Assalammualaikum
Oleh kerana Iman ada kelas tambahan sekolah agama, terpaksa pergi seawal 7 pagi ,pukul 7.15 kelas sudah bermula.Walaupun waktu pembelajaran yang sebenar bermula 8.45pagi.Setelah selesai solat suboh sudah tidak boleh tarik selimut seperti selalu.Untuk menghilangkan mengantuk dia biasanya aku buka kan TV sambil dia bersiap2 untuk ke sekolah dan bersarapan.
Pagi ini aku buka lah rancangan motivasi di TV3 dan aku biarkan dia sendirian .Mungkin siaran ulangan 2012 .Rupa2 nya dia mengikuti apa yang yang dibicarakan oleh penceramah itu,lalu mencari kelibat aku di dapur ."tadi ustaz tu kata isteri layan suami ,kemudian mandi wajib sebelah pagi dapat 40 pahala"kata dia .Terkedu sekejap aku dengar apa yang dituturkan nya ."tapi takpelah Iman solat kat masjid dapat 27 pahala "kata dia lagi.Alahai Iman.....Terpaksa lah terangkan yang ustaz itu bagitau untuk orang dewasa je.Mujor dia tidak banyak soal lagi.....begitulah Iman .Moga membesarmu menjadi anak yang soleh ....
Anak okje pun nama Iman tau! Bagus iman ni...jenis pick up orangnya.....
ReplyDelete