Assalammualaikum
salam Jumaat yang mulia
Menjadi kebiasaan 2 anak gadis aku ber wassap2 bila dah berjauhan.Si kakak bertanya pada Iqa kenapa mak lama tak menulis lagi di blog ni.Bukan pe pun keadaan Azim masih sakit membuat aku tak de mood nak berblog...walaupun setiap hari aku membaca cerita 2 sahabat2 blogger. Alhamdulilah 3 hari ni Azim dah pun nampak sehat seperti biasa walaupun MC nya hingga 2 Mac ni...nampaknya berehat sakan lah dia kat rumah ...
CNY yang kedua keadaan Azim agak teruk apatah lagi melibatkan mata kanan dia yang memang bermasaalah sebelum ni. Sakit disebelah sebelah kepala dan dalam matanya tak dapat dia menahan ....risau juga kami dengan keadaannya apatah lagi dlm keadaan cuti CNY ni banyak klinik yang tak buka apatah lagi klinik pakar mata.
Tekad bawa dia ke unit kecemasan Hospital Kulai ....tapi bila diperiksa pegawai perubatan ,tak boleh buat pe hanya bagi satu suntikan diberi dan ubat tahan sakit.Katanya kena jumpa doktor pakar mata juga ....
Walaupun diberi suntikan tahan sakit kata dia tak ada apa2 beza...masih juga sakit .Bila bangun pagi keesokannya keadaan dia makin teruk ....demamnya semakin membahang dan dan kelopak atas mata nya mula membengkak .Aku cadangkan pada ayahnya untuk bawa dia ke HSA JB saja.Sambil tu aku siap kan juga apa yang patut ...bimbang jika kena masuk wad memandangkan keadaan dia agak teruk pada pandangan kami.
Biasalah kat unit kecemasan ni waktu cuti2 aduhai ramainya orang menanti rawatan.Dengan keadaan aku yang juga tak berapa sehat ,tak terdaya rasa nak berdiri lama..Mujorlah giliran Azim tak lama....bila jumpa doktor kata takde apa2 tapi nak rujuk doktor pakar mata pulak cuti...kena tunggu hari Isnin juga untuk jumpa doktor pakar....dibekalkan ubat tahan sakit lagi .
Malam keadaan demam dia makin teruk walaupun telah diberi ubat2 hospital ....badannya mengeletar sejuk katanya padahal suhu badannya begitu panas .Semalaman aku dan ayahnya menjaga disebelah dia walaupun dah besar panjang ,...sesekali terlena juga ...terjaga bila terdengar dia mengerang sakit .....
Isnin selesai solat suboh kami terus berlepas ke HSA JB....walaupun tiba awal ,belum pun 7.30 tapi angka giliran dah pun tempat yang ke 067...jenuh juga menunggu .
Iman dan Iqa yang sedang bosan menunggu
.Biasalah kalau dah ke bahagian pakar mata ni banyak tempat yang kena masuk .Mula2 jumpa pegawai perubatan bilek 5,kemudian jumpa doktor di bilek 9 dan disuroh pula ke bilek 12.Doktor bilek 12 setelah buat pemeriksaan suroh rujok pula pada doktor pakar kat bilek 16.Kali ni aku betul2 dah letih ...aku serahkan pada si ayah .Setelah doktor pakar periksa katanya takde apa2 masaalah pada matanya tapi disuroh pula ambil darah dibilek 13.Darah yang diambil perlu kami hantar sendiri di Kuanter K...kena tunggu 1 jam baru dpt resultnya.Dah dapat resultnya kena pula jumpa doktor semula di bilek 12...hasilnya doktor katanya darahnya ada jangkitan kuman.Di suroh ambil ubat dan boleh balik.
Malam demam panas dia datang lagi....
Selasa kami berikhtiar bawa berubat kampung pula ....Alhamdulilah dengan kehendak Allah dia dah pun sembuh ...
Ohhb iman sakit yer SI....patutlah sunyi sepi. Mana tak risau anak sakit. OKje paham keadaan tu SI.... Okje pun pernah mengalami bila si TLBD sakit hampir 2 minggu. Masa tu umur 8 tahun... Kejap demam, baik, demam, baik akhirnya kena tahan wad, rupanya jangkitan air kencing....dahlah waktu tu kerja, mmg pening memikirkannya... Bila dah discharge pun masih dedo badan dia.....
ReplyDeleteTp lepas tu alhamdulilah ....
Syukurlah kalau Iman dah sihat
bukan Iman yang sakit hainom tapi abangnya Azim....Iman saje jadi pengiring ke Hospital je.
DeleteAlhamdulillah Azim dah sihat.
ReplyDeleteSekarang kalau ada yang kurang sihat cepat2 jumpa doktor.
Azim dah sembuh? Alhamdulillah..sekarang ni memang musim lah kak, macam-macam penyakit.
ReplyDelete