Assalammualaikum
28hb Dec --awal pagi kami dah bersiap dan berkemas .Aku , suami dan Iqa keluar untuk cari sarapan di gerai2 berhampiran tapi mungkin sebab tak biasa, tak temui...yang dapat hanya sesat.Akhirnya balik dan hanya jumpa kedai makan di area berdekatan ...tak banyak pilihan ,beli mee goreng betawi dan tauhu sumbat resepi indon katanya.
Balik hotel minum kopi dan teh di cafe.Masing2 takde selera nak makan makanan yang dibeli ..mujor beli tak banyak.Akhirnya menu cafe hotel gak yang dibedal.Mak je lah yang perabiskan tauhu sumbat versi indon.
8 .15 pagi dah check out hotel....8.40 anak sulong tiba kerana dia juga akan balik ke Melaka setelah setengah bulan di Penang sejak kelahiran anaknya.Aku naik Hilux anak sulong bersama Iman.Sementara ayahnya bersama Fateha dan Atiqa.
Dalam perjalanan aku kata pada anak sulong, perlu berhenti dimana2 R&R kerana ayah tentu lapar sebab sudah biasa makan makanan berat pepagi tapi masa bekfes di hotel tu ayah hanya makan roti.Anak kata nanti akan dia bawa makan di Sungai Klah untuk makan nasi buloh.Ermm...dah terbayang keenakan nasi dalam buloh.
Keluar tol Sungkai dengan penuh harapan menuju destinasi....alangkah kecewanya memasing bila tiba tempat di tuju tak buka pula kedai nya hari tu.Malah banyak motor yang berkonvoi dan kereta yang pusing balik dengan hampa.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di R &R Ulu Bernam.Masing2 nak makan nasi kerena dah tengahhari ...semua dah lapar.Selesai makan terpandang pula gerai mee kari.Anak sulong kata mee kari R& R Ulu Bernam ni sedap.Sebab memasing nak merasa beli lah 2 mangkuk.
Memang sedap sangat dan terbaik tapi semua dah kenyang...sukar dah nak perabis.
Setelah selesai makan dan solat di R&R kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh ...rumah adek lelaki aku.Sebenarnya hari ni adek membuat majlis pertunangan anak perempuan sulong nya.Alhamdulilah tiba tepat waktu.Sudah ada majlis seperti ni sudah tentu kena makan lagi.Memang banyak sangat makanan tapi kami masih kenyang sangat.Sebagai memenuhi syarat ambil juga sedikit makanan
dan ada yang dikongsi bersama anak2 .Iman lah yang suka sebab ada ' corndog ' free...beberapa cucuk juga lah dia makan.
Kalau ikut kan perancangan kami sebelum bercuti , balik dari Penang nak bermalam di rumah adek tetapi memandangkan saudara mara sebelah isterinya ramai kami batalkan.Kebetulan anak sulong nak balik Melaka.
Setelah selesai majlis dan beramah mesra kami minta diri untuk meneruskan perjalanan ke Melaka.Kami ditapaukan banyak makanan dan kuih muih untuk dibawa balik...ermm makanan lagi...murah beno rezeki makanan kami...Alhamdulilah.
Maghrib juga kami tiba rumah anak di Melaka.Sebelum tidur ,malam kena mendobi dulu kain baju yang setimbun ,lega lah sikit bila balik rumah nanti .
29hb Dec awal pagi kami pergi Pasar Tani Alor Gajah.Saja nak cuci mata dan membeli sedikit barangan dan sedikit makanan.Balik dari pasar tani singgah di gerai
Foto: sumber google
untuk sarapan dan bungkus untuk anak sulong dan Iman yang tinggal.Tak makan murtabak pun sebab dah puas masa kat Penang.Kami makan nasi lemak hijau dan beli bungkus untuk roti canai.
12 tengahari kami sudah bertolak balik Johor.Takde nya balik terus pun singgah Simpang Renggam rumah kakak dan adek bagi buah tangan .Rumah kakak disediakan makanan....bukan kakak masak pun semuanya made from kedai ...hihii.
Sampai di rumah lebihkurang pukul 5 petang....puhh 5 hari ditinggalkan tanpa penghuni rumah kami syurga kami.Pekara pertama sebelum masuk rumah beri makan anak2 bulus yang sudah ditinggalkan berhari2 .Alhamdulilah 5 hari 4 malam misi kami bertemu bidadari kecil sambil2 bercuti hujung tahun terlaksana dengan kepuasan .
Pulau Pinang--Kedah--Selangor--Melaka.
Alhamdulilah...
wow nasi lemak hijau mesti sedap tu
ReplyDeletefuhhh dari utara ke selatan kak, nasibla singgah banyak tempat takdelah penat sangat kan...
ReplyDeleteterliur nengok nasi lemak hijau tu kak... sedap betul nengoknya
wahh yg penting dh jumpa cucu yg amat dicintai n dirindui tu kan nek.. :p
ReplyDeleteUishhh..saya tertinggal byk episode ni kak, hihi..
ReplyDelete"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
ReplyDeleteBOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"
kesian si bulus2 ditinggalkan lama2.
ReplyDeleteNasi lemak hijau Tu yg menggoda pembacaan saya kak saniah 😊
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteWah akak, sakan makan angin ye. Sampai ke utara balik ke selatan. Yang penting dapat jumpa si bidadari tu.. Alhamdulillah, nikmat terindah.
waalaikumussalam. nyummmm tergoda tengok semua makanan ^_^
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^
Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
ReplyDeleteMore than 160 000 women and men are losing weight with a easy and SECRET "water hack" to burn 1-2 lbs each and every night in their sleep.
It is painless and works on everybody.
Here's how to do it yourself:
1) Grab a drinking glass and fill it half full
2) Proceed to use this amazing hack
and you'll be 1-2 lbs lighter in the morning!
SI ni sebenarnya ke mana ni ? hahhhaa... Kejap makan, kejap makan, berhenti makan hahhahaa....Nanti jap nak throwback dulu. Nampak sanagt lama tak bukak blog kan. Banyak betul cerita yg tertinggal
ReplyDeleteNasi bambu sungai Klah tu masa pi tgk anak kat Tronoh selalu gak lalu, tapi sekali pun tak pernah try sebab selalunya ramai