Total Pageviews

Wednesday, 5 April 2017

4/4 yang bermakna

Assalamualaikum
Sudah beberapa tahun 4/4 tarikh birthday  anak sulung tak pernah ada di rumah.2017 4/4 ni kebetulan dia cuti beberapa hari.....adalah dia di rumah .Takde celebrate2 sangat pun sekadar masak kan pulut kuning untuk makan bersama .Kek rasanya tak perlu sebab Iqa pun ada bawa kek lapis dari Sarawak....udah lah... save budget.
Nak berbagai2 sangat pun terasa tak best....walaupun 4 orang ada kat rumah ,Azim pulak kat asrama.Masa makan2 pun ingat kat dia.Yang Iman pun satu hal juga ,apa juga yang Azim ketinggalan pasti disampaikan nya kelak....
Iqa kebetulan juga cuti saing dengan abang kakak nya ni.Rasanya dah berbulan2 juga mereka tak jumpa sesama walaupun tak jauh pun UPM dan UM....masing2 sibuk .Yang dua dengan FYP ,yang Iqa pula tak abis lagi jelajah ke seluruh malaysia.
Inilah antara buah tangan yang dibawa balik hasil ronda satu malaysia.Masa kat semenanjung takde apa2 yang dibeli ,maklumlah pelajar ,...kocek tengah kering apatah lagi masa terhad.
 Foto :Di Kuching Sarawak walaupun masa terhad sempat juga membeli kek lapis  .
 Foto: Terubuk masin yang tak berapa nak kering ni keinginan maknya,sanggup dia beli saat akhir.
Foto: antara buah tangan dari Sabah dan Sarawak  tshirt untuk adek2 lanang yang berdua  .Banyaknya beli keychain tapi telah diagihkan pada kawan2.

Bila dah lama tak balik masing2 nak masakan rumah.
Takpelah mak masakan istimewa sikit ,sesekali kan rasa makanan mak....
Sewaktu aku publish entry ni pun anak sulung dah pun kembali ke universiti.....Aku hanya mampu berdoa agar perjalanan nya menuju ke destinasi ilmu  dan kehidupan yang panjang di hadapan sana akan terus sukses.Semoga berjaya di dunia dan akhirat.


18 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY AAK SOLEH...SEDAPNYA MAKANAN YG DIBAWA BALIK DARI SERAWAK TU.

    ReplyDelete
  2. Oo.. Anak akak baru balik dar Swak rupanya. Gitulah kalau anak semua dah besat, jarang bertemu.. Masing masing ada hal sendiri

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat anak akak..semoga cemerlang didunia & akhirat.

    sedaplah kek lapis tu

    ReplyDelete
  4. Kak, sebenarnya saya punya besday pun 4/4..tapi saya ni jenis tak sambut2 pun besdaynya.

    Smlm hari jadi mak Okjer, tapi kitorg tkdelah sebaya, dia muda sikit dari saya.

    ReplyDelete
  5. Happy belated Birthday buat yang birthday :) sama tarikh lahir dengan kawan sy :D

    ReplyDelete
  6. happy birthday buat anak kak SI.

    ReplyDelete
  7. Happy besday buat anak sulong k.saniah..
    Dapat juga meraikan setelah sekian lama sibuk dgn urusan masing2.

    Sedapnya kek lapis kak..
    Beli yg dr sarawak mmg sedap dia lain dari yg disini..

    Terubok masin tu kat pasar tani shah alam ada jual..
    Kalau teringin boleh lah beli..

    Dpt juga adik hadiah t shirt wlpn kakak masih study lagikan..

    Semoga anak2 akak saniah terus berjaya..

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday untuk anak bujang akak. Cantiklah tarikhnya, 4 haribulan 4 ^_^

    Sesekali anak-anak balik ke rumah, mestilah emak nak masak sedap-sedap. Emak saya dulu pun sama. Kalau anak balik kampung, bukan main ceria memasak segala macam lauk kegemaran anak-anak. Kamilah yang untung. Semua jenis lauk kegemaran dapat makan. Dahlah sedap Mak masak!

    Kak, terliurnya tengok terubuk masin tu. Saya peminat tegar terubuk masin tau. Akak jangan up gambar dalam grup eh... nanti saya nak minta sikit. Hahaha!

    ReplyDelete
  9. Happy Bezday buat anak sulungnya SI. Moga menjadi anak yang membanggakan ibu bapanya.

    Sedapnya kek Sarawak. Budak pompuan kalau berjalan retilah dia bawak buah tangan. Cuba budak lelaki....mmg dapat baju kotor dia jerlah hihi....

    ReplyDelete
  10. wahhh sedap Nampak kek lapis tuh..

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday untuk anak! hehehe, sedap tu kek lapis. saya suka sangat kek lapis ni. haritu pergi sarawak borong jugak lah. Saya singgah dan follow blog ni ya. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    pertamanya, selamat ulang tahun kelahiran buat anak sulung akak, moga kehidupan sentiasa dirahmati dan diberkati-Nya.
    Kek lapis Sarawak memang sedap. Saya, jika ada sahabat-sahabat yang ke sana, kirim juga satu atau dua. Yalah, nak dapatkan di sisni memang payah la. Bila baca akak tulis anak-anak jarang bertemu, sama lah seperti saya. Anak2 semuanya tinggal di asrama. Insya-Allah, 21/4 ni anak sulung pula akan ke mesir, memang serasa payah la nak berkumpul.

    ReplyDelete
  13. sedapnya kek lapis. lama dah tak makan. terliur betul tgk :)

    ReplyDelete
  14. Happy belated birthday buat anak sulung tu.
    Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  15. Sana tarikh birthday anak sulong saniah ngan acik

    ReplyDelete
  16. kek lapis sarawak memang legend, kak.
    aida suka kek lapis nyer yg perisa original.
    terbaik!
    terubok tu adus kecur air liur ni kak :)

    ReplyDelete