Assalamualaikum
Malam semalam anak jiran menghantar satu plastik yang penuh dengan buah rambutan.Kami bersyukur mendapat jiran2 yang baik dan suka memberi.Orang memberi kita merasa kan..
Tapi masalahnya rakyat jelata kat rumah ni banyak sangat memilih bab makanan terutama Iman dan ayah nya.Apatah lagi bab makanan, kalau hanya kami bertiga,memang jenuh lah aku nak perabiskan....kesian kan org dah memberi ...
Berbalik tentang rambutan tadi,bila bawa masuk rumah je....memang dah tau ,budak2 kalau makan pun sekadar sebiji dua.Kelak terbiar gitu je sehingga kulit bertukar hitam.Aku bagitahu suami bawalah ke tempat kerja...budak Indon yang kerja dengan suami tu pasti suka.Suami hanya tinggal kan sikit je untuk kat rumah ,itupun hanya aku je yang makan.
Sebenarnya rambutan belakang rumah kami juga sudah mula nampak kemerahan merah an....tak lama lagi masak lah tu.Rambutan gula batu....sedap.Aku dan suami tanam dari biji benih dari pokok rambutan yang ditebang depan rumah dulu.Iman dah excited tunggu buah tu betul2 merah...tapi tu lah sekadar teruja ,makan nya taklah sangat.
Kalau lah adek2 blogger rumah dekat2 ,boleh je hantar kan buah2 rambutan ni ke pintu rumah.
Mungkin juga budak2 ni dah besar sementara kami makayah dorang kena jaga kesihatan ,kalau buah2an ni taklah berminat sangat.Masa pergi Melaka rumah abang dorang tempohari,si abang keluarkan lah durian yang telah difrozenkan dari peti ais....pemberian kawan nya dari Perak, nak dikongsi merasa dengan makayah dan adek2.Ermm...budak2 ni sekadar makan seulas je.Udah nya aku yang tak minat durian ni makan juga lah 2 ulas...rugi oi durian musang king tu.
Durian sebatang belakang rumah ni pun dah mengeluarkan bunga.Kalau ada rezeki dalam 3/ 4 bulan ni ada lah hasil.Walaupun kami tak minat durian ,boleh juga di kongsi dengan jiran2 dan sedara.Selebihnya boleh buat tempoyak...febret Azim,tempoyak goreng.😆
Bila rambutan masak nanti, akak pm alamat ya, nanti kami pergi ambil 😄😄😄
ReplyDeleteRambutan feveret anak2, beli semalam Ram10/kg, sekali hadap licin..
sedap tu kak rambutan, anak2 saya memang sukalah, tapi dekat sini tak jumpa pula rambutannya
ReplyDeleteKat rumah kakcik ni, kalau ada rambutan, kakcik kupas siap-sipa dan letak dalam peti sejuk. Memang cepatlah habisnya. Kalau tak dibuangkan kulit, mahu sampai kehitaman terbiar...
ReplyDeleteHihihi Kak poslah seguni Kat Saya, pos laju, haha. Saya hantu rambututan Kak,doyan pun suka, tapi tahun ni blm merasa makan diyan, risau nak beli bila baca kes2 diyan sekarang ni, huhu...mcm ni entah bilalah dpt mkn diyan
ReplyDeleteBuah2an tempatan sedang bermusim sekarang.
ReplyDeleteAsalam musim buah rambuatan sekarang kan..murah rezeki..
ReplyDeleteRambutan kegemaran seisi rumah acik ni saniah.selalu nya bila beli..acik kopek semua buang kulit simpan dlm peti ais..baru la habis dimakan anak2.kalau tak kopek memang tak habis.dah terbiasa dari kecik buat macam tu.yang rajin aimi..dia kopek dan simpan..bila dah sejuk dia sendiri yang mkn sampai habis
ReplyDeleteSedap ni... anak-anak saya suka juga makan. Tapi diorang tak boleh makan banyak... kalau makan banyak, mulalah batuk berhari-hari...
ReplyDeleteRambutan kegemaran kami sekeluarga kak..
ReplyDeleteRambutan gula batu ada arwah mak tanam tapi tak berbuah pulak tahun ni..
Yg berbuah rambutan kuning..
Syukur alhamdulillah..
Ruginya kak saya tak tinggal sebelah rumah dengan akak...
ReplyDeleteKelmarin saya beli manggis, sepeket RM15. Adalah dalam 5,6 biji manggis kot. Rambutan pulak sekilo RM12.90, kak! Masa nilah teringat zaman kanak-kanak dan remaja dulu bila tiba musim buah, arwah abah bukan bawa sepeket, tapi seguni dihulurnya untuk anak-anak makan sampai jemu!
Durian dah lama juga saya tak merasa,itulah bila usia dah meningkat ni pandai juga saya takut nak makan sepenuh jiwa raga. Kang penyakit pulak timbul.
sekarang ni, yang manis-manis adalah fobia buat saya...
ReplyDeleterambutan tak ramai yang minat..lain kalau durian ha memang ramai yang suka. Tahun depan alamatnya durian mahallah..hihi untung yang ada pokok sendiri tu
ReplyDeleteSaya pun tak berapa suka rambutan SI. Malas nak mengopek satu hal , nak bermain dengan getah dan air durian tu satu hal. Kalau ada orang tukang kopek seronok jugak nak makan haha....
ReplyDeleteSama je dgn rumah ni ... kalau benda yg diaorang tak suka mmg terbiarlah jawabnya