Total Pageviews

Tuesday, 19 December 2017

Bawang putih oh bawang putih

Assalamualaikum
Beberapa hari ni dalam 12 jam waktu siang hanya aku  dengan Iman je di rumah....ada lah juga teman bergaduh😆.Azim dah kerja ...ikut Fateha...kerja part time.Hampir sebulan abis SPM ,dah bosan tahap gaban dia di rumah.Dah kerja ni tahu lah dia susah senang mencari rezeki.
Beberapa hari ni juga ada kerja untuk Iman."asyik kupas bawang putih je " Pakcik bawang ni membebel sambil menonton tv.....sedar tak sedar sebekas juga dia kerjakan walaupun tanpa gunakan pisau.
Sebenarnya dek kerana murah banyak aku beli bawang putih di Mydin.Harganya baru RM 3.99 sekilo.Seperti biasa kalau beli bawang putih pasti buang kulit dulu dan simpan di peti ais.Senang nak masak ,capai je.Lagipun suami kalau masak memang banyak guna bawang putih.Bawang putih kan banyak khasiat.
Dah banyak bawang putih tu teringat pulak masa makan meehoon goreng kat rumah kawan anak di Penang dulu makan dengan minyak bawang putih....sedap pulak makan walaupun baru pertama kali .Masa tu ada juga dibekalkan satu bekas bawak balik Johor.
Semalam dengan tekun nya aku mencincang bawang putih untuk dijadikan minyak.Inilah hasilnya walaupun nampak rentung dan kasar
...ermm tak kisah lah sendiri yang nak  makan.Minyak nya juga boleh digunakan untuk goreng sayur .Aroma bawang putih tu yang sedap.Sementara bawang yang digoreng tu rangup bila makan dengan meehoon atau apa je.


10 comments:

  1. Nak buat jugalah, pasti sedap..

    ReplyDelete
  2. Bagi resepi nak buat minyak bawang putih ni kak saniah..
    Nak cuba buat juga..

    ReplyDelete
  3. saya kalau memasak suka banyak bawang merah. kekadang ratah sambil mayang...

    ReplyDelete
  4. Kak, goreng bawang putih pastu simpan dengan minyaknya tu yea? Tapi bau bawang putih goreng mmg wangi kan kak.
    Azim keje sementara tunggu result Kak yea, anak Saya tahun lepas Tak dpt keje lama pun, berenti pastu kerja kt lain Tak dibagi solat, Saya suruh berenti, lastnya duk je rumah smp habis cuti

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Minyak bawang putih.. hmm, pengetahuan baru untuk saya. Boleh kongsikan dengan saya cara membuatnya. Teringin nak merasa.. Bawang putih memang banyak khasiatnya, terutama membuang angin di dalam badan..

    ReplyDelete
  6. Sedap kalau masakan ada banyak bawang putih. Khasiatnya pun banyak.

    ReplyDelete
  7. Buat simpan macam mana tu kak? Macam menarik je...

    ReplyDelete
  8. Buat simpan macam mana tu kak? Macam menarik je...

    ReplyDelete
  9. Macamana nak buat minyak bawang putih tu SI? Menarik jugak ni. Tahan lama ke?

    Saya pun penggemar bawang putih. Tp tulah yg tak tahannya lepas makan mulut sedikit berbaulah kan...

    ReplyDelete