Total Pageviews

Tuesday 25 April 2017

Abang ipar

Assalamualaikum
Iman dan ayah nya cuti sempena pertabalan Agong,jadi aku merancang untuk ke kampung kakak untuk menjenguk nya yang semakin uzur.Oleh kerana hanya kami bertiga ,aku pelawa adek dan dua anak nya ikut sama.Suasana dalam kereta yang sunyi dengan hanya bunyi lagu2 sebelum tu bertukar riuh....apataknya adek dan anak nya yang berumur 6 dan 11 tahun suka berbual.....pot pet pot pet....sedar2 dah tiba tempat dituju.
Cuti2 ni dah takde makpak untuk dikunjungi , pada kakak sulong( berlainan mak) tempat kami tuju.Dulu kami kecil pun dia yang menjaga waktu makpak keluar bekerja.
Masa nak pergi ke rumah nya aku ada tepon abang ipar.Tak sangka pula datang2 dah disuruh makan.Abang ipar yang masak semuanya sebab kakak nak duduk pun dah tak mampu.
Abang ipar masak kari ikan tongkol,ikan pekasam goreng,sambal cili padi,sayur bening lobak putih.Ada juga sayur tumis rebung,ikan haruan bakar masak lemak juga burung wak2 percik....hmm aku tak makan lah lauk esotik ni.
Tapi sambal tumis cili padi abang ipar memang terbaik....sedap sangat pada tekak aku walaupun berasap telinga dibuatnya.Sayur rebung juga sedap,aku buat ratah aje,lagipun dah lama tak makan sayur rebung.
Tak de snap2 gambar ,ingat nak makan je masa tu.
Masa nak balik abang ipar ambil kan beberapa anak pokok nenas untuk aku tanam.....padahal aku saje2 je cakap nak tanam.Bukan saja bekal kan sayuran dan ikan ( febret anak dia memancing tapi tak makan ikan air tawar),malah tanah hitam pun diberi nya setengah guni .Melihatkan sikap abang ipar ni teringat aku pada arwah bapak ,begitu lah  arwah ketika anak2 nak balik ada saja yang dibekalkan untuk kami .
           Foto: tiba di rumah suami terus  tanam anak pokok nenas yang diberi.
Lebihkurang hampir pukul 3 kami pun minta diri untuk balik ,walaupun tak balik terus pun....bawa budak ber3 ni jalan2 dulu.Sayu hati tinggal kan kakak yang dah tak berdaya tu.Bersyukur sangat dapat abang ipar ni ,walaupun dia sendiri ada penyakit kencing manis namun kebajikan kakak semua dia jaga.
Bila masuk kereta dah tak perlu buka radio dah.....hahaha.Sesudah turunkan adek dan anak2nya bila tiba di rumah dia,hanya Iman yang tinggal duk sesorang ,senyap dah .Bila aku toleh....tido dah sampai lah tiba depan rumah tak menyedar.

13 comments:

  1. Kalau dah takde mak bapak, kadang2 dan jarang2 balik kampung.
    Rumah pusaka terbiar kosong.

    Alhamdulillahlah kalau ada adik beradik yang tinggal di kampung.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, bertuah kakak ipar dapat suami yang sangat baik.

    ReplyDelete
  3. bertuahnya dapat abg ipar yang baik macam tu, pandai masak pulak yu haa... semoag kakak akak diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  4. Kakak sakit apa SI?
    Mesti suka kakak tu ye SI adik dia datang menjenguk.
    Banyaknya lauk lahai. Abg Ipar tu mmg jenis pandai masak jugak tu kan..
    Orang yg jenis duk kampung mmg macam tulah SI.... Selagi ada benda yg boleh dibawakkan mmg mcm tulah. Tapi kita jugak yg untung hihi....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, moga keduanya sentiasa dipermudahkan urusan kehidupan. Tentu mereka gembira menyambut kedatangan akak sekeluarga. Yang paling best menu juadah tu terutama burung wak-wak. feberet saya tu. Rasa nak balik kampung la ni juga...hehehe

    ReplyDelete
  6. Tentu kakak Kak Saniah tu pun gembira bukan kepalang dilawati adik sekeluarga. Macam itulah saya juga, kak. Kalau balik kampung memang tuju rumah kakak nombor 2. Rumah mak dah jadi 'harta pusaka'. Sayu tengok rumah mak makin lama terasa makin kecil pulak; macamanalah dulu kami 10 beradik boleh hidup penuh gembira di situ :(

    Betulkan, kak. Masa arwah abah saya masih ada pun macam tu. Kalau anak-anak balik, dimasak macam-macam makanan kegemaran anak-anak. Lepas tu bila kita balik, macam-macam lagi bekalnya. Semua dah tinggal kenangan.

    Dalam kereta saya pun tak payah pasang radio. Radio 2 budak ni pun dah bingit telinga dibuatnya!

    ReplyDelete
  7. Ya Allah baiknya abg ipar akk tu, rajin pun rajin, pandai plak masak macam2, tumpang seronok membacanya.

    Samalah saya kak, bila mak dah takde, nak balik kg pun dah tak seronok, tapi adalah makcik yg jaga rumah mak tu, bila balik makciklah ganti arwah mak.
    Sayu kan kak.
    Bertuahla kakak akk tu dpt suami yg baik. Terharu.

    ReplyDelete
  8. Baiknya abang ipar tuh, dah macam ayah2 gitu

    ReplyDelete
  9. baik abang ipar kak, semoga kakak SI tu dapat sembuh semula

    ReplyDelete
  10. Terharu kak Zai dgr abg ipar Saniah jaga isterinya dgn baik. Tentu mereka seronok kan dgn kunjungan Saniah sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat abang ipar yg baik saniah. Tak risaukan kakak dah tentu baik layanan abang tu pada kakak saniah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. sikit hari lagi dapatlah hasil nenas tanam sendiri tu.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya masak lemak burung wak2 tu..
    Teringat juga saya abg ipar saya..
    Dia pun seorg yg rajin masak..
    Saya kenal mkn burung wak2 ni pun melalui dia sbb rajin menjerat..
    Skrg abg ipar saya pulak tak sihat..
    Kencing manis tinggi
    2 jari kaki dah kena potong..
    Skrg kak andak yg merawatnya..

    ReplyDelete