Assalammualaikum
salam pagi Jumaat yang dingin
Akhirnya sepupu suami kembali jua menemui Nya pada 5hb Feb semalam setelah lebih 3 bulan dirawat di Hospital Sultanah Aminah JB.Mungkin virus kanser masih bersarang dalam tubohnya walaupun sudah kelihatan agak sehat dari sebelumnya.Hasrat nak pulang ke rumah asyik tertangguh , ....akhirnya pulang juga dia dengan sekujur tubuh yang telah kaku ke rumah mereka di Bandar Tenggara.
Berakhir sudah pengorbanan 2 anak gadis mereka menjaga si ayah di hospital ,menghabiskan cuti sem yang panjang .Anak sulong yang baru tamat pengajian lah yang benar2 menunggu ayahnya sepanjang lebih 3 bulan ni,..bila ibu mereka bekerja....moga anak2 ini diberi ketabahan meneruskan hidup ini dan diberi ganjaran dari Nya kerana menjaga si ayah
Sepupu aku kini dah bergelar balu .Selama ini bila anak2 belajar dia hanya tinggal berdua dengan suaminya....bekerja juga dengan suami.Kini anak2 masih ada bersama ,tak taulah bagaimana nanti bila anaknya kembali ke U dan si kakak dah ditugaskan mengajar ditempat yang jauh.Tentunya sunyi kembali menerjah...
Bila sepupu kehilangan orang yang tersayang begini,aku teringat kehidupanku ,terfikir bagaimana kehidupanku jika berada ditempat nya dengan anak2 yang masih belajar begini.Kehidupanku banyak bergantung dengan suami ...terlalu dimanjai suami sehingga kadangkala tak banyak aku boleh berdikari.
AL Fatehah untuk Allahyarham Zainal Abidin ...moga roh mu dicucuri rahmat sentiasa.
Semoga sepupu saniah tabah..al fatihah buat arwah
ReplyDeleteSalam takziah dari kakak sekeluarga.
ReplyDeleteMoga yg pergi ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman
Yg ditinggal teruskan kehidupan dan moga terus diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Kita sama sebenarnya banyak kebergantungan pada suami. Namun Allah itu adil pasti ada lorong diberi utk dipermudahkan bila sesuatu itu terjadi..
Salam takziah buat sepupu SI sekeluarga. alfatihah..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga sepupu kak saniah.. semoga mereka tabah dengan dugaan ini.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Al Fatihah
Salam takziah buat keluarga sepupu saniah.
ReplyDeleteAlfatihah.
al fatihah...semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah dan salam takziah buat balu dan seluruh keluarganya .....
ReplyDeleteSedihnya ditinggal suami, hanya dia jer yang tahu, moga dia tabah hendaknya.
Betul tu SI, takut kalau terjadi pada diri kita jugak kan, maklumlah anak anak masih belajar.
Suka dgn doa tu SI tp nak copy susah pulak....ingat nak send kat cik abe hihi
salam takziah buat sepupu kak SI ye..
ReplyDelete