Total Pageviews

Wednesday, 2 September 2015

kreatif sungguh

Assalamualaikum
Walaupun cuti beberapa hari sempena hari kebangsaan ,kami tak merancang ke mana mana ,apatah lagi ada saja jemputan pengantin dekat2 sini.Ditambah pula cuaca panas di luar sana memang malas nk ke tempat2 perkelahan ....nanti kena sun burn kata anak ,nak balik u pun tak berapa hari lagi, segan nanti muka nmpak hangus katanya..tapi bila budak Iman dah boring bawalah balik kampung sekejap.
Seronok pulak lihat kemufakatan orang2 kat kampung kakak.Berbagai pertandingan diadakan untuk menceriakan kampung.Terbaru pertandingan peti surat kreatif.Rumah kakak dapat tempat ke 2 dalam pertandingan tu,hasil imiginasi anak bongsu dia....dihasilkan dari batang pokok ketapang yang sememangnya baru ditebang,di tebuk untuk jadikan peti surat ,didirikan semula di tapak asal pokok itu.
Tempat pertama lagilah kreatif bagaikan traffik light dibuatnya ditambah dgn reflika cctv dn ntah apa2 lagi .Ada juga yang menggunakan bahan2 terpakai seperti  komputer lama ,helmet pun boleh jadi....kreatif betul orang2 kampung....sayang tak amik gambar.bukan apa jalan kat tempat kakak ni kecil ,berenti2 nanti jem pulak kenderaan lain nak lalu.
                        Sempatlah Iman berposing di tengahhari panas terik hadapan peti surat mak long.

S

11 comments:

  1. Memang kreatif anak mak long kak saniah tu..
    Cantik pulak tu..
    Lagi pun guna pokok yg semula jadi..
    Tahniah buat si Busu tu :)

    ReplyDelete
  2. Tapi yg jelas mereka sekampung ada persepakatan sebab masing-masing pun ambil bahagian. Menang kalah tolak tepi yg penting semua ikut serta. Bagus kan..

    ReplyDelete
  3. Kreatif dan menggunakan bahan buangan. Bagus penduduk kat kampung tu muafakat untuk mencantikkan rumah masing2.

    ReplyDelete
  4. bestkan kalau sekali sekala buat camni...dedulu kat kawasan perumahan mak saya pon pihak JKKK kampong rajin gak buat pertandingan....laman rumah bersih dan cantik....malam2 raya pulak ada pertandingan rumah paling cantik dan meriah dengan lampu kelip2 dan pelita....best je bila semua penduduk kampong bersungguh2 menghias rumah masing2...

    ReplyDelete
  5. bukan senang nak tebuk ni kalau tak tekun..
    tahniah wat anak mak long :-))

    ReplyDelete
  6. Memang kreatif dan patut menang..tahniah..comel je dia posing kat situ he he

    ReplyDelete
  7. Bagusnyer...bersepakat....jarang jumpa camni...mudahan bertambah erat silaturrahim..

    ReplyDelete
  8. kreatif idea mereka..
    bagusnya mereka bersepakat buat pertandingan..

    ReplyDelete
  9. Terbaik idea diaorg..menang ke

    ReplyDelete
  10. Baguslah aktiviti diaorang.....cantik jadinya....

    ReplyDelete
  11. betul lah kreatif tul...manfaatkan kayu tu

    ReplyDelete