan.. selalu risaukan kesihatan anak2.. naluri ibu... Moga Fateha baik2 shj ya kak...
ReplyDeleteSalam singgah Khamis kak.. :)
DeletePaling buat hati kita susuh bila anak tak sihat tapi jauh dimata.
ReplyDeleteHarap-harap semuanya kembali pulih.
Doctor klinik U tak kata apa-apa... tapi elok juga buat pemeriksaan di klinik luar jugak kalau sakit2 kat dada tu masih berulang-ulang. Mentelah jerebu ni macam2 sakit timbul...
ReplyDeleteInsyaAllah si Fateha tu boleh lalui semua tu walau maknya tak ada... Itu pelajaran jugak... belajar berdikari dan menjadi seorang yang tabah, kuat dan berani menghadapi cabaran hidup.
memang la riso kak lagi2 bila diorang jauh dari pandangan mata....kadang2 bebudak ni diorang amik ringan semua perkara kite yg mak2 ni susah hati sangat....mintak2 semua anak2 akak sehat seperti sediakala....akak pon jaga kesihatan time2 jerebu camni jgn keluar rumah sangat banyakkan minum air kosong...air kelapa lagi bagos kak
ReplyDeleteSegamat pun boleh tahan tebalnya kak
ReplyDeleteibu selalunya memang gitu. ayah jer yang rileks memanjang...
ReplyDeleteAnak2 kalau tidak sihat memanglah ibu2 risau kan kak..
ReplyDeleteTambahan lagi jauh dimata ..
bertambah2 lah risau kita tu..
Betul tu kak.. doa sebagai pengganti..
Budak lelaki....ada ajelah akalnya tu hihi.....
ReplyDeleteNamanya pun ibu SI....anak sakit tak tenteram kita dibuatnya. Kalau boleh biar kita yg tanggung sakitnya tu. Moga Iqa dan Fateha akan sembuh nanti SI. Jangan risau yer...
Usahkan anak2 yang keluar hari2 kesekolah... kita orang dewasa yang duduk di rumah ni pun terasa bahang dan kena jugak sakit2 akibat jerebu....
ReplyDeleteKat tempat bunda ni...hujan..hujan jugak sebelah malam atau petang... tapi tengahari esoknya jerebu jugak... nampaknya memang teruk lah ....bilalah nak reda agaknya...
sedih kan bila ada yang tak sihat ..nak selalu dalam keadaan sihat apa kan daya ada ujian
ReplyDelete