Total Pageviews

Tuesday, 26 December 2017

Rezeki makanan.

Assalamualaikum
Cuti hujung minggu ditambah cuti krismis,adalah semua di rumah ....kecuali Iqa yang tak balik walaupun cuti study week.Sedar diri sendiri tak kan study kalau dah kat rumah.
Makanan di dapur juga meriah sentiasa,walaupun masak2 juga untuk dorang namun rezeki tetap ada.
Durian ni jiran yang beri.
..besar2 buah nya.Rasanya pun sedap dan manis.Iman kata durian kampung  ni sebab jiran ambil dari kampung nya.Apa2 je lah Iman...mak pun tak tahu jenis2 durian ni.Seperti biasa kat rumah ni bukan peminat tegar durian.Makan seulas dua,selebihnya tersadai dalam peti ais.
Dah ada rakyat jelata ni teringin pulak tekak aku nak makan serawa durian dengan roti jala.Buatlah dalam 10 ulas.Alhamdulillah laris ....
Snap roti jala yang tinggal baki,dah terkirai2 ,masing2 seronok makan bercicah citarasa masing2.
Selain dari tu ada juga kari daging yang dibawa dari rumah abang ipar yang buat kenduri tahlil malam tu.Iman lebih suka makan roti jala bercicah kari  .Walaupun buat roti jala ,nasi kena masak juga sebab si ayah itulah yang  dicarinya juga.Lagipun masih ada ikan keli masak pecal dari rumah abang ipar,sup ayam dan tumis sawi + shitake juga  ikan goreng yang aku masak.Dah tengahari jiran yang juga pemilik kedai  makan menghantar lauk ni.
 Asam rebus sayur keladi....takde siapa yang  menyentuhnya kecuali aku
Ikan masak  sos juga masih berbaki hingga keesokan nya.
Apa pun rezeki kan....Alhamdulillah .

6 comments:

  1. Ya Allah kak asam rebus sayur keladi tu lama sungguh tak makan, dulu2 arwah mak selalu buat sedapnya lah

    ReplyDelete
  2. Roti jala jarang nampak warna hijau. Kalau tak baca ingatkan kuih ketayap.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah murah rezeki akak..

    Minggu lepas saya beli durian RM50/biji, anak nak makan, kenalah beli..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya roti jala warna ijo gitew kak, hihi..membuatkan Saya tetiba rasa nak buat jga, tapi entah bila;)

    Kak dapnya durian. Bilalah agaknya nak rasa durian ni. Kena minta dgn Allah byk2 ni..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya durian. sekarang ni susah dah nak dapat. rege semua mahal2

    ReplyDelete
  6. Lama tak buat serawa durian ... makan dengan pulut sedap tu! Dulu dulu nampak pelik kalau makan roti jala dgn serawa tp sekarang ni sejak dah bercampur dgn kengkawan pelbagai negeri baru tau sesuai jugak rupanya makan dgn roti jala tu...

    ReplyDelete