Assalammualaikum,
Cuaca di luar masih panas berdenting seperti hari2 yang lalu....walaupun sesekali angin bertiup agak kencang ,tak dapat menghilangkan rasa bahang .Anak sulong aku ada di rumah pinta buatkan manisan untuk dimakan sejuk.Minggu depan anak2 sudah balik ke universiti semula.Tak mahu lah hampakan dia .Terfikir pula bubur som som ,sedap kalau disejukkan terlebih dulu..apa lagi dengan keadaan cuaca panas macam ni. Anak2 dan suami pun suka ,cuma aku dan Iman je yang tidak begirtu berminat....
Sementara dia pergi cuci kereta aku mulakan langkah di dapur ,tak dpt lah nak kongsi resepi sebab aku buat stail orang lama ,main campak2 je.Yang penting ada tepung beras,santan dan gula merah/melaka juga daun pandan.
Oh... samalah kakak pun panggil bubur som-som. Kalau tradisi bangsa kakak bila lepas majlis pengantin nak buka balai mesti buat bubur ini Saniah. Tak pun masa nak bertandang ke rumah pengantin lelaki pun kita buat.
ReplyDeleteKakak tetiba teringin pulak nak buat. Lama dah tak buat tau.